BELI ASET SEBELUM UMUR 30 TAHUN?

Tips Menghubungi Ejen Hartanah untuk Membeli Rumah Idaman Anda

BELI ASET SEBELUM UMUR 30 TAHUN? Buat Semua 20 Tip Power Ini!

Lagi awal anda boleh beli rumah, lebih baik. Yang suka bertangguh tu, lambat-laun akan terasa rugi jugak akhirnya. Terpulang.

Maksud kurang bijak tu seperti beli kereta import sebab nak bermegah dengan kawan-kawan. Dari anda servis loan kereta yang beriban tu, anda sebenarnya dah mampu sangat untuk bayar ansuran rumah.

Ikut kehendak hati, rumah pertama tergadai

Dah ramai anak muda tertipu dengan kehendak diri sendiri, sehingga terpaksa tangguhkan hasrat dan impian untuk beli rumah pertama. Semua ni berlaku sebab terlampau banyak sangat komitmen dan hutang.

Hutang kereta, pembiayaan peribadi, kad kredit, dan PTPTN yang tak dibayar antara sebab anak muda tak mampu beli rumah pada usia yang muda. CCRIS koyak, DSR hancur. Kalau anda mampu bayar ansuran kereta import mewah selama 9 tahun, anda sebenarnya mampu untuk beli rumah pertama dengan harga sama seperti kereta import tu.

Antara perkara yang anda perlu tahu dan perlu buat adalah:

1: Pupuk tabiat menabung seawal mungkin

Menabung tu mudah, tapi susah untuk dibuat.

Kalau tak kekal konsisten untuk membeli rumah pertama, ia hanya akan jadi mimpi dan tinggal sebagai sekadar angan-angan. Jadi, sentiasa terus berusaha untuk jadikan impian tu sebagai kenyataan.

2: Berapa deposit anda perlu sediakan untuk beli rumah pertama?

Semak dulu kelayakan harga rumah yang anda layak beli. Pastikan ia sesuai dengan pendapatan semasa anda.

Kalau pendapatan semasa anda layak untuk beli rumah harga RM150,000, anda wajib sediakan deposit rumah dalam 15% daripada harga rumah itu.

Jumlah 15% akan cover kos-kos seperti:

down payment rumah (10%),
kos guaman,
duti setem, dan juga lain-lain kos yang terlibat.

3: Sediakan tabung simpanan “Si Hijau,” “Si Merah,” dan “Si Oren”

Buat tabung berwarna dan kumpul duit kertas warna hijau (RM5), warna merah (RM10), dan juga warna oren (RM20). Tindakan ni akan pupuk minat anda untuk menyimpan.

Bila tengok tabung dah banyak terisi dengan “Si Hijau,” “Si Merah,” dan juga “Si Oren,” anda mesti akan teruja. Nak belanjakan nanti, anda akan terasa sayang. Tak percaya? Anda cuba buat dulu.

4: Takde alasan untuk orang bujang tak menyimpan

Masa bujang ni, anda sebenarnya mampu untuk menyimpan lebih banyak. Anda belum lagi ada komitmen besar seperti anak-anak yang nak dijaga, atau sebagainya.

Jangan pulak anda asyik makan dekat kedai hipster sahaja. Dah la makanan sikit. Kenyang pulak kejap je. Dah la ada GST pulak tu. Lepas tu memekak dekat orang lain sebab tak puas hati kena bayar GST. Kedai tepi jalan yang ada, anda nak pandang pun dah tak lalu. Apatah lagi makan dekat situ.

BACA JUGA:  PERKARA YANG PERLU DIKORBANKAN JIKA INGIN MENJADI SEORANG PELABUR HARTANAH DALAM MASA 5 TAHUN

5: Nak elak berbelanja macam orang hilang pedoman?

Sediakan bajet bulanan supaya perbelanjaan tak lari daripada yang sepatutnya. Senang sahaja. Kalau anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal sebenarnya. Mesti anda pernah dengar lirik padu ni, kan?

6: Seronok lagi melancong bersama lepas berkahwin (dan beli sebiji rumah)

Tak perlu berjalan-jalan ke luar negara bersama awek anda itu, semata-mata sebab nak cipta kenangan indah bersama. Tapi yang perlu anda buat adalah menabung bersama-sama, supaya boleh kumpul deposit rumah dan tabung perkahwinan. Lepas dah selesai berkahwin nanti, baru la anda merancang untuk berjalan sama-sama. Lagi best dan awesome.

7: Paksa diri meyimpan. Gunakan alat kewangan yang ada

Kalau tak mampu menabung secara konsisten, amalkan potong terus sebahagian daripada gaji daripada akaun. Boleh saja nak buat ASB Financing atau potongan terus ke Tabung Haji. Lepas tempoh 5 tahun nanti, anda akan nampak hasilnya. Tak salah bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.

8: Berbaloi ke berhabis duit untuk kekal up-to-date?

Tangguhkan menurut kehendak hati anda terlebih dulu, dan cuba hidup di bawah kemampuan sebaik mungkin. Biarkan dan buat bodo je kalau orang lain nak bergaya dan habiskan duit untuk kekal up-to-date.

Yang penting, anda tau pengorbanan untuk tempoh 5 tahun yang pertama ni, akan buatkan anda hidup lebih senang untuk tempoh 30 tahun akan datang.

9: Terus-menerus cari sumber pendapatan ekstra

Kurangkan perbelanjaan, dan tambahkan pendapatan. Ada banyak cara untuk menambah pendapatan semasa anda. anda boleh menjual secara online, buat dropship, jadi ejen Takaful, dan lain-lain lagi. Nak dengan tak nak saja. Dan yang paling penting, pastikan kerja tu halalan toyyiban.

10: Sebab gaji ciput, terus tak jadi nak beli rumah?

Lambat beli rumah sebab gaji kecik, takpe. Tapi jangan pulak anda terus tak pasang impian untuk beli rumah langsung pulak. Dan yang penting, jangan lambat beli rumah sebab asyik bayar hutang sana-sini yang lebih daripada kemampuan hakiki anda.

Contohnya, bayar hutang peribadi untuk buat majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Tak salah pun kalau anda buat setakat yang mampu je. Sentiasa ukur baju di badan sendiri sebelum buat apa-apa ya.

11: Penghalang utama anda lepas loan rumah pertama

Jangan lupa pulak bayar hutang PTPTN dengan lain-lain hutang yang ada. Kalau rosak CCRIS anda tu, memang hancur harapan anda untuk membeli rumah pertama.

12: Seronok jadi penghutang tegar?

Tak guna jugak kalau gaji anda tinggi, tapi hutang menimbun. Sentiasa amalkan kalau membeli sesuatu, beli secara tunai. Elakkan beli secara berhutang. Mencintai diri sendiri dan juga keluarga adalah jauh lebih baik berbanding bercinta dengan hutang-piutang.

BACA JUGA:  8 TIPS UNTUK MEMILIH HARTANAH UNTUK PELABURAN

13: Disiplin ke laut, loan rumah confirm tersangkut

Kad kredit anda tu, jangan pulak guna lebih daripada had yang dah ditetapkan. Paling elok, gunakan bawah 70%. Kalau anda lambat bayar, anda akan dikenakan caj bayar lewat yang tinggi. Sekarang, anda dah sedia maklum. Sejurus dapat gaji je, anda terus jelaskan hutang kad kredit. Kalau dah tau tak boleh kawal, terminate je kad tu. Selesai masalah.

14: Kalau tak mampu, buat cara tak mampu

Pembiayaan peribadi bukan penyelesaian kepada masalah kewangan. Usah gali lubang, tutup balik lubang tu. Senang je hidup ni. Kalau tak mampu, jangan beli. Dan jangan pula anda sanggup berhutang semata-mata nak dapatkan barang tu.

15: Mengikut orang sangat pun tak boleh jugak

Elakkan mengikut orang lain. Sebab orang lain pun, kadang-kadang, tak tau apa yang mereka buat. Kalau anda nak hidup senang, mula berusaha mulai sekarang. Jangan pulak anda bergaya atas bawah dengan cara berhutang. Itu bahaya.

16: CCRIS dan CTOS – Jaga 2 perkara ini macam anak sendiri

Dan yang paling penting, CTOS dan CCRIS pun anda kena jaga elok-elok. Dan jaga 2 benda ni macam isteri anda sendiri. Kalau boleh, jangan biarkan CCRIS tu tercalar sikit pun.

17: Satu nasihat khas untuk kaum hawa

Bagi kaum Hawa pulak, anda tak rasa dah banyak ke tudung yang ada dalam almari tu? Tu tak tambah lagi dengan kasut yang ada dalam rak rumah tu. Anda tak perlu membazir. Duit tu, korang boleh simpan dalam tabung untuk dibuat sebagai deposit masa beli rumah pertama nanti.

18: Bayar diri sendiri dulu sebelum apa-apa hal

Amalkan tabiat simpan dulu sebelum berbelanja. Bayar dulu diri sendiri sebelum anda habiskan duit gaji dengan shopping sana-sini.

19: Untung ke berlumba siapa pakai kereta mahal dulu?

Tak payah beli kereta import mewah kalau gaji anda bawah RM3,000. Yang nak acah-acah pakai kereta import buat apa? Selamba je bayar setiap bulan lebih RM1,000K++ untuk kereta yang nilainya akan menjunam 30% setiap tahun.

20: Perlu ke berhabis duit dekat event kelab setiap bulan?

Tak perlu kelam-kabut untuk pergi ke gathering kelab kereta anda tu. Buat pulak tiap-tiap bulan. Memang menderita la nak tanggung kos tu setiap kali. Anda boleh kira sendiri. Nak pergi gathering tu, dah tentu-tentu anda kena tanggung kos petrol, dan ada yang sampai tahap kena pinjam member. Nak bayar cukai jalan pun kena kongsi bayar dengan awek. Macam mana?

Masih nak tunggu umur cecah 30 tahun, baru fikir nak beli rumah? Nak tak nak, anda kena ubah gaya fikiran. Masa muda ni, anda rasa anda patut enjoy dulu. Kena beli kereta import mewah seawal mungkin. Kena travel ke Eropah dulu. Nak beli rumah? Nanti dulu la. Tunggu umur cecah 30 tahun dulu, baru fikir nak beli rumah.

BACA JUGA:  LOKASI YANG BAGAIMANAKAH MENGUNTUNGKAN PELABUR HARTANAH ?

Kenapa ramai orang buat macam ni? Sebab ramai sangat orang yang buat benda yang sama. Itu tak termasuk lagi tekanan daripada kawan-kawan sekelilling. Apa pulak kata anda yang dah beli rumah, dan dapat jugak beli kereta pada masa yang sama. Jadikan rumah sebagai pelaburan jangka masa panjang. Permulaan seribu langkah, bermula dengan satu langkah. Dan satu langkah ni adalah tabiat menyimpan. anda takkan boleh beli sebiji pun rumah kalau hanya bermodalkan senyuman anda tu.

SUMBER : GILA HARTANAH

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *