MENJUAL HARTANAH

Pertamanya, anda harus membeli dengan betul untuk buat duit. Sebab kedua ialah anda menjana lebih keuntungan dengan menyimpan hartanah anda. Ini bermaksud anda akan jarang-jarang menjual, mungkin sekali dalam lima tahun.

– Ulangi mentera penjual

Pertama sekali yang anda harus buat ialah ulang berkali-kali baris ini :

Harga jualan tidak ada kena mengena dengan harga belian.

Harga jualan tidak ada kena mengena dengan harga belian.

Harga jualan tidak ada kena mengena dengan harga belian.

Saya mahu anda benar-benar faham yang harga jualan tidak ada kena mengena dengan apa yang telah anda bayar untuk hartanah itu. Harga jualan ialah yang yang pembeli itu sanggup bayar-noktah. Tidak kiralah sama ada ia merupakan nilai hartanah nilai harga pasaran, nilau jualan terpaksa atau Bandar Nilai sekalipun. Jika pembeli itu sanggup membayar anda RM1.5 juta, itulah harga yang terbaik walaupun anda membelinya lima tahun sudah dengan harga RM 300,000 daripada seorang penjual yang terdesak. Jika ada pembeli yang sanggup membayar RM2mjuta, maka itulah harga yang tepat untuk hartanah tersebut.

Dan anda diingatkan untuk tidak sekali-sekali memberitahu harga belian anda kepada bakal pembeli. Maklumat itu akan hanya memberinya peluru tambahan untuk menembak harga itu ke tahap yang lebih rendah.

– Mencantikkan hartanah itu

Anda dinasihatkan untuk memperindahankan hartanah itu sebaik mungkin. Antara perkara-perkara yang anda harus buat ialah membersihkan kawasan sekeliling baik-baik, cat dinding dengan warna baru, betulkan apa jua masalah seperti paip yang bocor atau tingkap yang pecah dan hilangkan semua bau yang kurang menyenangkan jika ada. Tujuan melakukan semua ini adalah untuk mewujudkan suasana yang indah menawan dan menyenangkan. Luangkan sedikit masa dan wang untuk menjadikan rumah itu seperti syurga agar pembeli sanggup tinggal di sana sepanjang hidupnya.

Jika anda berjaya membuatkan rumah itu indah dan berseri, tentu ramai yang sudi membayar anda jumlah wang yang tidak pernah terlintas dalam fikiran anda !

– Buat penilaian

Setelah membuat pembersihan besar-besaran, perkara ketiga ialah anda harus mendapatkan penilaian hartanah tersebut daripada seorang penilai bertauliah.

Dengan mempunyai penilaian yang tepat tentang hartanah itu (ingat yang data penilaian itu hanya untuk pengetahuan anda semata-mata), anda tidak akan membuat kesilapan yang maha besar dengan menjual dengan harga yang terlalu rendah atau lagi teruk di bawah nilai pasaran.

– Mengiklan

Sebaik sahaja semua langkah-langkah tadi siap dilakukan, iklankan hartanah itu. Anda boleh senaraikannya di dalam akhbar, majalah, laman internet atau dengan beberapa ejen hartanah.

Cadangan saya adalah dengan menggunakan ejen hartanah kerana ia sangat menjimatkan masa anda, Merekalah yang akan menunjukkan hartanah itu kepada bakal pembeli, memilih pembeli, berbincang dan menyediakan kebanyakan kertas-kertas rasmi sebaik sahaja jualan dipersetujui. Tentulah anda harus membayar upah untuk melakukan semua di atas tetapi bagi saya, upah itu tidak sia-sia. Anda boleh meluangkan masa tersebut untuk sesuatu yang lebih berfaedah, seperti membuat duit dengan lebih banyak lagi.

BACA JUGA:  GENERASI MUDA DAN HARTANAH

Satu lagi, jika anda mahu menggunakan khidmat ejen hartanah, carilah ejen terbaik di dalam agensi terbabit iaitu ejen yang telah merealisasi jualan yang paling banyak . Biasanya ejen terbaik ini telah berkecimpung bertahun-tahun lamanya dalam indutri ini. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjual rumah itu, mereka juga sudah masak dengan selok-belok jual beli dan mampu menyediakan khidmat pelanggan yang terbaik (tidak hairanlah mereka menjadi ejen hartanah)

Sudah tentu, tiada apa yang menghalang anda jika anda mahu lakukan semua tadi sendiri. Tetapi bersedialah untuk kerja keras. Realitinya, anda masih perlu mengorbankan tenaga, masa dan wang untuk melakukannya sendiri. Jika lebih baik anda serahkan kerja itu kepada pakar sahaja.

– Jual dan kutip jutaan ringgit

Sebaik sahaja anda dan pembeli bersetuju dengan harga tersebut, jualan itu berlaku. kedua-dua pihak menandatangani perjanjian S&P dan borang-borang lain (yang sepatutnya dilakukan oleh ejen atau peguam). Pembeli kemudian membayar wang pendahuluan, menguruskan penjaman (jika diperlukan) dan beberapa bulan kemudiannya, anda kutiplah bakinya. Bayar ejen tersebut komisennya, yuran guaman dan juga CKHT. Baki wang menjadi milik anda untuk dipergunakan.

SUMBER : IQIGLOBAL

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *