Langsai Hutang Rumah 10 Tahun?

langsai

Kenapa Bayar Hutang Rumah 30 Tahun Sedangkan Anda Boleh Langsaikan Dalam 10 Tahun ?

Pernah tak anda dengar rakan-rakan anda berkata “ Aku dah bayar hutang rumah 5 tahun, tapi baki hutang macam tak luak aje ?” Atau mungkinkah anda juga merasai pengalaman yang sama ?

Saya pernah pada satu ketika dahulu mempunyai hutang rumah sebanyak RM200,000. Setiap bulan saya bayar bank RM10,050. Tetapi selepas 5 tahun saya bayar hutang rumah saya, baki hutang rumah saya masih lagi ada RM198,000. RM2,000 sahaja kurang sedangkan saya dah bayar lebih RM60,000.

Bila saya cerita kepada kawan saya, saya dapati hampir 9/10 daripada mereka kata “Biasalah tu. Mula-mula kita memang bayar faedah aje.” Kata-kata nak melegakan hati sendiri. Dan akhirnya kebanyakan orang terima kata-kata ini sebagai hakikat sebenar yang perlu ditanggung oleh mereka yang berhutang rumah daripada bank.

Saya cuba mencari jawapan kepada persepsi umum ini. Adakah benar hutang rumah kita memang lambat habis sebab kita bayar faedah sahaja pada mulanya, kemudian barulah hutang sebenar kita akan mula dibayar. Ini yang saya jumpa.
Rata-rata orang ramai tahu yang pinjaman bank ada 2 komponen utama ; nilai pokok dan nilai faedah. Semua orang tahu kalau mereka berhutang satu amaun, mereka akan membayar amaun hutang mereka dan ditambah dengan sejumlah faedah yang dikenakan. Sebagai contoh, kalau mereka berhutang RM400,000, mereka akan dikenakan faedah berjumlah RM350,000 di sepanjang tempoh pinjaman mereka. Jadi jumlah keseluruhan yang mereka perlu bayar ialah sebanyak RM750,000, nilai pokok tambah nilai faedah.

Ramai juga yang beranggapan pada tahun-tahun permulaan mereka membayar bayar hutang mereka kepada bank, mereka hanya membayar nilai faedahnya sahaja. Selepas nilai faedahnya habis dibayar, barulah nilai pokoknya akan mula dibayar. Anda pulak fikir macam mana ?

Inilah salah satu mitos dan salah faham kebanyakan orang yang berhutang rumah dengan bank. Saya tak tahu daripada mana datangnya mitos ini, tetapi ianya telah diturunkan sejak zaman ke zaman sehingga ramai daripada kita menerimanya bulat-bulat dan yang paling sedih, menyampaikannya kepada rakan-rakan juga kesalahfahaman mereka ini.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku kepada nilai hutang dan nilai bayaran balik hutang kita kepada bank ini ? Cuba lupakan seketika apa yang anda faham selama ini dan fahami apa sebenarnya yang berlaku.

Satu perkara yang betul ialah setiap pinjaman kita ada 2 komponen utama; nilai pokok dan nilai faedah. Setakat ini sahaja kebenarannya. Apabila kita mula membayar balik hutang kita kepada bank setiap bulan, jumlah tersebut digunakan untuk membuat bayaran balik sejumlah nilai pokok dan sejumlah nilai faedah.

Nilai faedah dikira daripada baki nilai pokok atau baki hutang kita. Sebagai contoh, Hutang rumah kita RM200,000 dan setiap bulan kita bayar RM1,000. Daripada RM1,000 yang kita bayar untuk bulan pertama, RM200 akan dibayar untuk nilai pokok dan selebihnya RM800 akan dibayar untuk nilai faedah. Jadi baki hutang kita sudah kurang RM200 menjadi RM199,800.

BACA JUGA:  Bagaimanakah Caranya Untuk Beli Rumah Guna Wang KWSP?

Bulan kedua, RM210 dibayar untuk nilai pokok dan selebihnya RM790 akan dibayar untuk nilai faedah. Jadi hutang kita RM199,800 sudah berkurang RM210 menjadi RM199,590. Begitulah seterusnya. Sebab itu pada peringkat permulaannya kita nampak baki hutang kita lambat nak kurang.

Sebahagian besar daripada bayaran balik kita digunakan untuk membayar faedah dan hanya sebahagian kecil sahaja digunakan untuk membayar balik nilai pokok.
Kalau begitulah keadaannya, bila pulak kita akan mula membayar nilai pokok lebih daripada nilai faedah ? Pernah terfikir tak ?

Kita akan membayar nilai pokok bermula dengan sejumlah kecil yang lama kelamaan menjadi besar dan membesar sehinggalah tempoh 2/3 daripada tempoh keseluruhan pinjaman kita. Kalau tempoh pinjaman kita 30 tahun, maka selepas lebih kurang tahun ke-20 barulah kita akan membayar nilai pokok yang akan melebihi nilai faedah. Ketika inilah baru kita nampak yang hutang rumah kita akan lebih cepat habis.

Tetapi cerita ini tidak berakhir di sini sahaja. Ada satu lagi mitos dan salah faham dalam kiraan pembayaran balik hutang rumah kita ini. Ramai orang menganggap yang kadar faedah pinjaman rumah mereka adalah tetap, terutama sekali mereka yang membuat hutang rumah Islamik. Mungkin saya perlu juga kongsikan di mana silapnya tanggapan ini dalam tulisan saya akan datang.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *