LOAN GOVERNMENT

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

PEKELILING LPPSA BIL. 1 TAHUN 2016

1. Tujuan

Pekeliling  ini  bertujuan  memaklumkan  syarat -syarat  dan  peraturan  mengenai pembiayaan perumahan sektor awam.

2. Syarat-syarat pembiayaan

2.1 Pemohon layak untuk menikmati dua kali  pembiayaan sama ada memilih SPPSA atau SPPSAi  bagi pembiayaan pertama dan pembiayaan kedua tertakluk  kepada  syarat-syarat  yang  ditetapkan.  Pemohon  yang  telah mendapat kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, Badan-Badan  Berkanun  dan  Pihak  Berkuasa  Tempatan  hanya  layak mendapat  kemudahan  pembiayaan  kedua  di  bawah  skim  ini  tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan kedua.

2.2   Pemohon yang layak memohon pembiayaan adalah seperti berikut:

2.2.1   Anggota Perkhidmatan Awam/ Polis/ Tentera:

i. pegawai  tetap  yang  sedang  berkhidmat  dalam  Kerajaan Persekutuan  atau  Kerajaan  Negeri  atau Badan  Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan;

ii.  warganegara Malaysia;

iii.  telah  berkhidmat  sekurang-kurangnya  satu  (1)  tahun  dan telah disahkan dalam jawatan; dan

iv.  bukan  seorang  bankrap  atau  siber hutang  hukuman  atau seorang yang tidak berkemampuan kewangan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.

2.2.2  Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik;

2.2.3  Anggota  Pentadbiran  Negeri  iaitu  Menteri  Besar,  Ketua  Menteri, Timbalan  Menteri  Besar,  Timbalan  Ketua  Menteri  dan  Ahli  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;

2.2.4  Hakim  Mahkamah  Persekutuan/  Rayuan/  Tinggi  tertakluk  kepadaAkta Saraan Hakim 1971[Akta 45];

2.2.5  Anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat;

2.2.6  Yang Dipertua Dewan Rakyat; dan

2.2.7  Ahli Dewan Undangan Negeri.

2.3  Pemohon  yang  akan  bersara  atau  anggota  tentera  yang  akan  tamat perkhidmatan mesti mengemukakan permohonan dan diterima tidak lewat daripada  satu  (1)  tahun  sebelum  bersara  atau  tamat  perkhidmatan menggunakan borang yang ditetapkan.

2.4  Pemohon yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mesti  mengemukakan permohonan  tidak  lewat  daripada  lima  (5)  tahun sebelum tamat perkhidmatan.

2.5  Permohonan  pembiayaan  bagi  pembelian  terus  daripada  pemaju  untuk rumah dalam pembinaan atau telah siap  hanya dibenarkan jika hartanah mempunyai  Hakmilik  Induk  atau  Hakmilik  Individu/  Strata.  Bagi  Hakmilik Induk, kelulusan tukar syarat kegunaan tanah kepada ‘Bangunan’ berserta kelulusan  pecah  sempadan  oleh  Pihak  Berkuasa  Negeri  hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

2.6  Permohonan  pembiayaan  yang  melibatkan  projek  pembinaan  melebihi empat  (4)  buah  rumah  bagi  Semenanjung/  Sabah  dan  lapan  (8)  buah rumah  bagi  Sarawak  hendaklah  disertakan  dengan  Lesen  Pemaju Perumahan dan Permit Iklan yang masih berkuatkuasa.

2.7  Pembiayaan  bagi  pembelian  hartanah  yang  telah  siap  di  pasaran sekunder adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat di  Lampiran A1 atau Lampiran A2.

2.8  Pembiayaan bagi pembelian hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu berstatus  pajakan  hanya  dibenarkan  jika  tempoh  pajakan  berbaki sekurang-kurangnya  sepuluh  (10)  tahun  selepas pembiayaan  selesai dibayar.

2.9  Pembiayaan  hanya  dibenarkan  bagi  pembelian  satu  (1)  lot  hartanah sahaja pada satu-satu masa.

2.10  Pembiayaan  bagi  pembelian  hartanah  lelongan  Lembaga  adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat di Lampiran A3.

2.11  Pembiayaan  tidak  boleh  digunakan  untuk  maksud  pembelian  hartanah suami atau isteri kecuali hartanah tersebut perlu  diserahhak/ dipindahmilik atas  arahan  mahkamah  atau  mahkamah  syariah  atau  untuk  maksud menyelesaikan  baki  hutang  hartanah  berkenaan  mengikut  pembiayaan Jenis 5 tertakluk kepada syarat di Lampiran A4.

2.12  Pembiayaan  kerja  tambahan  berjumlah  tidak  melebihi  RM20,000.00 hanya  dibenarkan  bagi  pembelian  rumah  kos  rendah  oleh  pegawai Kumpulan Sokongan II tertakluk kepada syarat di Lampiran A5.

2.13  Pembiayaan bagi pembelian hartanah kedua adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat di Lampiran A6.

2.14  Peminjam yang telah diluluskan pembiayaan tidak dibenarkan memohon tukar lot kecuali pembelian daripada  pemaju  yang sama tertakluk kepada syarat di Lampiran A7.

2.15  Peminjam  yang  memohon  membatalkan  pembiayaan  kerana  terlibat dengan  projek  terbengkalai/  bermasalah  adalah  dibenarkan  memohon semula  pembiayaan  pertama/  kedua  yang mana  berkaitan  selepas pembatalan diluluskan.

2.16  Peminjam  yang  memohon  membatalkan  pembiayaan  bagi  hartanah pertama  adalah dibenarkan  memohon  pembiayaan  hartanah  pertama semula  selepas  menyelesaikan  baki  hutang  tetapi  tidak  dibenarkan mendapat kemudahan pembiayaan kedua.

2.17  Sebarang  pindaan  ke  atas  kelulusan  pembiayaan  tidak  dibenarkan setelah  peminjam  mengembalikan  Surat  Setuju  Terima  Pembiayaan (Borang E).

2.18  Pembiayaan  dibatalkan  mulai  tarikh  peminjam  meninggalkan perkhidmatan atau memungkiri mana-mana syarat perjanjian pembiayaan. Bagi  kes  bayaran  belum  dikeluarkan  sepenuhnya,  Lembaga  akan menghentikan pengeluaran bayaran seterusnya.

2.19  Pembiayaan  bersama  hanya  dibenarkan  jika  nama  pembeli  di  dalam Perjanjian Jual Beli adalah suami dan isteri.

2.20  Pembiayaan  bersama  hendaklah  dikemukakan  serentak  oleh  suami  dan isteri untuk membeli satu hartanah yang sama.

2.21  Lembaga  berhak  meminta  sebarang  dokumen  tambahan  bagi  tujuan pengesahan.

3. Jenis Pembiayaan

3.1  Pembiayaan boleh dipohon untuk jenis pembiayaan berikut:

i.  Jenis 1  – Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap.

ii.  Jenis 2  – Membina rumah di atas tanah sendiri.

iii.  Jenis 3   – Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan.

iv.  Jenis 4  – Membeli tanah dengan tujuan membina rumah.

v.  Jenis 5   – Menyelesaikan hutang pembiayaan perumahan daripada bank/ institusi kewangan.

vi.  Jenis 6   – Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pembiayaan Lembaga

vii.  Jenis 7   – Membuat kerja ubahsuai rumah.

3.2  Syarat pembiayaan mengikut jenis adalah seperti di Lampiran A8.

4  Amaun Kelayakan Pembiayaan

4.1  Amaun  kelayakan  pembiayaan  adalah  mengikut  gaji  hakiki  semasa. Amaun  Kelayakan  untuk  Anggota  Perkhidmatan  Awam/  Polis/  Tentera adalah seperti di Lampiran A9.

4.2  Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada amaun yang mana terendah berdasarkan kepada kriteria berikut:

i.  harga hartanah; atau

ii.  penilaian hartanah oleh JPPH; atau

iii.  amaun yang dipohon; atau

iv.  kelayakan maksimum pemohon.

4.3  Walau  bagaimanapun,  bagi  pembiayaan  pertama  tertakluk  kepada ansuran  bulanan  tidak  melebihi  60%  daripada  gaji  hakiki  semasa. Manakala  pembiayaan  kedua  tertakluk  kepada  ansuran  bulanan  tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.

BACA JUGA:  PEMBELI RUMAH DIMINTA BUAT ADUAN JIKA SUSAH DAPAT PINJAMAN

5.  Permohonan Pembiayaan

5.1  Pemohon  hendaklah  menggunakan  borang  permohonan  rasmi  berserta dokumen  sokongan  yang  diakui  sah  mengikut  jenis  pembiayaan  seperti senarai di Lampiran A10.

5.2  Borang  permohonan  berserta  dokumen  sokongan  yang  lengkap hendaklah dikemukakan kepada Lembaga melalui Ketua Jabatan.

 

LAMPIRAN A1

PEMBELIAN HARTANAH YANG BELUM MEMPUNYAI

HAKMILIK INDIVIDU/ STRATA DI PASARAN SEKUNDER

1.  Hartanah  hendaklah  dimajukan  oleh  pemaju  berlesen  atau  pemaju  yang mendapat pengecualian lesen daripada KPKT.

2.  Rumah atau petak rumah kediaman telah siap 100%.

3.  Penyata baki  hutang penjual kedua bagi enam (6) bulan ke hadapan sekiranya harta dicagar kepada bank/ institusi kewangan.

4.  Perjanjian  Jual  Beli  asal  antara  pemaju  (penjual  pertama)  dengan  pembeli pertama (penjual kedua).

5.  Akujanji  pemaju,  tuan  tanah  dan  peguam  untuk  pindahmilik  kepada  nama pemohon apabila Hakmilik Individu/ Strata dikeluarkan (Borang 5B).

6.  Persetujuan  pemohon  menanggung  risiko  kerana  membeli  hartanah  daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (Borang 10).

7.  Laporan daripada JPPH yang mengesahkan kemajuan binaan rumah dan nilaian semasa.

8.  Wang  pembiayaan  hanya  akan  dikeluarkan  setelah  penyerahan  hak  selesai kepada  Lembaga  jika  hartanah  tidak  diserah  hak  kepada  bank/   institusi kewangan.

 

Lampiran A2

PEMBELIAN HARTANAH YANG MEMPUNYAI HAKMILIK INDIVIDU/ STRATA

DI PASARAN SEKUNDER DARIPADA INDIVIDU/ PEMAJU (PENJUAL KEDUA)

1.  Hakmilik Individu/  Strata telah dikeluarkan atas nama pemaju (penjual pertama) tetapi  belum  dipindahmilik  kepada  nama  penjual  kedua  sebagai  pemilik berdaftar.

2.  Hartanah  hendaklah  dimajukan  oleh  pemaju  berlesen  atau  pemaju  yang mendapat pengecualian lesen daripada KPKT.

3.  Rumah atau petak rumah kediaman telah siap 100%.

4.  Penyata  baki  hutang  bank  penjual  kedua  bagi  enam  (6)  bulan  ke  hadapan berserta aku janji bank akan membayar balik kepada Lembaga  jika gadaian tidak dapat dibuat.

5.  Salinan  Borang  Pindahmilik  (Borang  14A)  yang  telah  dilengkapkan  dan ditandatangani oleh pemaju dan pemohon.

6.  Surat  kebenaran  pindahmilik  dan  kebenaran  menggadai  daripada  pihak berkuasa  negeri  jika  hakmilik  mempunyai  sekatan  kepentingan  oleh  pejabat tanah daripada pemaju kepada pemohon.

7.  Akujanji peguam untuk pindahmilik terus kepada nama pemohon (Borang 3).

8.  Persetujuan  pemohon  menanggung  risiko  kerana  membeli  hartanah  daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (Borang 10).

9.  Laporan daripada JPPH yang mengesahkan kemajuan binaan rumah dan nilaian semasa.

10.  Wang  pembiayaan  hanya akan dikeluarkan setelah hartanah digadai sempurna kepada Lembaga jika hartanah bebas gadaian bank/ institusi kewangan.

 

Lampiran A3

PEMBELIAN HARTANAH LELONGAN LEMBAGA

1.  Hartanah mempunyai Hakmilik Individu/ Strata.

2.  Rumah atau petak rumah kediaman telah siap 100%.

3.  Jika  harga  belian  melebihi  amaun  kelayakan,  wang  beza  hendaklah  dibayar kepada Lembaga semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.

4.  Kontrak  Jualan  daripada  mahkamah/  pejabat  tanah  atau  Surat  Pengesahan daripada Pentadbir Tanah yang mengesahkan pemohon berjaya dalam lelongan.

5.  Permohonan  pembiayaan  perlu  dikemukakan  kepada  Lembaga  dalam  tempoh empat belas (14) hari selepas lelongan berjaya.

6.  Borang  Gadaian  perlu  disempurna  dan  dikemukakan  oleh  peguam  kepada Lembaga  dalam tempoh  satu  (1)  bulan  daripada  tarikh  surat  kelulusan pembiayaan  tertakluk kepada Surat Setuju Terima  pembiayaan  (Borang E) telah dikembalikan oleh peminjam.

 

Lampiran A4

AMBIL ALIH PEMBIAYAAN

1.  Pertimbangan diberikan bagi pembiayaan Perbendaharaan/ Lembaga

2.  Ambil alih pembiayaan adalah dibenarkan atas sebab-sebab berikut:

i.  Meninggalkan Perkhidmatan; dan

ii.  Bercerai  dan  hartanah  perlu  diserah/  dipindahmilik  atas  arahan mahkamah atau mahkamah syariah.

3.  Pemohon  adalah  pemilik  bersama  (suami/  isteri).  Bagi  pasangan  yang meninggalkan  perkhidmatan,  pindahmilik  perlu  dibuat  sekurang-kurangnya setengah  (½)  bahagian  kepada pemohon  dengan  mengemukakan  salinan Borang 14A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani.

4.  Sekiranya  hartanah  hanya  mempunyai  Hakmilik  Induk,  Perjanjian  Jual  Beli mestilah  atas  nama  pemohon  sebagai  tuan  punya  bersama  (suami/  isteri), Borang 5A hendaklah disertakan.

5.  Jumlah baki  pembiayaan  yang hendak diambil alih adalah dalam had kelayakan pemohon dan perlu membayar terlebih dahulu amaun perbezaan jika ada.

6.  Ambil alih oleh suami/ isteri bagi  pembiayaan  secara bersama, syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

i.  Mendapat kebenaran ambil alih daripada Lembaga

ii.  Mendapat  kebenaran  pindahmilik  setengah  (½)  atau  sepenuh  bahagian

harta daripada Lembaga; dan

7.  Pemohon yang  telah  diluluskan  pembiayaan  di perenggan  6  di atas, tidak layak memohon pembiayaan kali kedua.

8.  Permohonan  untuk  mengambil  alih  pembiayaan  perlu  dikemukakan  dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kebenaran ambil alih dan tertakluk kepada syarat pembiayaan  Jenis 5.

 

Lampiran A5

KERJA TAMBAHAN BAGI PEMBELIAN RUMAH KOS RENDAH

1.  Amaun pembiayaan tidak melebihi RM20,000.00.

2.  Amaun  pembiayaan  keseluruhan kos rumah dan kerja tambahan tidak melebihi kelayakan maksimum pemohon.

3.  Kos kerja tambahan perlu mendapat penilaian oleh JPPH.

4.  Permohonan  kerja  tambahan  perlu  dikemukakan  serentak  dengan  borang permohonan pembiayaan perumahan.

5.  Kerja tambahan bagi rumah kos rendah perlu dibuat serentak dengan pembinaan atau disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas rumah disiapkan.

 

Lampiran A6

PEMBIAYAAN KEDUA BAGI PEMBELIAN HARTANAH KEDUA

1.  Pemohon telah menyelesaikan hutang pembiayaan pertama.

2.  Pemohon yang  mengambil  pembiayaan  hartanah  kedua  tidak  layak  memohon pembiayaan Jenis 7.

3.  Amaun  pembiayaan  hartanah  kedua  adalah  perbezaan  antara  kelayakan semasa  dengan  amaun yang  telah  diambil  atas  pembelian  hartanah  pertama tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.

4.  Bagi pembiayaan  Jenis 4, amaun kelayakan adalah tidak melebihi 50% daripada baki kelayakan semasa.

5.  Tempoh maksimum bayaran balik adalah 300 bulan  atau tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan bagi Skim KWSP.

 

Lampiran A7

PERTUKARAN LOT

1.  Pemohon perlu mendapat kebenaran Lembaga .

BACA JUGA:  6 PERTIMBANGAN APABILA MENGAMBIL PINJAMAN PERUMAHAN

2.  Pemohon perlu mengemukakan dokumen berkaitan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kebenaran pertukaran lot.

3.  Pertukaran lot adalah dibenarkan atas sebab-sebab berikut:

i.  Rumah lewat disiapkan kerana kurang sambutan pembeli;

ii.  Projek terbengkalai/ bermasalah;

iii.  Rumah tidak selamat diduduki; atau

iv.  Masalah muka bumi seperti tanah mendap, runtuh dan sebagainya.

4.  Pertukaran lot hendaklah daripada pemaju yang sama dengan mengemukakan surat persetujuan/ pengesahan daripada pemaju.

5.  Pemohon  dikehendaki  mengemukakan  Perjanjian  Jual  Beli  baharu  dan membatalkan Perjanjian Jual Beli lama.

6.  Amaun pembiayaan  bagi pertukaran lot tidak boleh melebihi amaun  pembiayaanyang telah diluluskan bagi lot lama. Sekiranya harga dan nilaian lot baharu lebih tinggi daripada lot lama, pemohon perlu menjelaskan wang beza kepada pemaju dan  tambahan  Premium  Perlindungan  Pemilik  Rumah  Kediaman  hendaklah dibayar melalui Lembaga .

7.  Jika  lot  lama  telah  dicagar  kepada  Lembaga,  pelepasan  cagaran  hanya  akan dibuat selepas lot baharu sempurna dicagar kepada pembiayaan Lembaga .

8.  Bagi  kes  di  mana  kemajuan  pembinaan  lot  lama  melebihi  lot  baharu,  pemaju perlu mengembalikan  wang  beza bayaran kemajuan yang telah dikeluarkan ke atas lot lama kepada Lembaga.

 

Lampiran A8

SYARAT MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN

1.  JENIS  1    –  MEMBELI  RUMAH  ATAU  PETAK  RUMAH  KEDIAMAN  YANG TELAH SIAP

1.1  Salinan  Perakuan  Siap  dan  Pematuhan  (CCC)  jika  pembelian  terus daripada pemaju.

1.2  Surat  kebenaran  pindahmilik  dan  menggadai  daripada  Pihak  Berkuasa Negeri jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.

1.3  Baki hutang penjual mestilah dalam had kelayakan pemohon bagi tempoh enam  (6)  bulan  ke hadapan  jika  hartanah  telah  digadai  kepada  bank/institusi kewangan.

1.4  Urusniaga kontra hanya dibenarkan jika bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju dan hartanah telah dicagar kepada Lembaga.

1.5  Pembelian  hartanah  daripada  penjual  yang  belum  mempunyai  Hakmilik Individu/  Strata  adalah  dibenarkan  tertakluk  kepada  syarat  pembelian hartanah di pasaran sekunder.

1.6  Pembelian hartanah lelongan adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat pembelian hartanah lelongan Lembaga.

1.7  Laporan Penilaian daripada JPPH.

2.  JENIS 2 – MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

2.1  Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pembiayaan diluluskan.

2.2  Rumah  hendaklah  dibina  di  atas  tanah  yang  ada  Hakmilik  Individu  dan bebas daripada sebarang bebanan.

2.3  Pemohon  adalah  pemilik  hartanah  sepenuhnya  atau  pemilik  bersama suami/ isteri.

2.4  Surat  kebenaran  menggadai  daripada  Pihak  Berkuasa  Negeri  diperlukan jika hartanah ada sekatan kepentingan.

2.5  Pelan  bangunan  yang  diluluskan  oleh  Pihak  Berkuasa  Tempatan  dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa.

2.6  Rumah  yang  dibina  hendaklah  mengikut  pelan  semasa  kelulusan pembiayaan.

2.7  Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G Akta Pemajuan Perumahan  (Kawalan  dan  Perlesenan)  1966  [Akta  118]  dan   PeraturanPeraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.

2.8  Kos  penyediaan  tapak  tidak  dibiayai  oleh  Lembaga  dan  tiada  sebarang binaan/ bangunan kediaman di atas lot tanah tersebut.

2.9  Laporan Penilaian daripada JPPH

3.  JENIS  3  –  MEMBELI  RUMAH  ATAU  PETAK  RUMAH  KEDIAMAN  DALAM

PEMBINAAN

3.1  Pembelian  rumah  atau  petak  rumah  kediaman  daripada  pemaju  hanya dibenarkan  bagi  hartanah  yang  mempunyai  Hakmilik  Individu  atau Hakmilik Induk dengan syarat kegunaan tanah untuk ‘Bangunan’.

3.2  Bayaran  adalah  mengikut  Jadual  Ketiga  kepada  Jadual  G  atau  H  Akta Pemajuan  Perumahan  (Kawalan  dan  Perlesenan)  1966  [Akta  118]  dan Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.

3.3  Pembelian  rumah  daripada  kontraktor  adalah  dibenarkan  bagi  hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu.

3.4  Pembelian rumah atau petak rumah kediaman daripada pemaju mestilah mencatatkan Lesen Pemaju serta Permit Jualan di dalam Perjanjian Jual Beli.

3.5  Pembelian  petak  rumah  kediaman  dengan  lot  parkir  yang  berasingan dibenarkan dengan syarat Perjanjian Jual Beli hendaklah berasingan  dan permohonan perlu dikemukakan serentak.

3.6  Kategori  penggunaan  Tanah  Pertanian  dikehendaki  menukar  syarat kegunaan tanah kepada Bangunan. Pihak Pemaju perlu mengemukakan salinan  surat  kelulusan  tukar  syarat  tanah  serta  salinan  resit  bayaran premium yang disahkan oleh peguam semasa kemukakan permohonan.

3.7  Laporan Penilaian daripada JPPH diperlukan bagi pembinaan rumah tidak melebihi  daripada  empat  (4)  buah  bagi  Semenanjung  dan  8  buah  bagi Sabah dan Sarawak.

4.  JENIS  4 – MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH

4.1  Pembelian  hanya  dibenarkan  bagi  tanah  yang  mempunyai  Hakmilik Individu.

4.2  Surat  kebenaran  pindahmilik  dan  menggadai  daripada  Pihak  Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.

4.3  Jika hartanah telah digadai kepada bank/ institusi kewangan, penyata baki hutang  penjual  mestilah  dalam  had  amaun  kelayakan  pemohon  bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan.

4.4  Pembelian  hanya  dibenarkan  bagi  tanah  yang  telah  siap/  sedia  untuk pembinaan rumah.

4.5  Amaun kelayakan tidak melebihi 50% daripada kelayakan semasa.

4.6  Laporan Penilaian daripada JPPH.

5.  JENIS  5  –  MENYELESAIKAN HUTANG  PEMBIAYAAN  PERUMAHAN  BANK/

INSTITUSI KEWANGAN

5.1  Bank/  institusi  kewangan  telah  menjelaskan  bayaran  100%  kepada pemaju/penjual.

5.2  Hakmilik Individu/  Strata mestilah atas nama pemohon dan telah dicagar kepada bank/ institusi kewangan.

5.3  Sekiranya hartanah hanya mempunyai Hakmilik Induk, Perjanjian Jual Beli mestilah atas nama pemohon sebagai pembeli.

5.4  Kemudahan  ini  tidak  boleh  digunakan  bagi  mengambil  alih  baki  hutang pembiayaan  bank/  institusi kewangan ke atas hartanah yang sebelumnya pernah dibiayai melalui pembiayaan Perbendaharaan/ Lembaga.

5.5  Penyata baki hutang bank/ institusi kewangan bagi tempoh enam (6) bulan ke  hadapan.  Jika amaun hutang  bank melebihi  had  kelayakan  pemohon atau nilaian JPPH, pemohon perlu menjelaskan wang beza kepada bank/institusi kewangan terlebih dahulu.

5.6  Ambil  alih  hutang  pembiayaan  bank/  institusi  kewangan  bagi  membeli tanah, baki  hutang tersebut mestilah tidak melebihi setengah (½) daripada amaun kelayakan pemohon atau nilaian JPPH yang mana terendah.

5.7  Laporan Penilaian daripada JPPH.

6.  JENIS  6  –  MEMBINA  RUMAH  DI  ATAS  TANAH  PEMOHON  YANG  DIBELI

BACA JUGA:  TEKNIK SELESAIKAN HUTANG RUMAH DENGAN REFINANCE

MELALUI PEMBIAYAAN PERBENDAHARAAN/ LEMBAGA

6.1  Hakmilik Individu didaftar atas nama pemohon dan telah dicagar kepada Perbendaharaan/Lembaga.

6.2  Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.

6.3  Pelan bangunan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa.

6.4  Jadual  bayaran  adalah  mengikut  Jadual  Ketiga  kepada  Jadual  G  Akta Pemajuan  Perumahan  (Kawalan  dan  Pelesenan)  1966  [Akta  118] Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

6.5  Laporan Penilaian daripada JPPH.

7.  JENIS 7 – MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH

7.1  Pembiayaan ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang dibelimelalui pembiayaan perumahan Lembaga

7.1.1  Pembiayaan  ubahsuai  hanya  dibenarkan  sekiranya  melibatkan penambahan keluasan bangunan.

7.1.2  Tiada tunggakan bayaran balik pembiayaan.

7.1.3  Kelayakan pembiayaan ubahsuai adalah seperti pembiayaan kedua iaitu  amaun  pembiayaan  ubahsuai  adalah  perbezaan  antara kelayakan  semasa  dengan  amaun  yang  telah  diambil  atas pembelian  hartanah  pertama  tertakluk  kepada  ansuran  bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% (termasuk bayaran balik pertama) daripada gaji hakiki semasa.

7.1.4  Suami/  isteri  kepada  peminjam  juga  dibenarkan  untuk  memohon pembiayaan bagi ubahsuai rumah dengan syarat berikut :

i.  Suami/ isteri adalah pemilik bersama;

ii.  Sekiranya nama pemohon tiada dalam hakmilik, pindahmilik perlu  dibuat  sekurang-kurangnya  setengah  (½)  bahagian kepada  pemohon  dengan  mengemukakan  salinan  Borang 14A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani; dan

iii.  Jika  pemohon  telah  mengambil  pembiayaan  pertama  dan selesai  pembiayaan  tersebut,  amaun  pembiayaan  yang boleh dipohon adalah baki kelayakan semasa.

7.1.5  Permohonan  hendaklah  dikemukakan  selepas  lima  (5)  tahun daripada  tarikh  surat  kelulusan  bagi  Jenis  1  dan  5,  manakala Jenis  2  dan  3, lima (5) tahun daripada tarikh pengeluaran baucar bayaran 95% atau 100%.

7.1.6  Salinan  pelan  bangunan  yang  diluluskan  oleh  Pihak  Berkuasa Tempatan yang mana tempoh kelulusan masih berkuat kuasa serta salinan surat kelulusan pelan daripada PBT.

7.1.7  Kos  kerja  ubahsuai  rumah  perlu  mendapat  penilaian  oleh  JPPH. Permohonan kerja ubahsuai rumah dibenarkan sekali sahaja.

7.1.8  Persetujuan  bank/  institusi  kewangan  untuk  menangguhkan gadaian  dengan  mengemukakan  salinan  Borang  16C  yang  telah dilengkapkan  dan  ditandatangani  bagi  hartanah  yang  mempunyai gadaian kedua dengan bank/ institusi kewangan.

7.1.9  Sekiranya  Hakmilik  Individu/  Strata  telah  dikeluarkan  bagi  kes penyerahan hak, kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan setelah hartanah digadai kepada Lembaga.

7.1.10  Pengesahan  pemaju  sekiranya  Hakmilik  Individu/  Strata  masih belum dikeluarkan bagi kes penyerahan hak.

7.1.11  Kerja  ubahsuai  rumah  hanya  boleh  dimulakan  setelah  mendapat surat  kelulusan  pembiayaan  dan  tidak  dibenarkan  membuat perubahan kepada pelan asal dan spesifikasi kerja ubahsuai.

7.2  Senarai kerja ubahsuai yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:

7.2.1  Preliminaries seperti:

–  kos  Juru  Perunding  (penyeliaan  dan  penyelarasan  kerja ubahsuai);

–  kos guaman;

–  kos Pihak Berkuasa Tempatan;

–  kos penyediaan pelan bangunan; dan

–  insurans pekerja dan bangunan.

7.2.2  Aksesori/ peralatan seperti:

–  alat pendingin hawa termasuk bekas/  alas alat pendingin hawa (tray for aircond);

–  pemancar penyiaran dan peralatan berkaitan;

–  peralatan elektrik/ alat penyedut asap/ habuk;

–  solar dan turbine;

–  dapur gas;

–  perhiasan rumah;

–  perabot rumah mudah alih;

–  Perabot jenis ‘build in’;

–  menukar syiling, cornice dan dome;

–  menambahkan lampu;

–  alatan telekomunikasi dan teknologi;

–  anjung kereta kecuali ia dibuat bersama penambahan keluasan bangunan;

–  pagar  kecuali  dibuat  bersama  penambahan  keluasan bangunan;

–  awning; dan

–  menukar permukaan lantai yang sedia ada.

7.2.3  Laman dan landskap seperti:

–  kolam renang;

–  kolam ikan;

–  gazebo/ pergola;

–  rumput; dan

–  parkir berasingan.

 

Lampiran A9

AMAUN KELAYAKAN PEMBIAYAAN

Amaun kelayakan pembiayaan adalah berdasarkan kepada gaji hakiki semasa.

BIL GAJI HAKIKI (RM) KELAYAKAN (RM)
1 8500 keatas 600,000.00
2 6500 ke 8499 562,000.00
3 5500 ke 6499 535,000.00
4 4500 ke 5499 500,000.00
5 3500 ke 4499 475,000.00
6 3000 ke 3499 400,000.00
7 2500 ke 2999 360,000.00
8 2000 ke 2499 320,000.00
9 1500 ke 1999 260,000.00
10 1200 ke 1499 210,000.00
11 1000 k3 1199 150,000.00
12 999 ke bawah 120,000.00

Nota: Bagi pembiayaan pertama,  tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada  gaji  hakiki  semasa.  Manakala  pembiayaan  kedua,  tertakluk  kepada  ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa

 

Lampiran A10

DOKUMEN PERMOHONAN PEMBIAYAAN

  1. Borang Pernohonan pembiayaan
  2. Borang 1              – Permohonan Laporan Penilaian
    1. Borang 2              – Surat Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang   pembiayaan Perumahan  Serta    Faedah/  Keuntungan  Dari  Gaji,  Apa-apa Faedah Persaraan dan Terimaan Daripada Lembaga
  3. Borang 3              – Akujanji Peguam
  4. Borang 4A           – Surat Pengesahan Harta Bebas Gadaian
  5. Borang 4B            – Surat Penolakan Tuntutan Kepentingan Daripada Pemegang Gadaian
  6. Borang 5A           – Akujanji Pemaju/Tuan Tanah dan Peguam untuk Pindahmilik Kepada Pemohon dan Digadai Kepada Lembaga (Kes Assignment)
  7. Borang 5B            –  Akujanji Pemaju/Tuan Tanah dan Peguam untuk Pindahmilik Kepada Pemohon dan Digadai Kepada Lembaga (Kes Sekunder)
  8. Borang 6              – Akujanji Pemohon Menanggung Rugi kerana membeli Harta Daripada Penjual Yang Masih Ada Hutang Bank
  9. Borang 7              – Persetujuan  untuk  Menggadaikan  Bahagian  Yang  Tidak Dipecahkan Di Atas Tanah/  Petak Kepada  Lembaga  Oleh Bukan Peminjam
  10. Borang 8              – Senarai Kerja-Kerja Tambahan Untuk Rumah Kos Rendah
  11. Borang 9              – Senarai Kerja Ubahsuai Rumah
  12. Borang 10            – Akujanji Pemohon Menanggung Rugi Kerana Membeli Harta Tiada Hakmilik Strata/ Individu Daripada Penjual Kedua
  13. Borang LPPSA 1/1/2016 – Akaun Pemajuan Perumahan

    Sumber Rujukan: LPPSA GOV

 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *