Pengenalan

HebatUnderLight

HEBAT REALTORS merupakan kumpulan Perunding Hartanah Profesional dimana setiap individunya berpengalaman luas dalam bidang hartanah dan berdaftar di bawah LEMBAGA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTANAH MALAYSIA (LPPEH). HEBAT REALTORS baru sahaja ditubuhkan pada tahun ini iaitu 2016. Walaupun syarikat ini masih baru kami yakin kami mampu membantu masyarakat di luar sana yang ingin mencari hartanah.
Kami sangat berminat dengan apa yang kami lakukan dan membantu orang lain dengan menunaikan impian mereka agar menjadi kenyataan. Amanah ialah perkara penting dalam semua urusan kami yang membabitkan urusan jual beli hartanah. Kami bukan sahaja menjadi perunding hartanah, kami membina perhubungan yang baik dengan pelanggan dan memberikan informasi yang tepat untuk segala urusan. Pelanggan lebih yakin dalam membuat keputusan.

Kami berkepakaran dalam menguruskan jualan bagi pelbagai jenis hartanah seperti berikut:

• Semua jenis rumah (Baru & lama)
• Hartanah komersial
• Semua jenis tanah

Selain itu, kami memberikan perkhidmatan bagi urusan sewaan dan membeli hartanah. Kami juga turut membantu dalam urusan pinjaman bank & kerajaan, khidmat peguam, periksa market value, pelaburan hartanah dan kaunseling. Ini bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami disamping membantu untuk mempercepatkan dan mempermudahkan urusan berkaitan hartanah mereka.

PERKHIDMATAN KAMI:
• Urusan jual/ beli/ sewa rumah/ hartanah
• Khidmat peguam & dokumen
• Khidmat pinjaman bank & kerajaan
• Khidmat nasihat berkenaan hartanah

Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi Real Estate Negotiator atau Perunding Hartanah Professional sama ada sepenuh atau separuh masa. Kami alu-alukan mereka yang berminat untuk menyertai kami. Latihan akan diberikan oleh tenagar pengajar yang hebat-hebat di sini.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  Visi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *