BAGAIMANA MAHU BERUNDING DENGAN OWNER RUMAH UNTUK HARGA LEBIH MURAH?

1 : Sebab Owner Jual Rumah
Kebanyakan masa, transaksi jual beli bertujuan untuk membantu si penjual menyelesaikan masalah mereka dan bukan kerana wang semata-mata. Pembeli bijak macam kamurang mesti tau kan?

Tapi, macam mana mau tau benda tu? Kamurang mulakan dengan memahami niat dorang, sebab utama dorang mau jual rumah tu.

Kalau kamurang lepas ‘step’ yang ini, senang kamurang mau beli rumah tu dengan harga yang berpatutan dan berbaloi.

Contohnya, penjual rumah tersebut mau menjual rumah dorang sebab mendapat tawaran kerja di tempat lain atau terpaksa berpindah atas sebab-sebab tertentu dalam masa yang terdekat.

Jadi, apa yang kamurang boleh buat tentang maklumat ni?

Kamurang boleh bagi pancingan (istilah mengumpan orang dalam dialek seharian Sabah) kepada dorang dengan tawaran. Sebagai contoh, kalau dorang boleh turunkan lagi harga tersebut berbanding harga asal, kamurang akan terus jadi beli.

Win-win situation. Masing-masing boleh selesaikan masalah sendiri. Kamurang dapat rumah dengan harga yang berbaloi, penjual dapat jual rumah dengan segera.

2 : Cakap Tak Perlu Berlapik
Friendly dalam berunding tidak menjadi masalah. Supaya rundingan tidak terlalu serius dan dalam keadaan ‘ketat’.

Tapi, kamurang perlu ingat yang kamurang mau beli rumah, bukan beli barang keperluan harian.

Sentiasa ingat objektif utama kamurang, mau dapatkan harga yang paling berbaloi dalam membeli rumah tersebut.

Jangan sembunyikan niat kamurang. Bagitau secara terang-terangan harga yang kamurang mau, tetapi tidak juga terlalu memaksa. Dalam berunding pun, kita jangan lupa adab dalam berunding.

Ini akan menunjukkan sikap kamurang yang tidak terlalu memaksa dan masih menjaga adab dalam bertutur.

Penjual bukan ada superpower yang boleh baca fikiran kamurang, jadi kena cakap dengan jelas.

3 : Jangan Biarkan Ego Menjadi Raja Dalam Rundingan
Ini antara yang paling penting, kamurang mesti tau bila emosi kamurang mula membuak-buak.

Bagus-bagus ada harapan untuk dapatkan rumah tu, akhirnya tinggal angan-angan. Kalau penjual sudah tawar hati, ucap selamat tinggal saja pada rumah impian kamurang tu.

Tiada satu orang pun yang suka berunding dengan orang yang tinggi egonya. Ini reality. Semua benda dia mau menang. Jadi, bila mau capai kata sepakat?

Pastikan kamurang dalam keadaan yang terbaik dan positif masa tu. Jangan adakan rundingan kalau kamurang ada masalah dengan perkara lain.

Ingat, korang berunding untuk dapatkan kata sepakat dalam jual beli. Bukan untuk tujuan lain. Kalau nak berkawan lepas selesai urusan jual beli, itu Tok kira sebagai bonus.

Ingat, tujuan utama kamurang berunding adalah untuk mencapai kata sepakat dalam urusan jual beli rumah tu, dan bukan untuk benda lain. Kalau mau berkawan lepas selesai urusan, itu urusan luar kamurang sudah.

BACA JUGA:  Panduan untuk Pembeli Rumah Kali Pertama

4 : Selidik Harga Transaksi Semasa
Kaya tak kaya, korang memang akan berniat untuk berjimat selagi boleh. Sebab tu kamurang mau beli harga rumah di bawah harga pasaran.

Kalau tau harga transaksi rumah terkini, kamurang boleh elakkan overvaluing dan undervaluing.

Mesti kamurang nda mau bayar lebih daripada harga pasaran, kan? Begitu juga penjual, mana mungkin penjual bersetuju jual rumah dorang dengan harga yang nda masuk akal?

Di mana boleh mula selidik? Kamurang boleh tengok di mudah.my atau brickz.my. Kedua-dua laman sesawang ni menunjukkan harga purata bagi rumah tersebut dan transaksi terkini yang telah dilakukan dalam kawasan tersebut.

Laburkan sedikit masa kamurang buat kajian. Nda rugi pun, malah boleh bantu kamurang untuk mengetahui nilai yang berpatutan untuk korang bayar.

5 : Harga Masuk Akal
Memang semua pembeli mau harga yang rendah daripada nilai pasaran, tapi janganlah sampai menawarkan harga yang tidak munasabah.

Contoh? Kalau harga pasaran rumah tu RM450,000, kamurang pegi tawar jadi RM180,000 atau lebih rendah daripada tu, memang nda NGAM lah.

Elakkan bagi owner atau ejen yang mewakili owner rasa kena tipu. Bila mereka dah rasa macam tu, susah korang nak dapatkan deal yang bagus.

Jangan bali penjual atau ejen rasa tertipu. Kalau nda, lain hari dorang ndakan berurusan lagi dengan kamurang. Silap haribulan, kena cop sebagai penipu dan disebarkan. Kan sia-sia tu?

 

SUMBER: GILA HARTANAH

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *