LELONGAN AWAM DAN HARGA REZAB

Sekarang ni ramai yang semakin berminat untuk membeli rumah melalui lelongan awam.
Rata-ratanya dari apa yg yg saya tanya ramai berpendapat lelongan awam=harga murah.
Mereka fikir kalau beli rumah dari lelongan mesti lagi murah dari harga pasaran?

Betul ke?

Betul.. dan boleh jadi salah.

Pertamanya kena faham.. Bagaimana penentuan Harga Rezab?

Berdasarkan Kanun Tanah Negara, Harga Rezab lelongan ditetapkan berdasarkan Nilai Pasaran Bebas iaitu berdasarkan penilaian yang dibuat oleh Penilai Bertauliah. Oleh itu untuk Lelongan Pertama, Harga Rezab = Nilai Pasaran.. Ini tiada pertikaian dan tiada masalah..

Kerana inilah biasanya jarang sekali orang memasuki lelongan pertama kecuali mereka yg benar-benar mahukan hartanah berkenaan (biasanya utk tinggal sendiri) ataupun susah utk mendapatkan hartanah tersebut di pasaran terbuka (bekalan sangat terhad).

Seterusnya.. Harga Rezab untuk lelongan kali kedua, ketiga dan seterusnya (..10,11, dsb).

Berapakah Harga Rezab yang ditetapkan?

Berdasarkan praktis kebiasaan ianya akan dikurangkan sebanyak 10% daripada Harga Rezab lelongan terdahulu yang gagal.

Contohnya, harga rezab lelongan pertama adalah RM200K, maka BIASANYA harga rezab lelongan kedua ialah RM180K, iaitu pengurangan 10% (RM20K) daripada lelongan pertama.

Ini adalah “normal practice’ dan bukanlah kemestian… dan inilah sebab di mana kadangkala akan wujud lelongan kali kedua dan sebagainya (cthnya 7,8,9…) di mana harga rezab ditetapkan oleh Mahkamah atau Pejabat Tanah pada harga yang bukan pengurangan 10% dari harga rezab sebelumnnya.

Contohnya, Harga Rezab Lelongan ketiga RM150K.. tiba-tiba harga rezab lelongan keempat RM200K. Sebab apa?
Salah satu sebabnya ialah faktor tempoh masa, di mana mahkamah/pejabat tanah berpendapat ianya telah melalui suatu tempoh masa yg panjang dan perlu dilakukan penilaian semua atau memang mahkamah/pejabat tanah boleh sahaja menngekalkan harga rezab berdasarkan sebelumnya.

Bagaimana pula dengan lelongan ‘LACA’ atau ‘assignment’, iaitu lelongan utk hartanah yang masih tidak memiliki geran individu?

Untuk lelongan pertama.. ianya akan mengikuti apa yg dinyatakan di atas iaitu Harga Rezab= Nilai Pasaran Semasa. Namun utk lelongan seterusnya, bank sebenarnya bebas utk penentuan harga rezab. Walau bagaimanapun ini jarang berlaku.. tetapi ia boleh berlaku di mana harga rezab utk lelongan seterusnya (2,3….) boleh berkurang lebih dari 10% dari harga rezab sebelumnya.

Kesimpulannya.. Tidak semestinya harga rezab lelongan adalah lebih rendah daripada nilai pasaran. Walaupun kebiasaanya ia boleh jadi lebih rendah selepas lelongan pertama, namun ada kemungkinan ianya tidak berkurang atau mungkin kembali kepada nilai pasaran.

Yang penting… ketahui nilai pasaran semasa.. dan anggaran harga semasa hartanah yang anda rancang untuk bida sebelum sesuatu lelongan. Dapatkan nasihat terlebih dahulu mengenai harga/nilai pasaran semasa sebelum menyertai lelongan kerana anda mungkin berisiko kehilangan deposit jika telah membida dan tidak mahu meneruskan pembelian anda.

BACA JUGA:  KETAHUI BAJET SEBELUM MENGUBAHSUAI RUMAH ANDA

SUMBER : COACH HARTANAH.COM

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *