JUAL HARTANAH MENGIKUT HARGA PASARAN

Kira-duit-30.12.16-.jpg

Setiap hartanah ada nilaian tersendiri yang dinilai mengikut harga pasaran semasa. Bank akan mengeluarkan pinjaman perumahan kepada pembeli berdasarkan harga pasaran ini. Harga pasaran dinilai oleh jurunilai mengikut harga pasaran setempat dan harga tidak sewajarnya diletakkan sesuka hati pemilik. Ini kerana harga jualan yang dicadangkan haruslah selari dengan nilaian ini.

Sekiranya pemilik beria-ia untuk meletakkan harga sesuka hati, pemilik akan menghadapi kesukaran untuk melepaskan pegangan hartanah mereka itu. Antara sebab utama kenapa hartanah sukar terjual sekiranya dijual melebihi harga pasaran ialah:

1. Bank tidak akan keluarkan pinjaman melebihi 90% daripada harga pasaran.

Ini menyukarkan pembeli kerana mereka terpaksa mengeluarkan deposit yang lebih banyak utk membeli hartanah itu untuk menampung perbezaan harga itu tadi. Majoriti pembeli tidak ada tunai yang banyak dan mereka selalunya akan menyimpan lebihan tunai sekiranya ada, untuk tujuan pembaikpulihan hartanah yang mereka beli.

2. Harga hartanah pemilik akan menjadi tidak menarik kepada pembeli.

Kenapa pembeli ingin membeli hartanah pemilik yang dijual lebih daripada harga pasaran sedangkan banyak lagi unit lain yang dijual selari atau lebih menarik lagi, di bawah harga pasaran?

Kesimpulannya, berpada-pada lah dalam menetapkan harga jualan. Pembeli masa kini bijak dan memiliki akses kepada maklumat hartanah. Tambahan lagi, pembeli yang menggunakan khidmat perunding hartanah akan dinasihati untuk menjauhi hartanah sebegini kerana ada lebih banyak opsyen di luar sana yang lebih menarik dan berpatutan.

Jual lah mengikut harga pasaran, bukan harga perasaan.

SUMBER : FACEBOOK

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *