Kerjaya dan Peluang dalam Bidang Hartanah

real_estate.jpg

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai peluang kerjaya dan potensi pendapatan di dalam bidang hartanah… khususnya di Malaysia. Mengapa saya membawa topik ini? Sebenarnya ini adalah berdasarkan banyak pengalaman saya apabila bersembang dengan orang-orang yang telah berjaya (dan juga masih belum berjaya) serta otai-otai (kira orang berusia lebih 40 tahun dan berpengalaman la kot)…

Saya dapati kebanyakan daripada mereka yang saya jumpa ini semuanya mengatakan mereka lambat nampak peluang yang ada di dalam bidang hartanah… dan hanya ketika usia yang semakin meningkat barulah mereka nampak peluang tersebut dan ada yang merasakan ianya agak lambat untuk mereka menyedarinya pada awal dahulu. Ada sesetengah mereka (bank manager, officer, manager, dan mcm2 lagi) baru mencuba2 untuk menceburi untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut peluang yang ada dalam bidang hartanah.. dan ada juga yang telahpun menukar bidang… dari bidang2 lain kepada hartanah..

Apabila saya terfikir tentang perkara ini saya mula berfikir sendirian… mengapa jadi begini? adakah pasaran hartanah di Malaysia ini baru sahaja dikenali atau pada zaman dulu.. orang Melayu memang tak mahir sangat pasal hartanah ni. Mungkin ada juga kebenarannya kerana jika kita lihat sehingga sekarang pun… jika kita tanya anak-anak Melayu yang masih bersekolah.. apakah cita-cita mereka.. pastinya ramai yang kata nak jadi doktor, engineer, pilot dsb… dan boleh saya katakan hampir semua tidak mengenali kerjaya dan potensi dalam bidang hartanah seperti pemaju hartanah, konsultan hartanah, agen hartanah ataupun kontraktor hartanah.. sebabnnya adalah mudah… kerana mereka tidak mengenalinya dan tidak diperkenalkan tentang potensi yang sebenarya wujud dalam hartanah. Memang tidak dinafikan, kerja-kerja seperti doktor, jurutera pensyarah dsb mempunyai status tersendiri.. tetapi apa kurangnya dalam bidang hartanah.. jika tidak masakan pada usia lewat 30an barulah kebanyakannya baru mula ingin menceburi dan mempelajari bidang hartanah.

Isunya disini yang ingin diketengahkan adalah orang Melayu masih kurang melibatkan diri di dalam hartanah.. terutamanya seperti pemaju, konsultan, agensi dan kontraktor. Kalau adapun ramai yang lebih suka menjual tanah….(maaf… mungkin agak kasar bunyinya…)
Walau bagaimanapun, sekarang ini dapat saya lihat golongan muda melayu telah mula pandai menceburi bidang hartanah… terutamanya dengan melabur dalam bidang hartanah. Suatu petanda yang positif.. tetapi melabur di dalam hartanah memerlukan ilmu… dan bukan sekadar terjun sahaja tanpa memahami beberapa perkara asas. Ini kerana hartanah melibatkan jumlah yang besar dan berisiko besar.. Inilah salah satu sebab mengapa ramai yang akhirnya hartanah mereka dilelong… kerana tidak mampu bayar akibat daripada tidak faham konsep pergerakan pasaran hartanah, undang2 berkaitan hartanah dan juga isu kewangan/pembiayaan berkaitan hartanah.

Selain potensi pendapatan dalam hartanah yang sememangnya besar, adakah kerjaya dalam bidang hartanah ini setanding pendapatannya dengan kerjaya-kerjaya lain?
Sebenarnya, seperti bidang-bidang lain kerjaya di dalam hartanah juga ada yang memberikan bayaran dan pulangan lumayan dan ada juga pada kadar biasa sama seperti yang lain. Bagi mereka yang mempunyai kelulusan akademik dalam bidang hartanah seperti pengurusan hartanah dan sebagainya… Diploma atau Ijazah bukan jaminan anda boleh memperolehi gaji lumayan dalam bidang hartanah. Pendapatan yang lumayan biasanya boleh anda capai dengan terus berusaha untuk mencapai kelayakan memiliki Lesen Professional anda sendiri.

Walau bagaimanapun, terdapat satu karier dalam hartanah yang tidak memerlukan anda mempunyai latar belakang akademik yang tinggi tetapi masih boleh mencapai pendapatan berpuluh ribu ringgit sebulan. Ianya mungkin dikenali tetapi masih teramat kurang dikalangan masyarakat Melayu iaitu… Ejen Hartanah.

Terdapat ejen hartanah yang memiliki kereta seperti Merc, BMW dan juga kereta sports seperti Porsche (ejen yang saya kenal dan mempunyai klien di kawasan elit seperti Damansara Heights, Bangsar dan TTDI) hanya dengan menjalankan karier seperti ini… tidak perlu terlekat di meja office.. dan waktu bekerja yang fleksibel. Walaupun fee agen hartanah hanya serendah 2.75% berbanding di US dan UK di mana sehingga 5%, tidak dinafikan… semakin ramai diantara mereka yang mampu mencapai impian mereka melalui kerjaya ini walaupun tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.

 

Sumber : Tips Hartanah

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *