PELABURAN MENARIK DENGAN RUMAH DUAL-KEY?

Pelaburan hartanah

Mahukah anda untuk membeli 2 unit hartanah tetapi hanya membayar harga untuk satu unit? Macam menarik bukan? Mungkin ada di kalangan kita yang kurang familiar dengan perkataan dual-key atau pun dwi-kunci ini bukan?

Baiklah, mari kita kongsikan serba sedikit info tentang rumah dual-key. Konsep rumah dual-key ini pertama kali diperkenalkan pada sekitar tahun 1980-an oleh negara jiran kita iaitu Singapura. Tetapi pada peringkat awal, konsep ini kurang mendapat sambutan sehinggalah pada tahun 2009 melalui projek Fraser Centrepoint Caspian.

Mula Pada Tahun 2011
Di Malaysia pula, konsep ini telah dibawa masuk oleh syarikat Wing Tai melalui projek Verticas Residensi Kuala Lumpur pada tahun 2011. Sejak daripada itu, konsep rumah ini mula mendapat perhatian daripada para pemaju dan juga pembeli.

Bagi anda yang masih belum tahu apakah konsep rumah dual key ini, rumah dual-key merupakan 2 buah rumah tetapi dalam satu unit yang sama. Macam mana tu? Maksudnya, sebuah rumah yang mempunyai 2 ruang yang berbeza dan dihuni oleh dua pihak yang berbeza.

Ia boleh diibaratkan seperti anda menyewakan bilik di rumah anda, tetapi penyewa akan masuk melalui pintu yang berbeza serta tidak akan mengganggu privasi anda. Ini kerana ruangan yang dimiliki oleh anda dan juga penyewa mempunyai dapur dan juga bilik air sendiri.

Kebiasaannya, rumah dual-key ini mempunyai 2 ruangan yang terpisah iaitu satu ruangan yang lebih besar, dan satu ruangan lebih kecil berbentuk studio. Dua ruangan ini juga akan diberikan dengan 2 kunci berbeza.

Sesuai Untuk Kegunaan Sendiri Atau Pelaburan

Jadi rumah jenis ini amat sesuai untuk didiami sendiri atau pun untuk tujuan pelaburan. Rumah jenis ini juga sesuai didiami oleh pasangan baru berkahwin dan baru mempunyai seorang anak.

Unit ini juga dibina ditengah-tengah kawasan bandar. Jadi pemilik akan mempunyai akses kemudahan yang cukup lengkap. Jadi tak hairanah kalau harganya pun agak tinggi.

Buat masa ini, rumah dual-key yang terdapat di Malaysia hanyalah jenis apartment dan kondominum sahaja. Tetapi ada khabar angin yang mengatakan pemaju bakal memperkenalkan rumah dual-key jenis atas tanah (landed) pula di Cyberjaya. Jika anda berminat, bolehlah anda mula survey sekarang!

Sumber;Majalah Labur

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  8 TIPS UNTUK MEMILIH HARTANAH UNTUK PELABURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *