PENGELUARAN WANG UNTUK MEMBELI RUMAH

TUJUAN

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah
  •  Pengeluran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong penyerahan harta melaui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

KELAYAKAN MEMOHON

* (i) Warganegara Malaysia ATAU

(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian untuk memilih mencarum senula dengan KWSP ATAU

(iii) Bukan warganegara Malaysia yang :

  • Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 ATAU
  • Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

* Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan dieterima oleh KWSP DAN

* Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

 SYARAT-SYARAT PENGELUARAN

Ahli Layak Memohon Sekiranya :

1. Membeli sebuah rumah kediaman ( jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman

2. Pembiayaan pembelian rumah melaui :

(i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :

  • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
  • kerajaan pusat atau negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  • Majikan ahli
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koeprasi Malaysia)
  • Syarikat Insurans berlesen yang diluskan oleh Bank Negara Malaysia
  • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP

  ATAU

(ii) Secara Tunai

3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusn pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukan.

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej ( tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)

Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :

  • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • Pemilikan harta tidak melaui tranksaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara

AMAUN YANG LAYAK DIKERLUARKAN

Ahli boleh mengeluarkan simpanan seperti berikut :

 

  • Ahli boleh memilih untuk menentukan amaun yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi amauan yang dipohon dalam borang pengeluaran perumahan KWSP 9C (AHL)(D5).
  • Ahli pernah membuat pengeluaran perumahan tetapi telah membatalkan pembelian rumah tersebut. Dalam keadaan ini, wang pengeluaran tidak perlu dikembalikan. Amaun kelayakan semasa akan ditolak daripada amaun pengeluaran terdahulu tertakluk kepada baki kelayakan (sekiranya ada)
BACA JUGA:  BAGAIMANA SIMPANAN EMAS SEJAK BELAJAR MEMBOLEHKAN SJ BELI RUMAH PELABURAN PERTAMA KETIKA UMUR 23 TAHUN

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

CARA PERMOHONAN DIHANTAR

Permohonan boleh dihantar dimana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter atau melalui pos.

SERAHAN DI KAUNTER

  • Sila bawa bersama SEMUA dokumen asal bagi tujuan pengesahan oleh Pegawai KWSP.
  • Bagaimanapun, jika salinan dokumen telah dibuat pengesahan sila pastikan salinan dokumen disahkan oleh pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi pengesah.

SERAHAN MELALUI POS

  • Sila pasikan SEMUA salinan dokumen telah disahkan oleh pegwai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi pengesah
  • Permohonan melaui pos boleh dialamatkan kepada :
       KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
       Karung Berkunci No. 220
      Jalan Sultan
      46720 Petaling Jaya
      SELANGOR
Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *