NAK JUAL RUMAH? SOALAN-SOALAN UTAMA KEPADA PERUNDING HARTANAH

Anda mungkin ada pengalaman berurusan dengan perunding hartanah (property negotiator) untuk menjual dan menyewakan hartanah anda atau mendapatkan khidmat nasihat berkaitan hartanah.

Sememangnya berurusan dengan perunding hartanah akan memudahkan urusan jual beli hartanah anda, namun sebagai pemilik rumah dan pelanggan anda berhak untuk mengemukakan pertanyaan kepada perunding hartanah apabila bertemu.

Berikut adalah beberapa soalan penting yang perlu anda tanya kepada perunding hartanah ketika berurusan.

Encik/Cik dari syarikat hartanah mana?

Pertanyaan ini amat penting untuk memastikan perunding hartanah tersebut adalah perunding hartanah yang berlesen ataupun berdaftar dengan mana-mana ejen hartanah (real estate agent) yang berdaftar. Ejen hartanah berdaftar akan mempunyai nombor yang bermula dengan VE atau E.

Boleh terangkan prosedur yang terlibat kepada saya?

Kebiasaannya perunding hartanah yang akan memulakan subjek ini tapi tidak salah untuk anda bertanya. Prosedur ini amat penting kerana ia melibatkan urusan jual beli hartanah anda dari saat pembeli membayar booking sehinggalah pembeli tersebut memperoleh kunci rumah dan menjadi pemilik baru rumah tersebut. Tanya kepada perunding hartanah apa-apa maklumat yang anda tidak faham.

Jangkamasa prosedur ini bergantung kepada hartanah anda merangkumi aspek freehold/leasehold, master/individual/strata title, status kewangan bakal pembeli dan sebagainya jadi ambil sedikit masa anda untuk memahami prosedur ini dengan bantuan perunding hartanah.

Kemungkinan anda tertanya-tanya mengenai professional fee untuk perunding hartanah sekiranya jualan terjadi – biasanya fee adalah sebanyak 3% dari harga jualan. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

Bagaimana dengan harga semasa rumah/hartanah saya?

Kebiasaannya anda sebagai pemilik rumah akan meletakkan harga dahulu dan perunding hartanah akan advice anda untuk naik/turun harga dan sebagainya. Kadang-kadang ada pemilik rumah yang tidak pasti akan harga rumah yang ingin dijual. Walaubagaimanapun penting untuk anda bertanya mengenai harga semasa rumah anda (kadangkala cuma disebut market price) kepada perunding hartanah. Ada kemungkinan perunding hartanah tersebut akan merujuk kepada bank atau penilai hartanah untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk hartanah anda tersebut.

Berapa kos yang perlu saya keluarkan?

Satu perkara yang perlu anda tahu ialah pemilik rumah yang ingin menjual rumah juga perlu mengeluarkan sedikit kos dalam prosedur jual beli dan umumnya pihak yang ingin menjual rumah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

  • Discharge of Charge – Melepaskan gadaian
  • Consent
  • Confirmation of Letter

jadi tanya kepada perunding hartanah tersebut berapakah kos yang perlu anda keluarkan termasuklah Legal cost, Real Property Gain Tax (untuk rumah 5 tahun ke bawah), Government Service Tax (GST) dan sebagainya.

Apa dokumen yang perlu saya tandatangani?

Kemungkinan ada dokumen yang perlu anda tandatangan seperti surat lantikan eksklusif dan sebagainya. Hal mengenai ekslusif, sole dan adhoc dan kelebihannya akan saya kongsikan dalam artikel-artikel selepas ini. Namun dokumen yang pasti akan anda tandatangani ialah S&P sekiranya jualan terjadi.

BACA JUGA:  TIPS JUAL BELI RUMAH

Sumber : https://www.hartanahdisini.com

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *