LANGKAH MENINGKATKAN POTENSI KELULUSAN LOAN RUMAH

666.jpg

Cara 1: Kurangkan jumlah hutang anda.

Kita boleh buat ini dengan membayar balik segala hutang yang ada secepat mungkin. Ini termasuk hutang bank dan bukan bank.

Hutang bank: Pinjaman rumah, loan kereta, pinjaman peribadi, kad kredit, dan lain-lain.
Hutang bukan bank: Loan PTPTN, sekuriti pinjaman, program kerajaan, dan lain-lain.
Baki kad kredit yang tinggi dan pinjaman PTPTN akan buatkan kadar DSR kita tinggi.

Kita ada kemungkinan tinggi untuk disenarai hitamkan oleh bank dan tak payah pelik bila permohonan pinjaman yang dibuat banyak kena reject, kalau tak bayar balik pinjaman PTPTN.

Kalau tak bayar hutang bukan bank pun, sama juga. Perkara ini akan di rekod dalam CCRIS dan CTOS kita.

Cara 2: Ada sejarah skor kredit yang ohsem.

Sejarah kredit adalah petunjuk serta bukti supaya pihak bank melihat kita sebagai pembayar hutang yang baik atau sebaliknya.

Bank akan merujuk 2 sumber utama ni bagi memeriksa sejarah kredit kita:

a) CCRIS.

Laporan CCRIS akan tunjukkan rekod terkini dalam tempoh 12 bulan, dan mengandungi 3 kategori transaksi utama:

1) Pinjaman tertunggak.
Termasuk jumlah yang belum dijelaskan, had, kelakuan pembayaran, dan segala status sah.

2) Akaun perhatian khusus.
Akaun seperti pinjaman tak berbayar (NPL), atau “Jadual Pengurusan Perhutangan Khas” akan mendapat perhatian khas.

3) Pinjaman / permohonan kemudahan kredit.
Merekod segala pinjaman jika diluluskan dan ditolak.

Apa yang patut kita elakkan:

-Membuat pembayaran lewat atau langsung tak buat sebarang bayaran,

-ada komitmen kat pelbagai jenis pinjaman atau permohonan kredit,

-mempunyai kadar kredit yang tinggi untuk kad kredit atau overdraf. Ini akan jadi bukti yang kita lemah dalam pengurusan kewangan.

P/S: Kita boleh cetak laporan CCRIS dengan percuma kat Bank Negara atau menghantar borang permintaan.

b) CTOS.

Rekod CTOS kita akan disimpan untuk satu tempoh masa.

Dan maklumat dalam rekod CTOS kita boleh jejaskan permohonan pinjaman kita, termasuk:

1)Maklumat kebankrapan,

2)tindakan undang-undang yang diambil,

3)jadi penjamin dan loan itu gagal dibayar,

4)bil-bil yang belum dijelaskan untuk segala langganan atau perkhidmatan. Rekod ini boleh diserahkan oleh syarikat swasta seperti utiliti dan Telco.

Apa yang kita perlu periksa:

-Semua maklumat peribadi kita haruslah tepat dan benar,
-semua rekod terkini perlu tepat dan betul,
-kita tak dikenakan tindakan undang-undang,
-maklumat perniagaan kita harus dicetak dengan tepat,
-kita kena maklumkan kat CTOS dengan segera kalau terdapat mana-mana tindakan undang-undang atau pembayaran yang telah kita jelaskan, tapi status itu belum dikemaskini.

P/S: Kita boleh dapatkan laporan ini dengan buat pembayaran yang kecil saja.

Kita tak payah risau kalau bayar balik segala hutang tepat pada masa dan jumlahnya.

BACA JUGA:  MENJADI JUTAWAN HARTANAH

Tapi, adalah lebih baik untuk periksa CCRIS dan CTOS kita dari masa ke semasa.

Kalau kita ada masalah dengan CCRIS dan CTOS dan baiki 2 perkara ini sebelum buat permohonan pinjaman yang seterusnya.

Cara 3: Mula cipta rekod kredit sekarang.

Tak ada sebarang sejarah kredit adalah seteruk seperti mempunyai sejarah kredit sejarah yang lemah.

Permohonan kita kemungkinan yang besar akan ditolak oleh bank, sebab mereka tak ada sebarang bukti yang kita adalah pembayar hutang yang baik.

Ini bagus untuk dibuat, terutama sekali untuk siswazah atau peminjam kali pertama.

Kalau korang tak pernah buat, boleh mula apply kad kredit sekarang.

Dan pada masa yang sama, pastikan baki kad kredit sentiasa rendah dan buat pembayaran penuh setiap bulan.

Kalau tak boleh buat pembayaran penuh, kita boleh cuba bayar sebanyak mungkin.

Cara 4: Pastikan baki kad kredit sentiasa rendah.

Kalau baki ini tinggi, bank akan persoalkan kita kenapa ada banyak hutang serta menganggap kita tak pandai uruskan kewangan dengan baik.

Cara 5: Tunjukkan bank yang kita ada simpanan.

Bank lebih suka bagi pinjaman kat orang yang ada duit simpanan.

Sebab bank melihat orang macam ini ada kemampuan untuk bayar balik pinjaman yang dibuat.

Dan ia termasuk semua jenis deposit tetap, pinjaman, bon, atau lain-lain.

Kita perlu pastikan untuk serahkan dokument terkini bila buat permohonan pinjaman.

Kalau tak, memang ada potensi tinggi permohonan korang gagal.

Cara 6: Gabungkan pendapatan.

Salah satu cara untuk tingkatkan DSR kita adalah dengan gabungkan pendapatan dengan pasangan semasa buat rayuan untuk pinjaman rumah.

Satu lagi. Pastikan korang berdua faham hak masing-masing (berdasarkan perundangan) tentang hartanah itu.

Sumber : Gila Hartanah

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *