KENAPA KADAR PINJAMAN RUMAH BERBEZA MENGIKUT INDIVIDU?

Pembiayaan hartanah

Apabila kita memohon pinjaman perumahan, sudah pasti kita mahu dapatkan kadar faedah yang paling rendah. Kebanyakan orang merasakan kadar faedah pinjaman ini berbeza mengikut bank.

Ya memang benar, namun ada beberapa lagi faktor lain yang mempengaruhi kadar faedah. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kadar faedah?

Kenapa Kadar Pinjaman Rumah Berbeza Mengikut Individu?
1. Kadar Pinjaman Asas (BLR).

BLR ini berbeza mengikut bank. Pecahan kepada BLR adalah BLR = Kos Operasi + Risiko Kredit + Risiko Kecairan. Jika kos operasi bank itu tinggi maka tinggilah kadar faedah pinjaman anda.

Pecahan bai kadar faedah pinjaman adalah BLR + x% di mana x adalah kadar keuntungan bank. Sebagai contoh dalam perjanjian pinjaman kadar faedah anda adalah 5% = BLR + 2%, ini bermakna kadar keuntungan bank adalah sebanyak 2%. Perlu diketahui disini BR boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

2. Profil Kredit.

Profil kredit adalah skor kredit peribadi bagi setiap individu. Bahasa mudahnya, adakah bank menganggap anda sebagai pembayar yang bagus atau tidak? Jiki skor kredit terlampau teruk berkemungkinan pinjaman anda tidak diluluskan.

Apakah yang menentukan skor kredit ini? Secara umumnya ada-ada beberapa perkara yang mempengaruhi skor kredit anda seperti laporan CCRIS, jenis pekerjaan (kontrak atau tetap), jumlah pendapatan dan sektor perkerjaan anda.

Jika anda membayar hutang sedia ada tanpa gagal dan memperolehi pendapatan yang tinggi, berkemungkinan besar bank akan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah kepada anda.

3. Adakah anda Pelanggan yang Setia?

Bank akan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah jika anda memiliki pelbagai fasiliti seperti kad kredit, pinjaman kereta dan akaun simpanan dengan bank tersebut. Atau pun bank akan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah melalui product bundling (pinjaman rumah perlu diambil berserta produk lain) kepada anda.

4. Terma Pinjaman Rumah.

Kadar faedah juga berbeza berdasarkan jenis pinjaman anda. Jumlah pinjaman yang lebih besar akan ditawarkan kadar faedah yang lebih rendah. Contohnya kadar faedah bagi pinjaman rumah Semi-D kebiasaanya lebih murah daripada pinjaman rumah flat.

Tempoh pinjaman juga begitu, lebih panjang tempoh pinjaman anda lebih rendah kadar faedah yang ditawarkan. Tetapi adakah tempoh pinjaman yang panjang lebih baik kerana kadar faedahnya rendah? Tidak semestinya, anda perlu membuat kira-kira dengan lebih terperinci dahulu dan lihat berapa jumlah penuh bayaran pinjaman bagi setiap situasi.

Sumber: hartabumi

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  BELI RUMAH GUNA PINJAMAN KERAJAAN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *