LOKASI YANG BAGAIMANAKAH MENGUNTUNGKAN PELABUR HARTANAH ?

color-icons-green-home.png

 

Lokasi hartanah.

Ini adalah topik hangat yang sentiasa jadi perbincangan oleh para pelabur.

Kali ini, Tok nak kongsikan ilmu memilih lokasi strategik hartanah yang bagus untuk pelaburan. Korang pun mesti nak kurangkan risiko rugi bila melabur, kan?

Perkongsian Tuan Eliayes Hamzah di blog beliau betul-betul cerahkan mata Tok tentang topik ini. Ia simpel dan sarat dengan ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Tanpa lengahkan masa, mari sama-sama kita baca 4 tip ini segera.

 

#1: Cari hartanah yang dekat dengan universiti.

Rumah yang dekat dengan universiti sentiasa jadi tumpuan para pelabur. Sebab ada permintaan oleh pelajar universiti yang berdekatan.

Tapi, kita juga harus berhati-hati. Tak bermakna ada permintaan, ia akan sentiasa jana untung.

Kalau ada terlampau banyak rumah dalam sesuatu kawasan itu, ia boleh rendahkan peratus mereka yang berminat nak menyewa.

Ia perkara yang logik. Sebab penyewa ada pilihan yang lebih luas.

Mereka bebas memilih hartanah yang terbaik daripada segi nilai dan harga sewaan yang sesuai dengan bajet mereka.

Sentiasa ambil tahu tentang universiti yang sedang dibina. Bahkan dah ada beberapa universiti yang baru siap dan menunggu masa diserang pelabur.

Antara beberapa contoh seperti:

Xiamen University, Sepang.
Manipal University, Negeri Sembilan.
UiTM Dengkil
Nilai University

#2: Selidik hartanah di pusat komersial (atau kawasan pejabat).

Hartanah yang dekat dengan pusat komersial mega atau kompleks membeli-belah ada nilai yang tinggi.

Cuba kita kaji harga rumah yang dekat dengan mall seperti MidValley, KLCC, Pavilion atau sebagainya. Susah nak cari yang harga murah, betul?

Kalau ada pelan nak beli rumah kat kawasan ini dengan harga murah, kaji projek mega yang sedang dalam perancangan atau pembinaan.

Kemudian, beli rumah yang dekat dengan kawasan projek ini segera.

Buat masa sekarang, ini adalah antara projek kompleks membeli-belah kat negara ini:

The Two, Rawang.
Pavilion 2, Bukit Jalil.
KSL Mall, Klang.
Fox Studios, Genting Highlands.

#3: Hartanah yang dekat dengan stesyen pengangkutan awam.

Kemudahan pengangkutan awam juga adalah salah satu sebab permintaan hartanah meningkat di sesuatu kawasan.

Mari kita ambil contoh kemudahan MRT yang hampir siap sekarang ini.

Banyak rumah flat kos rendah yang terletak dekat dengan stesyen MRT naik harga secara mendadak.

Walaupun rumah ini berstatus “low cost”, tapi lokasi yang strategik jadi sebab rumah ini meningkat dari sudut harga jualan.

Projek pengangkutan awam semakin berkembang dari masa ke semasa. Antara yang akan datang termasuk:

LRT3
MRT2
BRT
Kita dah boleh mula mengkaji hartanah yang ada di sekitar kawasan projek ini.

 

#4: Akses yang mudah ke lebuhraya.

BACA JUGA:  7 PERKARA ANAK MUDA PERLU TAHU SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN HARTANAH

Fungsi lebuhraya adalah untuk kurangkan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas.

Hartanah yang ada kemudahan ini boleh meningkat daripada sudut permintaan serta nilai sewaan.

Antara faktor yang boleh kita ambil kira adalah jarak hartanah ke pusat bandar, melalui akses lebuhraya yang ada.

Ini sebab ramai yang bekerja di pusat bandar. Kalau jarak lebih dekat, hartanah itu boleh disewa dengan kadar yang lebih tinggi.

Antara lebuhraya yang sedang dalam pembinaan adalah:

SUKE (Sungai Besi – Hulu Kelang Expressway),
DASH (Damansara – Shah Alam Elevated Expressway),
EKVE (East Klang Valley Expressway),
KIDEX (Kinrara – Damansara Expressway),
WCE (West Coast Expressway)

4 perkara ini sebagai “booster” nilai hartanah (dan ia berdasarkan pengalaman sebenar).

Tuan Eliayes Hamzah pernah duduk di Kampung Kerinchi, 25 tahun lepas. Dahulu, kawasan ini adalah kawasan rumah “low cost”.

Punca pertama adalah Universiti Malaya. Ini adalah “booster” pertama yang buatkan Kampung Kerinchi semakin padat dengan penduduk.

Bila bilangan pelajar dah semakin ramai, kerajaan mula bina Putra LRT, dan ini menjadi “booster” ke-2.

“Booster” ke-3 pula adalah MidValley Megamall. Siap sahaja kompleks ini, Kampung Kerinchi mula jadi tumpuan banyak pihak. Ramai pelabur mula beri perhatian kat kawasan ini.

Beberapa tahun kemudian, lebuhraya SPRINT, Kerinchi Link, dan NPE pula dibina oleh kerajaan.

Ia menjadi “booster” ke-4, secara langsung jadikan Kampung Kerinchi lokasi pelaburan yang amat strategik.

Sampai sekarang, kawasan ini (yang juga dikenali dengan nama Bangsar South) tak pernah lekang dengan pembangunan.

Rumah yang ada dulu kat kawasan ini dah digantikan dengan apartmen yang bernilai hampir RM500,000. Dulu, harga rumah kat kawasan ini berharga RM50 ribu sahaja.

Peningkatan harga adalah 1000%, dan ini adalah indikasi yang bagus untuk seorang pelabur (yang nak dapatkan untung).

Best tak sharing kali ini?

Tok harap sebelum korang nak beli hartanah, kaji dulu 4 perkara ini sebelum buat keputusan membeli.

Melabur mesti nak dapatkan untung (dan elakkan rugi). Tok yakin korang mesti tahu nak buat apa lepas ini.

 

SUMBER: GILAHARTANAH

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *