KELEBIHAN-KELEBIHAN DARIPADA PELABURAN HARTANAH

5 Tips Ketika Viewing Rumah Hendak Dibeli, Panduan Elak Anda Rugi

Kelebihan-kelebihan daripada pelaburan hartanah

– Terbukti mempunyai rekod jangka panjang yang berkesan terhadap inflasi

Di seluruh dunia, hartanah sudah terbukti mempunyai rekod sebagai satu pelaburan  yang amat baik. Ia bukan sahaja mampu menyaingi kadar inflasi malah kadangkala mampu mengatasinya. Sebagai contoh , kadar pulangan kompaun tahunan bagi hartanah adalah 10 peratus semenjak 100 tahun lalu di New Zealand, 12 peratus dalam jangka masa 100 tahun di Australia dan 10 peratus selama 900 tahun (!) kebelakangan di Britain. Ini membuatkan hartanah menjadi satu bentuk pelaburan terbaik.

Di Malaysia tiada bezanya juga. Selagi lokasinya sesuai, pasti ada permintaan terhadap hartanah itu. Dengan peredaran masa, akibat kesan inflasi dan kekurangan tanah, nilai hartanah akan pasti melonjak. Jadi selagi anda mampu menyimpan sesebuah hartanah dalam jangka masa yang lama, anda pasti akan membuat duit.

Malah, kadar kenaikan nilai hartanah di Malaysia dalam masa lima tahun kebelakangan ini adalah amat menakjubkan. Pulangannya hampir dua digit setahun dan harga berganda di sesetengah lokasi. Jadi ramai orang yang telah membuat duit daripada pelaburan hartanah. Ini juga menjelaskan timbulnya beberapa orang jutawan hartanah yang baru.

Kadangkala, duit yang boleh dibuat itu sukar dipercayai jumlahnya. Saya pasti anda pernah dengar cerita orang membeli rumah bernilai RM50,000 dan menjualnya 20 tahun kemudian dengan harga RM1 juta. Pulangan sebegitu memang berbaloi. Ia merupakan pulangan pelaburan sebanyak 1,900 peratus! Atau 16 peratus setahun. Pendek kata, dari sudut manapunyang anda lihat, jumlah pulangan itu amat baik. Bagus! itulah bentuk pulangan yang kita cari-cari.

Dan pulangan sebegini menarik bukanlah suatu yang asing atau luar biasa dalam pelaburan hartanah. Hakikatnya, ramai orang membuat keuntungan terbesar di dalam kehidupan mereka  melalui pelaburan hartanah.

Seperti yang saya telah sebutkan dalam bab lepas, kebanyakan keluarga yang kaya-raya di Barat membina kekayaan melalui pelaburan hartanah. Kebanyakan keluarga yang kaya-raya di Eropah, keluarga Diraja England yang paling ketara, kekal kaya berabad-abad lamanya kerana mereka memiliki hartanah yang terbaik. Tidak hairanlah mengapa Andrew Carnegie, salah seorang jutawan terawal dalam sejarah berkata, ” Sembilan puluh peratus daripada jutawan seluruh dunia lahir daripada pemilikan hartanah”.

– Boleh guna

Memandang hartanah ialah benda fizikal, ia mempunyai kelebihan yang lebih nyata berbanding pelaburan lain – anda boleh menggunakannya yakni anda boleh menetap didalamnya. Ini merupakan kelebihan yang unik dan menakjudkan, hanya boleh dilakukan dalam hartanah sahaja. Anda tidak boleh menginap dalam unit amanah, bukan ?

– Boleh dinaik taraf

Satu lagi kelebihan hartanah ini berbanding pelaburan lain ialah anda boleh menaikkan tarafnya. Sebagai contoh, anda boleh mencantikkan rumah tersebut dengan mengecat atau membuat beberapa pembaikan kecil. Malah perkara kecil seperti memasang kabinet dapur boleh membuatkan rumah itu lebih diminati pembeli. Selain itu, jika anda mahu untung lebih besar, buat pengubahsuaian dengan menambah satu atau dua bilik lagi. Ini akan meningkatkan nilai hartanah tersebut.

BACA JUGA:  Goldman Sachs ex-officer Tim Leissner banned for life by HK regulator on 1MDB crimes

Malah, penaiktarafan hartanah sebegini telah menjadi satu industri yang tersendiri di Amerika Syarikat. Pelabur di sana membeli hartanah kecil atau buruk, membaikinya dan selepas itu menjualnya semula dengan harga yang jauh lebih tinggi. Memandangkan itu sahaja kerja mereka, mereka menjadi amat mahir dalam perniagaan baiki-naik taraf ini. Saya pernah terbaca bagaimana beberapa orang yang telah membeli dan menjual semula lebih daripada 300 unit baiki-naik taraf ini!

– Eksklusif atau tidak sama bentuk

Hartanah berbeza daripada saham. Semua saham adalah sama antara satu dengan lain. Tidak ada perbezaan atau taraf eksklusive  bagi semua saham-saham ini. Namun begitu, hartanah berbeza antara satu sama lain. Tidak ada dua hartanah yang benar-benar serupa dan sama ; dua rumah berkembar sekalipun pasti akan ada identiti sendiri. Walaupun saiznya sama, hiasan dalamannya pasti berbeza. Ditambah dengan hakikat bahawa hartanah boleh diubah suai atau dinaik taraf; anda akan dapat lihat bahawa setiap hartanah itu memang eksklusive dan tidak sama bentuk dalam gayanya tersendiri.

Anda boleh katakan bahawa setiap hartanah adalah unik dan tiada yang seumpamanya di seluruh dunia!

Cagaran paling utuh

Hartanah dikatakan sejenis cagaran yang paling utuh selepas wang tunai. Jika anda perlu menggunakan wang tunai untuk apa jua sebabnya, anda boleh sentiasa membuat gadaian semula hartanah kepada pihak bank. Pihak bank juga gembira meminjamkan wang kepada anda apabila cagarannya adalah hartanah. Tidak sukar untuk anda meyakinkan mereka untuk meminjamkan wang kepada mereka.

Leveraj terbaik

Untuk membeli sebuah rumah di Malaysia , anda hanya perlu menyediakan wang sebanyak 10 peratus sahaja sebagai wang pendahuluannya. Baki 90 peratus lagi boleh diperoleh dari bank, yang begitu beria-ria mahu meminjamkannya kepada anda. Ini merupakan contoh sejenis leveraj yang terbaik – anda boleh menguasai sebuah aset yang besar dengan jumlah tunai yang sedikit. Anda harus tahu bahawa kelebihan leveraj ini tidak mudah diperoleh melalui bentuk-bentuk pelaburan yang lain. Ini juga bermakna anda boleh membebaskan aliran tunai anda, dan boleh dilaburkan di tempat lain. Tiada yang menghalang anda daripada membeli lebih banyak lagi hartanah dengan duit lebihan tersebut.

Tambah dengan kadar faedah yang rendah (sekitar 5 peratus setahun) yang ditawarkan oleh pihak bank untuk gadai janji, ini bermakna anda boleh membeli lebih banyak hartanah.

Walaupun nisbah hutang ke nilai untuk hartanah ketiga (dan selebihnya) dihadkan kepada 70 peratus ketika buku ini ditulis, bank masih menawarkan jumlah pinjaman yang tinggi iaitu 90 peratus untuk hartanah pertama dan kedua anda.

– Pelepasan cukai pendapatan

Ada banyak lagi berita baik jika anda seorang tuan tanah; anda boleh menuntut pelepasan cukai dengan melabur dalam hartanah . Anda boleh membuat pengurangan daripada faedah yang dibayar, cukai pintu, komisen kepada ejen hartanah, periklanan, bayaran guaman dan pembaikan ke atas hartanah yang disewakan. Semua ini sudah pasti memberi kelebihan kepada anda kerana ia akan mengurangkan pendapatan anda yang dikenakan cukai.

BACA JUGA:  At least 10 dead in Indonesia floods and landslides

Jika syarikat perniagaan anda memiliki lebih daripada empat buah hartanah yang disewakan, hasil daripada sewa itu boleh dikira sebagai sumber perniagaan. Di sinilah keriangan bermula kerana anda boleh menuntut elaun model.

– Kutipan sewa

kelebihan yang paling ketara daripada pelaburan hartanah adalah pendapatan daripada sewa. Sementara menunggu harga meningkat, anda boleh menyewakan hartanah itu dan mengutip sewanya. Bagi kebiasaan rumah yang bernilai RM200,000 mampu disewakan pada kadar sewa apartment-apartment di Bangsar tidak kurang daripada empat angka nilainya. Sebagai contoh, seorang teman saya memiliki sebuah apartment di sana (seluas 1,000 kaki persegi) yang disewakannya tidak kurang daripada RM3,500 sebulan. Hal ini juga berlaku ketika berlaku kegawatan ekonomi!

– kestabilan

Ia bukanlah satu kelebihan dari segi kewangan tetapi penting  kerana dengan memiliki rumah sendiri anda bertapak ke arah kestabilan. Anda tidak perlu lagi risau tentang kenaikan sewa atau terpaksa berpindah keluar kerana tuan rumah mehukan rumahnya semula.

Anda boleh membina tapak dan membesar dari sana.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *