Pernahkah anda tertanya antara pinjaman perumahan kerajaan dengan pinjaman bank yang MANA PILIHAN TERBAIK?

Pernahkah anda tertanya antara pinjaman perumahan kerajaan dengan pinjaman bank yang MANA PILIHAN TERBAIK?

Pernahkah anda tertanya antara pinjaman perumahan kerajaan dengan pinjaman bank yang MANA PILIHAN TERBAIK?

Daripada pengetahuan admin sendiri, kadar faedah pinjaman perumahan kerajaan adalah tetap 4% dan bank dengan kadar faedah antara 5%-8% bergantung kepada jumlah pinjaman. Kadar faedah bagi pinjaman perumahan setiap bank adalah tidak sama.

Sememangnya kami akui bahawa membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan itu lebih mudah berbanding pinjaman perumahan dengan Institusi Kewangan lain. Dengan memilih membuat pinjaman bersama kerajaan ia merupakan jalan yang bijak dan tiada cacat celanya. Istilah menarik untuk pinjaman perumahan adalah sangat subjektif dan secara keseluruhannya bergantung kepada objektif dan kemampuan bakal pembeli hartanah terbabit. Sebenarnya, tiada satu pun pakej pinjaman perumahan yang boleh memenuhi semua kehendak pelabur. Setiap pakej mempunyai keistimewaan dan kekurangan masing-masing (plus & minus point) bergantung kepada objektif bakal pelabur.

Eleman-eleman utama yang perlu diutamakan dalam memilih pakej pinjaman perumahan ialah :

Kadar Faedah..

Jika saudara adalah kakitangan kerajaan, adalah amat berbaloi menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan. Ini kerana faedah pinjaman berkadar tetap pada kadar 4% amatlah baik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan yang lain.

Pada masa yang sama kaedah pengiraan faedahnya pula berdasarkan ‘baki pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan’ dan ini amatlah menguntungkan kakitangan kerajaan yang menggunakan kemudahan ini. Sekiranya berpeluang menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan, dapatkannya kerana ianya amat berbaloi…

Jika ingin memilih pinjaman perumahan dari institusi kewangan, pastikan ianya menggunakan kadar harian atau ‘daily rest’ yang mana pengiraan faedahnya dikira ke atas ”reducing balance”. Biasanya kadar faedahnya dikira berdasarkan BR semasa yang pasti turun dan naik mengikut ekonomi semasa yang pastinya kadar faedahnya lebih tinggi berbanding pinjaman perumahan kerajaan yang dikenakan pada kadar tetap 4% sepanjang tempoh pinjaman.

Kadar BR untuk setiap bank patut disemak terlebih dahulu dan seterusnya menilai pakej pinjaman yang ditawarkan. Semakin rendah kadar faedah, maka jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman akan menjadi lebih sedikit.

Bagi pakej pinjaman Islamik, kadar faedah akan ditetapkan pada 10% maksimum walaupun BR bank terbabit meningkat sehingga 13%. Kebanyakan bank-bank utama seperti CIMB dan Public Bank menawarkan pakej Islamik seperti ini.

 

sumber:http://www.mohdelam.com

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  Mengubah imej Kuala Lumpur menjadi bandar hijau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *