Pelaburan Harta Tanah atau Kondominium?

Semasa memasuki ke dalam kontrak pelaburan harta,sesuatu aspek yang paling penting ialah lokasi harta tersebut.  Lokasi menentukan bahawa berapa jauh harta itu jika hendak ke restoran ,sekolah, kawasan perniagaan dan ke stesen-stesen pengangkutan awam. Perkara kedua yang perlu dipertimbang adalah kemudahan untuk penyewa seperti tempat letak kereta, sistem keselamatan, akses kepada lebuh raya utama dan sekiranya anda menyewakan kondominium, kemudahan serta pemandangan boleh menjadi tambah nilai kepada hartanah anda. Walaubagaimanapun, sekiranya semua kemudahan bagi kedua-dua jenis hartanah adalah sama, apakah pilihan anda?

Satu langkah yang paling biasa untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan harta ialah menyewa harta itu. Semasa menyewa, jangan lupa untuk menjangka Return On Investment  yang diinginkan oleh anda dan mengikuti peratusan itu. Jika anda sudah membuat keputusan untuk menyewa, kondominium akan memulangkan sewa yang tertinggi. Walaupun banglo lebih mahal, tetapi itu tidak menjaminkan sewa yang lebih tinggi daripada kondominium

Selain daripada menyewakan harta kamu, satu langkah lagi untuk menjana keuntungan daripada pelaburan harta tanah ialah menjualkan harta anda dengan harga yang lebih mahal, tetapi harta itu harus mengalami kenaikan harga. Lihat artikel ‘Bagaimanakah Menjana Pendapatan Dari Sektor Tanah’ untuk mengetahui lebih lanjut.

Bagi harta pegangan freelease,harga harta itu menyusut lebih lambat kerana harta-harta ini selalu datang dilampirkan dengan tanah sendiri. Bagi harta tanah pegangan pajakan, harga harta tanah itu akan menyusut atau tetap sama semasa mendekati akhir pajakan. Selain daripada itu, terdapat banyak undang-undang dan peraturan yang harus diikuti semasa membaharukan pajakan. Oleh itu, jika anda hendak memsauki ke pelaburan jangka pendek, kami menasihati anda untuk tunggu selama lima tahun sebelum menjualkan harta tanah anda, jika anda hendak memasuki ke pelaburan jangka panjang, jangan tunggu lebih lama daripada tempoh sepuluh tahun sebelum menjualkan harta tanah anda jika pajakan sudah kurang daripada tujuh puluh tahun.

Setiap harta memerlukan penyelenggaran.

Bagi harta tanah,tanggungjawab untuk menyelenggarakan harta tanah harus ditanggung oleh anda sendiri.

Kondominium pula, memerlukan pihak pengurusan yang berkesan untuk menjamin kondominium itu dalam keadaan yang baik. Jika pengurusan kondominium itu tidak melaksanakan penyelegaraan dan meninggalkan kondominium itu sahaja, harga kondominium itu akan jatuh degan pesat. Ketika keadaan itu berlaku, cuba menjualkan kondomonium anda secepat mungkin .

Jika situasi kewangan anda tidak begitu baik, pelaburan harta lain yang boleh anda memasuki ialah Apartmen Studio. Apartment studio adalah lebih murah daripada kondominium dan menyasarkan kolar putih. Selain daripada itu, beberapa apartment studio diduduki di atas kedai-kedai. Oleh itu, harga studio apartment ini akan berubah bergantung pada jenis kedai yang berada di bawah apartmen studio itu. Jika kedai itu adalah kedai yang dapat memberi kemudahan, aman dan keselesaan kepada penyewa maka harga studio itu akan lebih tinggi. Sebaliknya, jika kedai itu membawa isu keselamatan dan banyak bunyi yang tidak dimahukan, harga studio itu akan lebih rendah.

BACA JUGA:  Agensi Hartanah Sebagai Kerjaya Anda

Satu aspek lagi yang perlu diingati semasa membeli harta adalah pemaju mempelankan pembangunan mereka sebagai beberapa fasa. Jika anda membeli harta pada fasa yang lebih lama, harta itu akan menjadi lebih mahal daripada membeli harta itu pada fasa yang lebih baru. Harga ini adalah jangkaan pemaju terhadap perkembangan projek pembangunan mereka dan tidak mencerminkan nilai pasaran harta yang sebenarnya pada masa itu. Jadi jika anda hendak membeli harta-harta pada fasa yang lebih lama, kami menasihatkan anda mencari pemilik awal dan beli daripada mereka dengan harga yang lebih murah.

Jika anda telah membuat keputusan untuk membeli sebuah harta tanah, gunakan kalkulator pinjaman perumahan  untuk mengira jumlah kos.

Kesimpulan

Ringkasannya,semasa anda memilih harta untuk melabur, anda perlu ingat matlamat yang hendak dicapai dan melabur sewajarnya. Kami telah membuat perbandingan untuk menunjukkan perbezaan harta-harta yang telah dibincangkan di atas.

Sumber: Loanstreet

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *