PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MENYEWAKAN RUMAH

inclusions1.jpg

Sekiranya kita sudah memiliki hartanah, langkah terbaik untuk menjana kewangan adalah dengan menyewakan kepada orang lain. Tidak kiralah jika kita mempunyai banyak hartanah sekalipun, tetapi jika kita tidak bijak menguruskannya lambat laun ia boleh mendatangkan kerugian kepada kita sendiri. Hal ini kerana, pelaburan hartanah bukan sahaja untuk dijadikan aset semata-mata, tetapi kita boleh berusaha untuk berfikir bagaimana mahu menjana wang daripadanya.

 

1) Persediaan Surat Perjanjian

Menyewakan hartanah kepada pihak lain tanpa menyediakan sebarang surat perjanjian boleh mengundang banyak risiko. Sekiranya tidak ada sebarang perjanjian sah, maka pemilik boleh mengundang risiko sama ada penyewa melarikan diri, ataupun perabot rumah dibawa keluar. Surat perjanjian juga mampu dijadikan sebagai satu bukti kepada pihak berkuasa terutama mahkamah sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Antara kandungan surat perjanjian yang boleh dimasukkan adalah seperti jaduan pembayaran, penjagaan infrastruktur rumah. Namun ada satu perkara lagi pemilik hartanah terlepas pandang, iaitu memasukkan perjanjian tentang pelepasan tanggungjawab pemilik sekiranya berlaku sesuatu kejadian. Antara kejadian tersebut contohnya serangan nyamuk aedes. Penyewa boleh mengemukakan saman sekiranya pemilik gagal menyediakan kawasan yang selamat. Itu penting surat perjanjian.

 

2) Penerimaan Pembayaran Deposit Dan Utiliti

Pemilik boleh berhadapan dengan risiko sekiranya menyewakan hartanah tanpa mengambil sebarang deposit. Antara kerugian besar yang terpaksa diterima oleh pemilik adalah bekas penyewa meninggalkan bil-bil lama tertunggak mencecah ribuan ringgit. Deposit juga membantu pemilik melancarkan sistem aliran tunai terutama sekiranya penyewa gagal menjelaskan yuran sewaan pada sesuatu bulan.

 

3) Penstrukturan Hartanah

Bagi menjamin keselesaan penyewa terutama hartanah kediaman, sebagai pemilik perlu menyediakan infrastruktur seperti kipas angin, lampu dan lain-lain lagi. Antara teknik menaikkan kadar sewa dengar kadar tertentu, pemilik boleh menetapkan seberapa kadar bilangan perabot utama di dalam rumah. Antaranya seperti televisyen LCD, ruang dapur, meja makan, katil, tilan dan sebagainya. Penyediaan aset sebegini merupakan satu pelaburan yang dianggap amat berbaloi.

 

4) Temuduga

Kebiasaannya sesi temuduga hanya dijalankan bagi individu yang mahu mencari pekerjaan, tetapi ia juga boleh diserapkan dalam aspek pencarian penyewa. Bagi mencari kualiti penyewa, pemilik perlu mengadakan temuduga ringkas bagi mengenalpasti tentang identiti penyewa, pekerjaan dan sebagainya. Hal ini berikutan, satu risiko yang tinggi sekiranya kita menyewakan hartanah kepada penjenayah tanpa kita sedari. Siapa sangka bukan?

Sumber : Kokotiam

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  BAYARAN KETIKA MENYEWA RUMAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *