KELEBIHAN MELABUR DALAM HARTANAH

How-to-Create-Passive-Income.jpg

Ramai yang menganggap bahawa pelaburan hartanah adalah untuk orang kaya sahaja. Memerlukan deposit yang banyak, gaji yang tinggi, kajian yang menyeluruh dan penyediaan dokumen sokongan yang banyak.

Namun, ramai juga yang sudah menunjukkan minat dalam pelaburan hartanah dan ia adalah satu petanda yang baik. Apakah yang menyebabkan mereka ingin melabur dalam hartanah? Kami akan kongsikan beberapa kelebihan yang anda boleh dapat jika melabur dalam hartanah.

1) PENDAPATAN PASIF

Pendapatan dari pelaburan hartanah boleh diterima melalui dua (2) sumber utama iaitu sewa dan kenaikan harga rumah. Jika sewa yang anda letak melebihi bayaran kepada bank serta kos-kos lain, lebihan tunai tersebut boleh dijadikan sebagai pendapatan pasif anda setiap bulan.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana jika sewa yang diterima lebih rendah dari bayaran kepada bank? Bagaimana jika tiada siapa yang ingin menyewa rumah tersebut? Sebab itu dalam pelaburan hartanah anda perlu melakukan kajian yang menyeluruh sebelum buat keputusan untuk beli rumah tersebut.

Antara kajian yang anda boleh lakukan adalah dengan menyemak kadar sewa semasa di kawasan tersebut dan bandingkan dengan bayaran bulanan kepada pihak bank.

Selain pendapatan yang anda terima dari sewa rumah setiap bulan, anda juga boleh mendapat keuntungan melalui kenaikan harga rumah. Setiap tahun, harga rumah akan terus naik bergantung kepada lokasi rumah tersebut. Rumah yang berada di kawasan yang terkenal seperti Lembah Klang, kenaikan harga rumah sangat tinggi dan laju.

Contoh yang berlaku adalah rumah teres di Bukit Tinggi, Klang apabila harga mula dijual pada tahun 2010 adalah RM300,000 dan kini sudah mencecah RM1,000,000. Perbezaaan kenaikan harga rumah akan menjadi keuntungan untuk anda miliki selepas rumah terserbut berjaya dijual.

11702409583_f04d6b46fa_b.jpg

2) ASET

Kenapa kita perlu kumpul aset? Bagaimana aset dapat membantu meningkatkan gaya hidup kita?

Pemilikan aset atau rumah secara amnya memang satu perkara yang sukar untuk dimiliki jika tiada ilmu tentang pemilikan tersebut. Tujuan utama kita membeli rumah biasanya adalah sebagai tempat perlindungan.

Namun, ada sesetengah dari kita yang tidak mampu memiliki rumah sendiri dan terpaksa menyewa untuk terus hidup. Aset yang kita miliki hari ini bukan sahaja boleh digunakan untuk keperluan kita malah generasi akan datang juga akan mendapat manfaat.

Dengan kenaikan harga rumah yang terlalu tinggi, generasi akan datang mungkin akan menghadapi masalah untuk memiliki rumah sendiri. Oleh itu, anda seharusnya memiliki lebih banyak aset yang mampu milik untuk dijadikan sebagai aset generasi akan datang.

Selain itu, dengan memiliki aset sendiri, anda sebagai seorang suami juga telah menyediakan satu tempat perlindungan kepada isteri dan anak-anak jika sesuatu berlaku terhadap diri anda. Mereka tidak perlu lagi untuk menyewa jika rumah tersebut telah dibayar menggunakan pampasan takaful pinjaman perumahan.

BACA JUGA:  8 TIPS MENDEDAHKAN MINAT ANAK-ANAK TERHADAP HARTANAH

Ramai yang tidak tahu sebenarnya melalui pelaburan hartanah ini anda boleh melakukan banyak amal dan boleh membantu orang lain. Sesetengah dari pelabur hartanah memang mahukan keuntungan dalam pelaburan ini namun anda juga boleh jadikan rumah ini sebagai tempat perlindungan orang lain dengan kadar yang lebih murah.

Business-man-handing-cash-to-another-person-loaning-money-via-Shutterstock-615x345.jpg

3) DUIT ORANG LAIN

Satu kelebihan melabur dalam hartanah adalah anda hanya perlu sediakan 10% sahaja dari harga rumah dan selebihnya iaitu 90% akan dibayar oleh pihak bank. Ini adalah satu teknik ‘leveraging’.

Jika anda mempunyai RM50k, anda mungkin boleh beli dua (2) buah rumah yang bernilai RM250K setiap satu.Lebih menarik lagi, dalam pelaburan hartanah anda juga boleh menggunakan duit akaun 2 KWSP untuk dijadikan sebagai deposit rumah tersebut.

Salah satu teknik yang kami akan kongsikan semasa seminar nanti adalah bagaimana untuk beli rumah dengan deposit kurang dari 10%. Ini dapat membantu orang ramai yang mempunyai masalah yang tidak mempunyai deposit 10% tetapi ingin melabur dalam hartanah.

Selain itu, kos pemilikan aset tersebut juga akan dibayar oleh orang lain jika sewa rumah tersebut melebihi bayaran bulanan kepada pihak bank. Salah satu tabiat orang kaya atau jutawan adalah berbelanja menggunakan ‘duit orang lain’ atau sebenarnya melalui keuntungan pelaburan mereka.

Intentional-Networking.jpg

4) NETWORKING

Akhir sekali, melalui pelaburan hartanah ini anda bukan sahaja boleh mendapat keuntungan malah ada boleh berkenalan dengan ramai orang yang terlibat secara langsung dalam pelaburan ini. Antara pihak yang terlibat seperti pegawai bank, ejen hartanah, peguam dan juga penilai.

Selain itu, anda juga boleh berkenalan dengan pelabur hartanah lain yang mungkin mempunyai teknik dan cara pelaburan mereka sendiri. Melalui networking ini, anda dapat belajar banyak perkara dari orang lain.

Networking ini sangat penting untuk membantu anda untuk lebih berjaya dalam pelaburan hartanah. Anda lebih mudah untuk mendapat rumah yang sangat murah, lebih mudah untuk lulus pinjaman perumahan dan lebih penting lagi apabila proses jual beli rumah anda dapat diselesaikan dengan cepat.

Sumber : Duit Kertas

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *