KHALID SAMAD DEDAH BINAAN HARAM DI TANAH KERAJAAN MINGGU DEPAN

saman

SHAH ALAM: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad akan mendedahkan binaan haram syarikat swasta atas tanah milik kerajaan persekutuan minggu depan.

Menteri berkata binaan haram itu diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Khalid menjelaskan undang-undang tidak membenarkan syarikat swasta membuat sebarang binaan di tanah kerajaan kecuali tanah berkenaan dijual kepada syarikat itu.

“Maka tidak munasabah adanya kelulusan yang diberi oleh DBKL,” katanya.

ADVERTISING

inRead invented by Teads

FMT difahamkan 1 hartanah berstatus komersial setinggi 6 tinggi siap dibina atas tanah kerajaan dengan perintah pembangunan ditandatangani oleh pegawai jabatan, bukannya datuk bandar.

Menurut Khalid, hartanah itu dibina antara 2010 hingga 2012.

“Kita sudah ambil tindakan untuk meminta bangunan berkenaan dikosongkan,” katanya, dan menambah nasib bangunan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pihak terlibat.

“Skandal mengenai hartanah ini didedahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur kepada saya dan saya arahkan untuk cari lebih banyak maklumat dan kita sudah memiliki semuanya,” katanya.

Khalid berkata pendedahan terperinci akan dilakukan minggu depan.

“Kita akan bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas kita dedahkan semuanya,” katanya.

Pada masa sama, Khalid turut memberitahu bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dilantik untuk sebagai Pengerusi Perbadanan Kampung Baru, selepas penyandangnya diarah meletakkan jawatan.

“Kita lantik orang baru yang mempunyai kaitan dengan Kampung Baru. Dia anak jati Kampung Baru dan terkenal. Kita percaya langkah ini dapat memudahkan rundingan dengan pemilik-pemilik tanah,” katanya.

Beliau berkata ramai pemilik khuatir dan sangsi apabila berurusan dengan kerajaan.

SUMBER

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  PASARAN HARTANAH DIJANGKA SURAM 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *