Kesilapan Ubahsuai Rumah Yang Perlu Dielakkan

Trend hartanah Malaysia 2017

Dalam pelaburan hartanah, ubaisuai (renovation) adalah satu perkara biasa yang dilakukan oleh pemilik rumah mahupun pelabur hartanah. Ubaisuai biasanya dilakukan bertujuan untuk keselesaan ataupun menambahnilai hartanah tersebut. Tidak dinafikan ubaisuai yang baik dapat meningkatkan nilai hartanah mahupun nilai sewaan hartanah tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan dalam proses ubaisuai ini. Kesilapan ini bukan sahaja merugikan kos ubahsuai yang telah dilakukan malahan lebih parah menurunkan nilai hartanah tersebut. Di dalam artikel kali ini, saya kongsikan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik mahupun pelabur hartanah:

1. Binaan Yang Terlalu Kompleks & Mengikut Trend

Kadangkala, ubaisuai terlalu mengikut trend terkini ataupun ubahsuai yang terlalu kompleks sehingga mengganggu jiran tetangga. Perlu diingat, tidak semua bakal pembeli akan suka dengan hasil ubahsuai mengikut sesuatu trend atau terlalu kompleks. Sekiranya perkara ini terjadi, sudah pasti pemilik akan mendapat kesukaran mencari pembeli yang baru seterusnya mengakibatkan hartanah tersebut tidak dapat dijual dengan harga tinggi malahan boleh menyebabakan ia dijual dengan harga yang rendah. Cukuplah sekadar ubahsuai yang minima dan sedap mata memandang. Lebih lebih lagi bagi hartanah untuk pelaburan.

2. Terlalu Banyak Warna & Binaan Dalaman

Terlalu banyak warna dan binaan yang tidak boleh alih di dalam rumah seperti almari baju, rak kasut, rak buku, almari televisyen dan sebagainya turut mempengaruhi harga sesuatu rumah. Sekiranya terlalu banyak binaan dalaman serta warna yang terlalu banayk, sudah tentu ia mempengaruhi pembeli. Pembeli akan mula berkira-kira kos ‘baikpulih’ warna serta binaan binaan yang mungkin sudah tidak elok lagi. Akhirnya rumah tersebut tidak dapat dijual pada yang tinggi.

3. Material Murah vs Material Mahal

Tidak semestinya penggunaan material yang mahal menjanjikan pulangan yang tinggi pada hartanah. Penggunaan material mestilah bersesuaian denagn lokasi serta keperluan penduduk setempat. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan perabot import dan diletakkan di sebuah apartment yang rata rata penghuninya pelajar, sudah tentu anda sukar mendapatkan sewa yang tinggi walaupun sudah mengeluarkan modal yang tinggi. Begitu juga dengan harga jualan, sekiranya material yang mahal digunakan untuk ubahsuai rumah yang market targetnya golongan sederhana, sudah tentu sukar untuk mendapatkan pembeli yang boleh ‘top up’ lebihan wang tunai bagi menampung harga yang tinggi. Begitu juga sebaliknya, seandainya anda menggunakan material murah di kawasan perumahan elit, sudah tentu anda mengalami kesukaran mendapat penyewa mahupun pembeli.

4. Melanggar Peraturan

Ubahsuai yang melibatkan penambahan dan perubahan struktur asal rumah mestilah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ataupun pihak pengurusan bagi unit strata. Kebanyakan pemilik tidak mengambil berat berkenaan kelulusan ini. Kesannya bukan sahaja ubahsuai ini tidak dapat menaikkan harga pasaran rumah tersebut, lebih teruk lagi boleh didenda. Bagi pemilik unit strata, ubahsuai struktur rumah mestilah tidak mengganggu jiran di bawah, atas atau sebelah menyebelah rumah. Misalanya mengalihkan kedudukan bilik air, mestilah tidak memberi kesan pada rumah di bahagian bawah.

5. Pencahayaan

Pencahayaan juga penting dalam ubahsuai rumah. Kebanyakan pemilik tidak mengambil endah berkenaan pencahayaan sama ada terlalu terang, terlalu gelap, terdedah kepada cahaya matahari petang semuanya akan mempengaruhi nilai hartanah tersebut. Bagi pelabur atau pembeli yang mempunyai kepercayaan ‘feng shui’, faktor pencahayaan ni amat dititikberatkan.

6. Ubahsuai Ikut Suka

Perkara ini juga sering berlaku. Melantik kontraktor tidak bertauliah, tidak kaji terlebih dahulu faktor sekeliling, kesesuaian ubahsuai terhadap jenis rumah, tidak meminta kelulusan dan banyak lagi. Ubahsuai dilakukan mengikut sesuka hati tanpa meminta pandangan yang lebih arif ataupun pakar. Jika ubahsuai seperti ini berlaku, kemungkinan nilai hartanah tersebut tidak meningkat dan sukar dijual, lebih teruk lagi boleh menyebabkan kerosakan struktur rumah. Kesimpulannya, sebelum memulakan sebarang ubahsuai mintalah pandangan pihak yang lebih arif dan pakar agar modal yang kita laburkan untuk ubahsuai ini memberi pulangan yang menguntungkan. Elakkan kesilapan-kesilapan yang telah saya kongsikan di atas. Melaburlah dengan bijak.

SUMBER : HARTANAHNIAGA.COM

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *