Nak beli hartanah pelaburan, tapi tak tahu yang mana satu?

1. Ada ‘restoran badut’ yang berdekatan tak?

McDonald’s merupakan salah satu booster (atau catalyst) untuk hartanah. most area yang ada university mesti ada sebuah restoran stand alone McDonald’s. Dan kadang-kadang kat kawasan yang baru nak membangun, tiba-tiba terpacak sebiji McDonald’s. Ini kerana McDonald’s awal-awal dah buat due diligence tentang segmen populasi kat kawasan tu, sebelum membuka sesebuah cawangan. Dalam erti kata lain, mereka dah tolong buat market dan demographic study untuk korang. McDonald’s dalam kawasan universiti akan menjadi tumpuan kepada student sana. Ini secara tak langsung akan menjana aktiviti ekonomi di kawasan sekeliling. Kedai-kedai complementary seperti dobi, kedai alat tulis, photostate dan binding, 7E, restoran dan sebagainya, akan mendapat spillover yang positif. Bila pusat komersial di kawasan tersebut meriah (vibrant), ini jadi pemangkin permintaan (demand) kepada hartanah yang ada kat kawasan tu.

2. Ada high-end supermarket?

High-end supermarket ni terletak sama ada di neighbourhood mall, ataupun kat bawah serviced residence (untuk mixed development). Antara contoh yang boleh dijumpai seperti BENS Grocer, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, dan lain-lain). Kenapa high-end supermarket ni tergolong sebagai salah satu pemangkin (catalyst)? Supermarket jenis ini bawa masuk produk makanan yang dibuat kat luar negara. Dan ada juga jenama makanan yang tidak ada dekat Malaysia, dijual di sini. Ini semua menjadi punca tarikan untuk para penyewa expat dan juga golongan high class (atau upmarket).

3. Ada international school, atau sekolah agama swasta?

Ada beberapa kes orang beli dan menyewa hartanah atas sebab ni. Mereka nak pindah untuk menyekolahkan anak mereka di situ. International school pulak dah ada ready catchment, antaranya tenaga pengajar dan juga admin staf sekolah tersebut. Tapi perasan tak? Ramai pelajar international school tak duduk berdekatan dengan kawasan sekolah. Mereka commute jauh dari rumah mereka. Kenapa ya? Bila mereka ada duit untuk tanggung sekolah anak dekat situ, dah tentu mereka ada driver untuk ambil dan hantar anak-anak, walaupun jauh.

4. Ada syarikat antarabangsa, atau dalam lingkungan kawasan perindustrian?

Kawasan yang mempunyai akses ke kawasan industrial dan juga international companies dah tentu mempunyai demand unit hartanah di kawasan sekeliling. Semestinya syarikat yang ada akan membawa masuk expat untuk bekerja secara contract basis, mahupun permenant. Syarikat antarabangsa selalunya akan membayar sewa in advance (3 bulan / 6 bulan / setahun / ikut kontrak), sebab kebanyakan negara luar mengutip sewa in advance. Dah jadi macam budaya mereka. Syarikat antarabangsa juga mempunyai bajet yang tinggi untuk penginapan pekerja mereka.

5. Ada tak hospital pakar kat kawasan tu?

Terdapat beberapa pusat perubatan yang mempunyai kepakaran di negara kita yang menjadi penarik. Bukan saja orang tempatan, malahan orang dari negara luar.

Malaysia merupakan destinasi pilihan untuk Health Care Tourism untuk warga asing kerana :

  • Mempunyai pakar kelas antarabangsa,
  • Kos perubatan yang murah (kalau dibandingkan dengan matawang mereka),
  • Kos hidup di Malaysia yang murah berbanding di negara mereka,
  • Cuaca Malaysia yang stabil sepanjang tahun (hujan / panas),
  • Contoh hospital pilihan mereka seperti Prince Court, dan sebagainya.
BACA JUGA:  STRATEGI "POWER" TINGKATKAN KADAR SEWA DAN NILAI RUMAH ANDA DI MATA PROSPEK SEGERA

Kalau dibandingkan dengan Convention Centre yang mungkin bermusim (mengikut events yang berlangsung dalam convention centre tu), Malaysia adalah destinasi yang baik.

Industri kesihatan (health care industry) tak mengikut musim (non-seasonal). Ada orang yang perlukan perubatan sepanjang tahun.

6. Ada masjid yang dekat tak?

Kawasan masjid ni popular juga di kalangan warga emas. Mereka membeli/menyewa tempat yang dekat dengan masjid untuk mengadiri kelas agama, dan menunaikan solat berjemaah. Sweet-sweet je pasangan atuk nenek pergi masjid sama-sama.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *