Nak Rumah Cantik? ‘Cantikkan’ Diri Anda Dengan 5 Perkara Ini Dahulu

Lumrah kita sebagai manusia, tak kira lelaki atau wanita, memang suka melihat dan tertarik kepada perkara atau benda yang cantik-cantik.

Nak baju cantik, kasut cantik, kereta cantik, rumah cantik, isteri cantik, suami cantik (eh, cantik ke suami anda semua?…haha!). Ini adalah antara perkara biasa yang selalu kita idamkan.

Kalau setakat nak baju atau kasut cantik tu, apalah sangat, kan? Tak perlu pun saya beri tips. Sebut je kedai atau jenama kesukaan anda, pasti laju je nak pergi membeli. Duit pembelian pun boleh dicari atau diusahakan. Lagikan pulak kalau ada sale hujung tahun!

Kalau soal suami atau isteri yang cantik tu pulak, subjektif pada pandangan mata masing-masing lah ye tak? Soal jodoh ni semua takdir serta qada’ dan qadar. Ada bunyi macam Ustaz Kazim tak? Hahaha.

Tapi kalau berbicara tentang rumah yang cantik, pasti ada beberapa tanda soal yang mula bersarang di dalam kepala kita. Pasti juga kita akan start berkerut-kerut di dahi disebabkan oleh beberapa masalah seperti berikut:

MASALAH #1:
TAK ADA IDEA PASAL BIDANG HARTANAH?

Ramai antara kita ni, bila sebut soal hartanah atau lebih spesifiknya rumah, hanya fikir rumah adalah sebagai sebuah tempat untuk didiami sahaja. Sedangkan, hartanah ni sebenarnya boleh dijadikan medium atau alat pelaburan yang berkuasa bagi menjana pendapatan kita!

Kalau tak arif tentang hartanah, usah bimbang! Cuba bayangkan hari pertama anda masuk ke sekolah, atau universiti, pasti setiap langkah permulaan itu kelihatan blur & kabur dah macam berjerebu je semuanya bagi anda, bukan? Tapi kalau kita ada kesungguhan untuk belajar dan kuasai sesuatu perkara, ianya tidak mustahil.

Sama jugalah seperti ilmu hartanah ini. Mungkin anda kurang arif. Mungkin anda kurang berminat. Tapi cuba kenali dan fahami dahulu, sehingga anda lihat potensi serta kepentingan untuk memiliki hartanah. Bak kata orang tua-tua lah, tak kenal, maka tak cinta! Ewah! ?

CARA ‘CANTIKKAN’ MASALAH #1 NI? 

+ Cuba hadiri seminar/kelas berkaitan hartanah, ikuti individu yang berpengalaman mengenai hartanah atau pun kalau anda malas sangat, bukak je Youtube  atau Google tu… dan lihat video-video menarik tentang hartanah yang disampaikan oleh individu berkenaan.

+ Carilah topik yang menyentuh tentang bagaimana untuk memulakan langkah di dalam bidang hartanah, ataupun topik yang khusus bagi mereka yang baru.

MASALAH #2:
LOKASI, LOKASI, LOKASI….HMMMM TAK RETI CARI LOKASI!

Bila dah berisi minda anda tu dengan ilmu asas hartanah yang cantik, mesti rasa lebih confident nak memulakan langkah nak memburu. Bukan buru binatang ye, bukan juga buru perempuan cantik. Tapi buru rumah cantik di lokasi yang cantik!

Haaa.. bila buru hartanah atau rumah ni, the main idea is about location! Kalau anda gagal untuk belajar tentang lokasi yang cantik, hentikan aje lah niat untuk memburu hartanah. Kenapa?

Sebab tanpa lokasi yang cantik, buatlah rumah 16 tingkat siap dengan salut emas 24 karat sekalipun, pasti kadar harga rumah yang anda bakal laburkan itu tidak memberi pulangan yang sewajarnya. Buat apa kita beli rumah tapi harganya untuk naik sangatlah lembab, tak berbaloi bukan?

CARA ‘CANTIKKAN’ MASALAH #2 NI? 

+ Cuba pelajari dan kaji faktor-faktor penentu yang menjadikan lokasi itu cantik atau bernilai tinggi. Ada pelbagai faktor langsung dan tidak langsung seperti kemudahan asas contohnya: jaringan pengangkutan yang baik, infrastruktur yang lengkap dan lain-lain.

+ Belajar juga untuk minat dengan peta, dah namanya pun nak cari lokasi, kan? Kalau tak pandai tentang peta, jangan risau! Tak perlu ambil buku Geografi zaman sekolah anda pulak ye… hehehe. Anda boleh lihat lokasi yang cantik dengan terperinci melalui ebook dan video.

MASALAH #3:
TAK PANDAI NAK DEAL DENGAN BANK & LAWYER. 

Bila dah ada ilmu asas hartanah yang cantik, ditambah pulak dengan pengetahuan tentang lokasi yang cantik, tak ke anda dah rasa double confident? Kan, kan?

Lagi pulak bila dah berkenan dengan rumah cantik yang terletak di atas lokasi cantik tu, pasti rasa nak terus pindah masuk je.

Eh, nanti dulu! Sebelum pindah masuk rumah tu, mesti kena lalui proses pembelian rumah terlebih dahulu serta proses undang-undang agar anda sah sebagai pemiliknya.

Tapi, nak beli rumah cantik ni bukan macam beli baju atau kasut cantik. Harga rumah pun mencecah puluhan atau ratusan ribu. Kalau ada cash segunung dalam bank tu, best gak, boleh terus bayar. Mahu atau terpaksa, kita mestilah mendapatkan pembiayaan dari pihak bank bagi membeli rumah. Beli rumah ni juga anda perlu berurusan dengan lawyer dalam menguruskan beberapa dokumen serta menandatangani perjanjian yang tertentu.

CARA NAK ‘CANTIKKAN’ MASALAH #3 NI?

+ Cuba kaji dan banding produk-produk pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak bank. Bank yang berlainan, kadangkala mempunyai kemudahan serta syarat pembiayaan yang berlainan.

+ Cuba dapatkan pendapat lawyer mengenai prosedur pembelian rumah. Hadamkan dan fahami proses tersebut supaya anda ada gambaran yang lebih jelas mengenai proses perudangan yang melibatkan hartanah.

+ Anda boleh juga belajar tentang pembiayaan bank untuk buat pinjaman perumahan, serta hal perundangan hartanah melalui ebook yang informatif.

MASALAH #4:
TAK TAHU NAK HIAS RUMAH.

Lepas dah melalui proses pembelian hartanah dan dengan ‘cantiknya’ sudah sah bergelar pemilik rumah, pasti anda impikan dekorasi dan hiasan rumah yang fantastik, bombastik, segala yang tik-tik lah.

Fokus utama ialah untuk menjadikan rumah tersebut bukan hanya selesa untuk didiami, malah cantik dari segi hiasan dan estetikanya (rupanya).

Tujuan lain hiasan dalaman juga adalah bagi memastikan ruang-ruang di dalam rumah anda tu, dapat dimaksimakan dan digunakan dengan baik.

Tapi, pasti ramai yang mengeluh, sebab tak tahu cara nak hias rumah supaya kelihatan menarik. Ramai juga mengeluh sebab tak nak keluarkan kos untuk upah pereka hiasan dalaman. Amboi, kedekut korang ni ye?

CARA NAK ‘CANTIKKAN’ MASALAH #4 NI?

+ Anda boleh pelajari tentang hiasan dalaman melalui internet, serta pelbagai terbitan majalah hiasan dalaman di pasaran.

MASALAH #5:
TAK ARIF NAK JANA PENDAPATAN MELALUI HARTANAH.

Katakanlah situasi diatas tadi telah semuanya anda lalui dengan ‘cantiknya’ dan jayanya, tentu anda ingin untuk membeli rumah kedua, ketiga dan seterusnya, kan?

Tapi, bila beli unit-unit rumah seterusnya, takkan nak biar je, kan? Nak duduk dah ada rumah pertama. So, nak buat apa ada rumah kedua dan lain-lain ni? Buat spare? Adoi… jangan macam tu!

Pasti anda terfikir untuk menggunakan unit-unit rumah tersebut sebagai pelaburan dengan menjana duit pendapatan.

Tapi melalui apa? Macam mana?

CARA NAK ‘CANTIKKAN’ MASALAH #5 NI?

+ Terdapat pelbagai cara untuk menjadikan hartanah sebagai alat pelaburan dan menghasilkan pendapatan kepada pemilik hartanah itu. Antaranya, beli dan jual semula pada harga lebih tinggi, sewakan rumah, serta kalau anda masih belum mampu untuk beli rumah kedua, anda boleh juga pelajari teknik sublet.

+ Sublet merupakan salah satu cara untuk buat duit melalui hartanah tanpa anda perlu untuk membeli hartanah.

Akhir kata..

Dah faham langkah untuk mendapatkan rumah cantik? Haaa.. jangan asyik kejar perempuan cantik, baju cantik atau kasut cantik je.

Bila ada:

1. Ilmu asas hartanah yang cantik ✔

2. Lokasi yang cantik ✔✔

3. Pinjaman dan Perjanjian pun lepas dengan cantik ✔✔✔

4. Hiasan Dalaman yang cantik ✔✔✔✔

5. Duit Tepi yang cantik ✔✔✔✔✔

Maka itu, anda telah dengan sebenarnya memiliki sebuah rumah yang benar-benar cantik dari segala aspek! Bukan hanya dari segi rupa, malah cantik sehingga menjana pendapatan! Tip-top 100% kata orang!

Cuba luangkan masa dan duit anda tu daripada membazir dengan membeli benda yang tidak berfaedah.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *