Nak Beli Rumah Subsale? AWAS Dengan 5 Jenis Kerosakan Rumah Ni

Korang yang tengah riki rumah subsale mesti dah tau yang korang kena check untuk kerosakan yang mungkin datang sekali dengan rumah yang korang nak beli untuk nak elak dari berbelanja lebih.
Tak macam kalau korang beli rumah baru yang akan dapat tempoh liabiliti kerosakan (property grace period – tempoh untuk korang buat tuntutan terhadap pemaju), beli rumah subsale ni takde kelebihan tu. Penjual rumah tu pulak selalunya buat dono dan harapkan korang tak nampak kerosakan yang ada, sebab jenis kerosakan dan kos pembaikan boleh mempengaruhi keputusan korang untuk membeli, dan diorang cuma fikir nak jual je rumah tu.
Haaa, sebab tu kami di Loanstreet akan ajar cara-cara mudah nak kenal pasti kerosakan-kerosakan tu supaya korang sendiri tak rugi kemudian hari sebab baru sedar rumah korang beli tu rosak dan kena keluar kos besar untuk repair!

1. Kerosakan air

Kerosakan air adalah masalah serius yang korang kena setelkan secepat mungkin kalau kena. Kerosakan jenis ni bukan saje boleh timbulkan masalah terhadap siling atau lantai rumah korang tapi boleh jugak merebak dan menyebabkan kerosakan pada perabot. Bayangkan sofa, permaidani atau meja kayu antik warisan nenek korang tiba-tiba mereput dek air! Oh tidak bro, jangan cari pasal kang kena hambat dengan nenek. Untuk elakkan masalah ni korang kena perhati 5 perkara ni masa periksa rumah yang korang nak beli.

1.1) Siling

Mana-mana kerosakan atau kesan air akan kelihatan jelas dengan perubahan warna atau tompok berwarna kekuningan. Masalah tu mungkin disebabkan oleh kebocoran dari air hujan atau kelemahan sistem perpaipan dan kekalisan air. Tanda-tanda ini menunjukkan dua perkara: Pertama, terdapat masalah resapan air. Kedua, ia mungkin berpunca dari kerosakan yang telah diperbaiki tetapi terjadi lagi sekali. Jalan terbaik adalah dengan maklumkannya terus kepada pemilik atau ejen.

1.2) Lantai kayu (parket)

Terdapat dua jenis parket – solid dan tereka bentuk. Parket pepejal diperbuat daripada kayu yang padat manakala yang tereka bentuk adalah gabungan lapisan pelbagai jenis kayu. Pastikan korang tak tertipu dengan parket yang nampak cam mewah atau mahal. Parket pernah jadi trend suatu ketika dahulu dan dianggap sebagai lambang kekayaan!

Untuk uji kerosakan air di lantai kayu, cuba berjalan tanpa kasut di atas permukaannya dan kenal pasti bahagian yang tak sekata. Kayu yang rosak jugak biasanya nampak buruk dan menggelupas.

1.3) Kebocoran di bilik mandi

Masalah ni mudah nak dikenal pasti sebab air bilik mandi di Malaysia tak ditapis dan akan tinggalkan kesan warna karat macam oren atau kekuningan. Kalau korang ternampak kesan tompok kotoran sama ada kecil atau besar, korang patut terus bagitau ejen atau pemilik rumah sebab bilik mandi yang berfungsi dengan baik adalah sama penting sama seperti ruang dapur.

BACA JUGA:  Cara pastikan nilai hartanah dan demand sewa sebenar

1.4) Jubin

Jubin, kalau dibiarkan, lumut dan kulat boleh tumbuh kat sekeliling bilik mandi atau dapur basah. Korang boleh nampak masalah ni dengan mata kasar.

Kalau korang kena tahu, proses nak ganti jubin ni rumit dan mahal tau. Kalau kos yang korang kena keluarkan adalah besar, kami sarankan korang untuk cari rumah yang lain.

2. Masalah serangga perosak

Serangga perosak yang menjadi musuh utama binaan rumah dan bangunan semestinya anai-anai! Walaupun saiz diorang ni kecik, anai-anai boleh rosakkan apa sahaja yang diperbuat daripada kayu di dalam rumah. Katil, kabinet dan pintu semuanya boleh jadi mangsa kelaparan sang perosak ini.

Lagi satu, pastikan takde timbunan halus macam pasir dan rekahan atau bahagian kayu yang mengembang (sama seperti tanda-tanda kerosakan air tadi). Serangan perosak macam ni boleh jadi punca kerosakan yang perlukan kerja-kerja pembaikan berkos tinggi sebab biasanya bila ada kerosakan macam ni maksudnya keadaan rumah tu parah. Heemmm.

3. Perpaipan

Untuk nak pastikan perpaipan rumah yang korang nak beli tu dalam keadaan tip-top, bukak setiap paip dan pam setiap mangkuk tandas. Mungkin jugak korang kena test drive tandas tu terlebih dahulu hehe. Masalah saliran dan paip tersumbat selalu jadik kat rumah-rumah lama.

Korang tak patut buang masa baca tips DIY untuk repair kerosakan paip. Servis tukang paip jugak amatlah mahal!

Masa check kepala paip dan pancuran mandi pulak, korang kena biarkan air terus mengalir sebelum tutup untuk tengok ada tak air yang bertakung kat lantai. Kalau ada, mungkin ada masalah saliran air. Ini boleh buat lantai sentiasa lembab dan licin, pastu jadi punca lumut tumbuh. Selain tu, korang boleh guna cara ni untuk uji tekanan air dan jugak pemasangan jubin yang betul.

4. Elektrik

Ini paling senang. Korang cuma perlu hidupkan semua suis (kipas angin, lampu, dan sebagainya) sementara korang riki sekitar rumah. Padamkan semua suis lepas 10 ke15 minit untuk pastikan takde kerosakan fius. Pastikan jugak yang korang bawak ‘screwdriver tester’ bersama korang untuk uji semua punca sambungan elektrik. Jangan lupa untuk perhatikan mana-mana bahagian yang tak berfungsi lepastu laporkan pada ejen atau pemilik rumah.

5. Jaga-jaga dengan pepijat (bed bugs)!

Tapi Loanstreet, tadi bukan ke korang dah cakap pasal serangga perosak? Pepijat ni bukan kira serangga perosak ke?

Abang-abang, kakak-kakak, tuan puan, masalah pepijat ni sangat dielakkan oleh semua pemilik dan pembeli rumah subsale, so kami rasa memang patut pepijat ni diberikan sub-topik sendiri.

Kalau korang beli rumah subsale yang siap dengan perabot (full/semi furnished) tu, korang kena check tilam, bantal dan katil korang dengan tanda-tanda kehadiran pepijat ni:

  • tompok-tompok hitam di bantal, tilam, dsb. Encik Google kata tompok hitam tu tanda tempat pepijat buang najis diorang. Ew.
  • kulit telur, kulit lama pepijat (perlu check dengan teliti)
  • ada bau busuk di kawasan-kawasan pepijat bersarang.
BACA JUGA:  PELABURAN HARTANAH DENGAN HARTANAH LELONG

Sumber: Loanstreet

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *