PENDEKKAN TEMPOH PINJAMAN HARTANAH?

memendekkan tempoh

Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membeli hartanah? Jika ya, anda WAJIB membaca artikel ini!

Kebanyakan kita mempunyai mempunyai masalah dalam membuat keputusan berkaitan memendekkan tempoh pinjaman hartanah. Dengan keadaan ekonomi semasa yang membuatkan anda berjaga-jaga pada waktu ini, keputusan yang dibuat ini adalah sangat penting untuk anda.

Keputusan untuk memendekkan tempoh pinjaman hartanah mungkin akan menyebabkan perbelanjaan anda meningkat dari masa ke semasa. Dengan kadar kos harian yang semakin meningkat, pengeluaran duit untuk menyelesaikan hutang mahupun membayar lebih untuk pinjaman anda mungkin menyebabkan anda sedikit rasa terbeban. Namun, jika mereka mampu untuk itu, tiada masalah!

Oleh itu artikel ini saya tujukan kepada mereka yang masih dalam dilema sama ada ingin membayar lebih atau menyelesaikan pinjaman hartanah anda serta merta. Dan juga mereka yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga untuk wang simpanan akan datang.
Sebelum anda memeruskan bacaan, artikel ini LEBIH SESUAI untuk mereka yang melabur dengan hartanah, bukan untuk kegunaan sendiri. Segala kajian haruslah di buat bagi mengelakkan salah faham dan tersilap langkah.

2-point yang saya kongsikan ini mungkin berguna untuk anda untuk membuat keputusan sama ada anda sesuai atau tidak untuk memendekkan tempoh pinjaman hartanah anda.

1.REFINANCE
Anda boleh membuat ‘refinance’ ke atas pinjaman hartanah tersebut. Refinance ini adalah bertujuan untuk memanjangkan lagi tempoh pinjaman, ‘cash out’, mahupun untuk mendapatkan kadar bayaran bulanan lebih rendah akibat perubahan kadar faedah semasa.

PINJAM PANJANG-PANJANG BUAT APA? MATI NANTI ROH TERGANTUNG!!!! Ok. Saya setuju dengan statement anda ini. Oleh sebab itu saya menyarankan anda mengambil MRTA ‘boleh search untuk kefahaman lanjut’ dengan pihak insuran yang panel dengan bank anda supaya ia dapat membantu anda dan waris sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kematian dan lain-lain.

Memanjangkan tempoh pinjaman juga dapat membantu anda untuk meningkatkan kadar ‘cash flow’ iaitu aliran tunai melalui hartanah anda, sekiranya anda menggunakan hartanah anda tersebut sebagai ‘income generator’ kepada anda melalui sewa, rumah tamu, perniagaan dan lain-lain.

2.PELABURAN TAMBAHAN.
Anda juga boleh menggunakan duit lebihan tersebut sebagai modal untuk menambah pelaburan anda sama ada dalam bentuk ‘liquid’ seperti emas mahupun ‘illiquid’ seperti hartanah. Sekiranya anda adalah seorang pelabur, anda harus pertimbangkan perkara ini. Memanjangkan tempoh pinjaman atau pun refinance akan membantu anda menambahkan aliran tunai masuk ke akaun anda. Oleh itu lebihan tunai tersebut akan bank kira sebagai pendapatan anda. Duit lebihan ini dapat membantu anda untuk menampung kos harian dan juga simpanan anda.

Namun, jika anda berniat untuk refinance, kelas pasti kos-kos yang terlibat sebelum anda meneruskannya. Antaranya kos guaman untuk pinjaman hartanah dan juga kos untuk penilaian hartanah tersebut. Anda mungkin tidak sesuai untuk menggunakan teknik ini sekiranya pembiayaan anda masih kurang dari 5 tahun. Ini kerana anda membayar faedah ‘interest’ jauh lebih tinggi dari nilai muka ‘principal’. Contoh adalah seperti Rajah 3 di bawah.

BACA JUGA:  BAGAIMANA NAK ELAK DEPOSIT RUMAH DARIPADA BURN

 

SUMBER: SHUKRI ZOHARI

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *