Lihat Bagaimana Pemuda 25 Tahun Ini Melangsaikan Hutang Kredit Kad Dengan Hartanah.

Suatu petang, ada seorang insan muda ini berjumpa dengan aku untuk belajar pasal hartanah. Dari Keramat, KL sanggup sampai ke Salak Tinggi, Sepang semata-mata untuk belajar pasal hartanah dan ingin ubah hidup dia.

Tujuan dia pilih aku sebab satu je…. Aku di jemput ke tv untuk berkongsi tentang penipuan dalam jual beli tanah. Aku share kan di media social dan dia terus pm aku. Dan kami pun berjumpa.

Ketika perjumpaan tu, agak menyedihkan kerana kesemua kisah yang dia ceritakan adalah masalah di tempat kerja yang penuh unsur negative.

Lepas perjumpaan tu dia siap bawa RM400 untuk bayar yuran konsultan tapi aku tolak. Aku cuma dia follow apa yang aku suruh ni kalau nak ubah hidup. Dalam fikiran aku patutlah senangnya ramai yang ditipu akibat popularity seseorang.

Dari masalah yang dia cerita tu pening jugak kepala aku dengar. Dahla ada hutang kad kredit hampir penuh RM3000. Gaji pun tak seberapa RM2300 saje. Umur baru 25 tahun. Nak beli rumah sekarang semua mahal. Bisnes buat sebelum ni sume tak jadi. So, aku perkenalkan teknik ini pada brader ni.

Senang je. Aku suruh dia beli rumah kos rendah di Kinrara. Jangan banyak cakap, ikut je apa aku suruh. Alhamdulillah dia setuju dan booking rumah tu.

Untuk tengok komitmen dia setinggi mana aku saje tengok dia pinjam duit mak dia untuk stand by duit guaman dan sedikit deposit. Dan baki deposit yang lain melalui KWSP akaun dua. Korang jangan buat benda sama kalua tak tahu caranya.

Tapi sebelum kami meneruskan pembelian rumah tu aku terangkan bagaimana rumah ini boleh menjana RM24K tunai untuk dia dan RM50 – RM100 pendapatan tambahan sebulan.

Puas aku cerita dan dia tanpa fikir panjang terus set untuk tengok rumah tu dan booking dengan syarat aku terangkan semua perkara dan minta rujukan untuk di baca.

Cara yang aku buat adalah mark up loan. Dan carikan penyewa gunakan konsep “JUST IN TIME” yang aku kongsikan pada dia untuk dapatkan penyewa.

Dari itulah dia dapat pendapatan tambahan RM50 sebulan dan bonus RM24K bersamaan hampir gaji setahun dia.

RM24K tu lepas tolak hutang mak dia awal-awal tu tau. So dengan RM24K tu dia langsaikan semua kredit kad dia, ada balance lagi RM21K. aku suruh dia belanja mak ayah makan sikit dan gunakan modal sikit untuk belajar saham dengan sifu aku.

Selebihnya aku suruh simpan di ASB atau Tabung Haji. Dari situ dapatlah sikit dividen 6% ketika tu. Tempoh selesai rumah ni pun 6 bulan.

BACA JUGA:  7 Keburukan Pelaburan Hartanah Yang Perlu Anda Tahu

Aku tengok kesungguhan pemuda ni dan aku pun cadangkan kelas yang relevan yang patut dia pergi. So dari itu aku Nampak, duit memang boleh memotivasikan seseorang untuk menjadi lebih baik.

Kini dia sibuk untuk beli rumah lagi untuk pelaburan seterusnya. Aku rasa bangga dapat tolong anak muda ni.

Dalam masa yang sama juga aku harapkan ramai insan di luar sana agar tidak mengambil kesempatan ke atas golongan yang ingin berjaya ini. Kadang-kadang aku terfikir, apa akan jadi jika orang ambi kesempatan kat insan muda ni, sedangkan dia ingin belajar untuk ubah hidup.

Mungkin ini rezeki beliau. Aku harap korang juga dapat manfaat dan dapatkan cara yang betul untuk melabur dalam hartanah. Jika ada usaha, pasti ada jalan.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *