PELABURAN HARTANAH DENGAN HARTANAH LELONG

Perjanjian Bandar Malaysia Dibatalkan

1. PELUANG BELI HARTANAH YANG HARGANYA LEBIH MURAH DARIPADA HARGA PASARAN
Hartanah lelong kebanyakannya lebih murah daripada harga pasaran. Antara sebabnya ialah keadaan hartanah yang kurang sempurna. Kebanyakan hartanah lelong ialah rumah yang telah ditinggalkan, jadi banyak pencerobohan berlaku. Pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri gril, tingkap, pintu dan sebagainya. Sebelum membeli hartanah lelong, anda perlu memeriksa dahulu berapakah jumlah kos membaik pulih yang akan perlu dilakukan nanti.
Untuk hartanah lelong yang tidak berjaya dijual pada lelongan keli pertama, harga lelongannya akan dikurangkan sebanyak 10% sekiranya ia dilelongkan buat kali kedua. Kadar penurunan ini akan berterusan sehinggalah hartanah itu berjaya dilelongkan.
Proses membeli hartanah lelong ini kadang kala leceh dan remeh. Untuk hartanah yang keadaannya betul-betul teruk, pembeli memerlukan masa, tenaga dan wang untuk membersihkan semak samun dan sebagainya. Jangan lupa juga kos mengupah pelbagai pihak untuk membuat penambahbaikan supaya hartanah itu dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi nanti.
2. JIMAT KOS PEGUAM KERANA TIADA SURAT PERJANJIAN JUAL BELI
Pembelian hartanah lelong tidak melibatkan surat perjanjian jual beli. Hanya kos duti setem sahaja yang perlu dibayar kepada pihak pelelong untuk memateri kontrak jualan (contract of sale atau COS) selepas pembeli memenangi sesebuah hartanah.
3. PELUANG MEMENANGI HARTANAH
Selain hartanah yang teruk keadaannya, terdapat juga hartanah lelong yang telah diubah suai. Jika dilihat dari segi kos-kos yang anda boleh jimatkan, memang amat berbaloi untuk membeli hartanah lelong!
4. PELUANG MEMENANGI HARTANAH YANG BANYAK HADIAH
Kadang-kala hartanah lelong datang dengan hadiah yang tidak disangka-sangka,yang bernilai ribuan ringgit. Walaupun pelaburan dalam hartanah lelong nampaklumayan, namun risikonya tetap ada, dan perlu diberi perhatian. Antaranya ialah keadaan hartanah yang sangat teruk,tunggakan pembayaran seperti cukai pintu dan cukai tanah dan perbelanjaan untuk penyelenggaraan yang tidak akan ditanggung oleh pihak bank.
Sebelum membida suatu hartanah, anda perlu memeriksa kelayakan anda untuk mendapatkan pinjaman. Hal ini demikian kerana bayaran pendahuluan anda akan hangus sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan baki pembelian dalam tempoh tertentu.

SUMBER: ZULRIZQ HARTANAH 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  PASARAN HARTANAH JATUH MERUNDUM ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *