PROSES BELI RUMAH: 8 PROSES ANDA MESTI TAHU

Proses Beli Rumah

Sebelum anda membeli atau memiliki rumah kediaman anda, seeloknya adalah penting untuk anda mengetahui proses beli rumah yang terlibat dalam pembelian rumah bagi mengelakan berlakunya penipuan. proses beli rumah yang terlibat adalah :

Proses Beli Rumah 1Membayar wang pendahuluan atau ‘booking’

  • Apabila anda bersetuju untuk membeli sebuah rumah, anda dikehendaki membayar duit pendahuluan sebanyak 10%. Wang pendahuluan ini dibahagikan kepada 2 iaitu 3% dan 7%.
  • Anda perlu membayar 3% duit ‘booking’ atas nama agensi ejen hartanah. Agensi ejen hartanah akan bertindak sebagai pemegang amanah sehingga Perjanjian Jual beli (SPA atau S&P) rumah anda ditandatangani oleh penjual dan pembeli.

Proses Beli Rumah 2. Tandatangani Surat Tawaran

  • Selepas membuat pembayaran wang pendahuluan, anda perlu menandatangani surat tawaran untuk membeli rumah atau dikenali sebagai ‘Letter Offer to Purchase (LOF) yang disediakan oleh ejen hartanah anda.
  • Kemudian ejen hartanah akan membawa surat tawaran ini kepada penjual untuk ditandatangani tanda persetujuan untuk urusan jual beli rumah.
  • Sebaiknya anda fahami dahulu terma dan syarat yang terkandung dalam surat tawaran sebelum anda menandatanganinya bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

Proses Beli Rumah 3. Sediakan Dokumen

  • Setelah menandatagani surat tersebut, anda dikehendaki menyediakan dokumen yang selengkapnya untuk dihantar kepada peguam dan pihak bank bagi urusan pinjaman dan surat perjanjian jual beli.

Proses Beli Rumah 4. Tandatangani Surat Perjanjian Jual Beli

  • Pembeli dan penjual akan menandatagani Surat Perjanjian Jual Beli dalam masa 14 hari. Pada masa ini anda akan membayar baki wang pendahuluan sebanyak 7% kepada penjual melalui pihak peguam. Anda akan menerima surat perjanjian tersebut selepas ianya dimatikan setem.

Proses Beli Rumah 5. Status Geran

  • Selepas surat perjanjian ditandatangani, proses seterusnya bergantung kepada status Geran anda. Pihak peguam akan menyelesaikan status-status yang berkenaan di dalam geran.

Proses Beli Rumah 6. Memohon Kebenaran  

  • Bagi geran Leasehold, peguam perlu mendapatkan kebenaran (consent) daripada exco kerajaan negeri. Selalunya mengambil masa antara 1 hingga ke 6 bulan.
  •  Jika geran anda tidak mempunyai apa-apa masalah, anda boleh pergi ke proses seterusnya

Proses Beli Rumah 7. Membayar baki harga rumah

  • Selepas isu geran tadi diselesaikan, anda atau pihak bank perlu menjelaskan baki 90% harga rumah kepada penjual dalam masa 90 hari. Semua urusan ini diuruskan oleh peguam.
  • Sekiranya pihak anda tidak dapat menyelesaikannya dalam tempoh 90 hari, maka anda akan diberi tambahan masa selama 30 hari, tetapi penalti sebanyak 8-10% setahun dikenakan ke atas anda.

Proses Beli Rumah 8. Serahan kunci rumah

  • Sebelum kunci diserahkan, pihak peguam akan memastikan yang semua baki pinjaman penjual telah dilunaskan dan semua bil-bil dan cukai-cukai yang dibawah tanggungan penjual dilunaskan terlebih dahulu. Kemudian baru kunci diserahkan secara rasmi.
BACA JUGA:  10 PANDUAN ASAS MEMILIH RUMAH SEBELUM BELI

 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *