Kelebihan Rumah Baru Berbanding Dengan Rumah Second-Hand Untuk Bakal Pelabur

Kelebihan Rumah Baru Berbanding Dengan Rumah Second-Hand

Sebagai seorang pelabur hartanah, ada bermacam-macam pilihan yang kita ada. Ada rumah baru yang sedang dalam pembinaan (under construction), rumah second-hand yang juga dikenali sebagai subsale, dah rumah lelong pun ada.

Tapi sebelum itu, fahamkan dulu maksud rumah baru dengan rumah subsale seperti berikut:

Rumah Baru – Boleh jadi rumah dalam pembinaan (under construction) atau juga rumah yang baru saja siap. Biasanya rumah dalam pembinaan murah sedikit, dan ianya dibeli terus daripada pihak pemaju (developer). Rumah yang dah siap pula mungkin berharga sedikit mahal.

Rumah Subsale – Juga dikenali sebagai rumah second-hand, di mana telah ada pembeli yang beli daripada pihak pemaju. Ada juga yang telah bertukar tangan beberapa kali, mungkin dah menjadi third-hand, fourth-hand dan sebagainya.

Lain Pelabur Lain Citarasa
Bergantung kepada citarasa pelabur itu sendiri, jom kita tengok beberapa kelebihan beli rumah baru berbanding dengan rumah second-hand seperti berikut:

1. Rumah Baru, Serba-Serbi Pun Nak Baru
Syok kan bila setiap kali kita menyambut Tahun Baru? Ianya diraikan dengan penuh gilang-gemilang, diwarnai dengan pertunjukan mercun sana sini.

Sama juga halnya dengan rumah baru ni. Luar dalam semuanya baru.

Daripada cat luaran yang baru, sehinggalah dalaman dari segi pendawaian yang kita tak nampak.

Paling best bila ada bau rumah baru, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Jika dibandingkan dengan rumah subsale, kita mungkin hanya boleh nampak daripada segi luaran saja. Cat mungkin baru, tapi keadaan dalaman rumah kita tak boleh nak agak. Lagi-lagi kalau rumah tersebut sudah berusia belasan atau puluhan tahun lamanya.

2. Waranti Rumah Baru

Biasanya apabila kita dapat kunci untuk rumah baru, kita tak perlu risau jika terdapat sebarang kerosakan atau kecacatan. Inilah kelebihan adanya waranti untuk rumah baru, boleh minta pemaju baiki sebarang kerosakan yang kita jumpa.

Sebagai pembeli rumah baru, pastikan kita buat senarai semak atau defect checklist. Di antaranya yang perlu diperiksa adalah:

Dinding, pastikan tiada rekahan
Lantai kayu, pastikan tiada kesan air bertakung yang menandakan ada kebocoran
Jubin atau tiles, pastikan ianya dipasang dengan kemas
Pendawaian elektrik, pastikan tiada wayar terjojol keluar
Saliran air, pastikan air boleh mengalir dan tiada air bertakung
Sistem perpaipan, pastikan tandas tiada bau busuk yang menandakan ada saluran tersumbat
Pintu, tingkap, grill, pastikan ianya boleh ditutup dan dibuka dengan kemas
Resapan air, pastikan siling dan bucu berhampiran dengan tingkap tiada takungan air
Jika kita laporkan kepada pihak pemaju, semuanya akan dibaiki secara PERCUMA – selagi dalam tempoh waranti tersebut.

Berbeza pula dengan rumah subsale, dari luar memang nampak macam elok. Tapi selepas kita bermalam tidak lama dalam rumah tersebut, mulalah pelbagai kerosakan yang kita perasan. Ada yang kita hanya perasan selepas beberapa hari atau minggu.

BACA JUGA:  2.3 Scoring Dan Pra-Kelayakkan

Kena standby duit pula, boleh mencecah puluhan ribu ringgit juga.

Lagi teruk, bila ianya hanya muncul selepas beberapa bulan. Ingatkan dah setel semua, rupanya masalah lain pula yang muncul!

3. Rumah Baru Lebih Murah Untuk Dimasuki
Kebanyakan rumah baru biasanya disertakan dengan pelbagai promosi menarik atau freebies. Ada yang tak perlu deposit, atau hanya serendah RM1,000 sahaja.

Ada juga pemaju yang menawarkan penghawa dingin percuma, kabinet dapur percuma, perabot pun ada yang percuma.

Lagi best bila ada pemaju yang beri rebat atau diskaun untuk pembeli terawal atau diskaun early bird. Bukan sekadar diskaun bumiputera saja tau. Ada pemaju yang siap tanggung yuran guaman dan duti setem.

Eh, beli beramai-ramai pun boleh dapat diskaun tau. Pergi kumpul adik-beradik, kawan-kawan kita beli rumah baru di tempat yang sama. Diskaun pun dapat, nanti berjiran pun dengan orang yang kita memang dah kenal.

Untuk rumah subsale, jangan haraplah. Awal-awal lagi kena sediakan deposit 10%. Lepas tu kena sediakan 5% daripada harga rumah pula sebagai bayaran untuk segala jenis yuran dan kos yang terlibat.

Buatnya nanti dah siapkan semua dokumen, deposit pun dah bayar, tiba-tiba loan pula tak lepas. Atau penilaian bank tak sampai pula harga rumah yang ingin kita beli. Nak beli rumah berharga RM300k, tetapi bank boleh beri pinjaman sehingga RM250k saja.

Silap haribulan boleh burn deposit tu nanti. Belum dikira berbulan lamanya yang kita dah lalui untuk proses tersebut. Kena cari rumah lain pula lepas tu.

4. Rumah Baru Ikut Citarasa Moden Dan Terkini

Setiap tahun ada saja teknologi dan rekabentuk terkini yang muncul. Begitu juga halnya dengan rumah. Setiap rumah baru yang sedang dibina atau baru siap, pasti akan menggunakannya segala-galanya yang terkini. Barulah kena dengan jiwa dan taste kita.

Malah ada rumah baru yang kita boleh bawa berbincang dengan pihak pemaju untuk mengubah ikut citarasa kita.

Kalau beli rumah subsale, mungkin ada yang kita tak berapa berkenan. Nak ubah nanti, kena belanja pula untuk pengubahsuaian atau renovation.

5. Ada Rumah Baru Yang Berpatutan Harganya
Siapa bilang rumah baru semuanya mahal-mahal belaka? Eh, ada je rumah baru dengan harga yang berpatutan.

Jom kita tengok senarai harga rumah baru:

Negeri Nama Projek Harga Harga Selepas Diskaun 7% Bumiputera Keluasan Harga / kps Bilik Bilik Air
Selangor Canopy Hills, Kajang RM230,000 RM213,900 590 kps RM362 2 1
Kuala Lumpur M Centura, Sentul RM350,000 RM325,500 650 kps RM500 2 1
Melaka Sri Melaka Residensi, Bukit Serindit RM232,000 RM208,800 (Diskaun 10% Bumiputera) 1000 kps RM208 3 2
Johor Vida Heights, Larkin RM278,000 RM258,540 549 kps RM470 2 1
Penang Utropolis, Batu Kawan RM270,000 RM251,100 500 kps RM502 1 1
Pernah Dengar DSR Tak? Formula 200?
Dalam pelaburan hartanah, anda wajib tahu apa itu Debt to Service Ratio (DSR) dan Formula 200. DSR digunakan untuk mengira kelayakan seseorang dalam membuat pembiayaan atau pinjaman.

BACA JUGA:  2.2 Jenis Pembiayaan Perumahan

Kita ambil contoh seseorang yang mempunyai gaji RM3,000 sebulan. Kebanyakan bank akan meletakkan DSR pada paras 0.6.

Gaji RM3,000 sebulan * DSR 0.6 = Pembiayaan / Pinjaman RM1,800 sebulan

Oleh itu, untuk anda yang mempunyai gaji RM3,000 mampu untuk membuat pembiayaan atau pinjaman sehingga RM1,800 daripada pihak bank.

Kemudian guna pula Formula 200 untuk mengira harga rumah yang mampu dimiliki.

RM1,800 * 200 = RM360,000 harga rumah

Dengan pendapatan RM3,000 sebulan, anda dah layak untuk memiliki rumah idaman yang berharga di bawah RM300,000 dengan selesa.

Sekarang anda dah tahu, boleh mula shopping rumah untuk tahun 2019 ini.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *