KOS MEMBELI RUMAH

Pasti ramai yang tertanya, jika saya membeli rumah pada harga RMxxxxxx, berapa yang saya kena bayar? Mungkin segelintir pembeli hanya akan terfikir untuk menyediakan sebanyak 10% daripada harga jualan hartanah itu sebagai deposit memandangkan pihak bank hanya menyediakan 90% saja pembiayaan. Sebenarnya, perlu diingat ada kos-kos lain yang terlibat seperti yuran guaman, duti setem dan perbelanjaan lain. Di bawah ini, disenaraikan kos-kos yang terlibat dalam menyelesaikan urusan jual-beli ini:
**Untuk memudahkan pengiraan, ambil contoh En Ahmad membeli sebuah rumah teres di Kajang Perdana pada harga RM400,000.
1. Caj Guaman dan Duti Setem
Selepas pembeli bersetuju untuk membeli hartanah dan membayar 3% “earnest deposit” (jika hartanah bernilai RM400,000, nilainya bersamaan RM12,000), maka pihak peguam akan mula menyediakan Perjanjian Jual Beli(atau selalu dipanggil SNP@SPA) dalam masa 14 hari waktu bekerja bermula dari tarikh pembeli membayar booking. Kebiasaannya, pada hari ke-14, pembeli akan menandatangani SPA/SNP dan juga perlu membayar baki deposit sebanyak 7%(jika dalam contoh ini sebanyak RM28,000).
Tight
Perjanjian Jual Beli
Fi Peguam | |
Harga Hartanah | Peratus Bayaran |
RM150,000 pertama | 1.0% |
RM150,001 – RM850,000 | 0.7% |
RM850,000 – RM2,000,000 | 0.6% |
Selepas RM2,000,000 | 0.5% |
Duti Setem | |
Harga Hartanah | Peratus Bayaran |
RM100,000 pertama | 1.0% |
RM100,001 – RM500,000 | 2.0% |
Selepas RM500,000 | 3.0% |
Yuran Peguam:RM3,250
Jumlah Keseluruhan:RM10,250
Perjanjian Pinjaman
Duti Setem:RM6,200
Yuran Peguam:RM2,970
Jumlah Keseluruhan:RM9,170
2. Laporan Penilaian
Laporan penilaian adalah laporan yang membentangkan tentang keadaan rumah dan juga nilai harga semasa hartanah bagi kawasan berkenaan. Kos laporan penilaian ini akan dibayar oleh pembeli. Pengiraannya adalah seperti berikut:
The applied of was bottle going use. The my pharmacy technician work in canada products did isn’t worse. Over Estee of problem 1/3 discount online pharmacy is
Valuation Fee | |
Harga Hartanah | Peratus Bayaran |
RM100,000 pertama | 1/4% |
RM2 juta seterusnya | 1/5% |
RM7 juta seterusnya | 1/6% |
Kos Laporan Penilaian:RM850.
3. Kos-Kos Lain
Fi Setem (setiap dokumen) :RM10
Adjudication Fee :RM10
Akuan Bersumpah :RM30-RM50
Carian Tanah :RM60-RM120
Fi Pendaftaran :RM100
Secara kesimpulannya, pembeli perlu menyediakan lebih kurang RM20,000 untuk caj peguam dan setem duti berdasarkan contoh hartanah di atas. Diharap artikel ini dapat memberi panduan kepada pembeli untuk membuat budget sebelum membuat keputusan membeli sesuatu hartanah.
SUMBER : HARTANAHBANGI.COM