PUNCA BANK TOLAK LOAN RUMAH ANDA!

Daripada 100 orang yang memohon pinjaman perumahan dari pihak bank, 51 orang pasti akan ditolak. Tahukah anda 50% permohonan bagi rumah subsidi seperti RUMAWIP dan PR1MA telah ditolak kerana pelbagai faktor?

Fokus kami ialah membantu anda untuk mengenal pasti punca bank tolak loan rumah anda agar anda tidak melakukan kesilapan sama seperti individu lain.

 

1. Memohon pada bank yang salah.

Bank mempunyai syarat kelayakan yang berlainan dan berkemungkinan diluluskan oleh bank A namun belum tentu untuk bank B.

Masalah bermula apabila anda tidak teliti apabila memohon pinjaman perumahan di beberapa buah bank yang berbeza dalam satu masa dan akibatnya memakan diri anda kelak.

Tahukah anda, Bank Negara Malaysia boleh menjejaki permohonan pinjaman dan status pinjaman perumahan anda?

Jika permohonan anda ditolak oleh bank A, rekod tersebut akan kekal dan menyulitkan anda memohon pinjaman yang sama kelak sungguhpun segala syarat telah anda patuhi dengan tepat.

Risiko setiap bank adalah berbeza-beza dan kebiasaannya permohonan anda boleh ditolak jika anda mempunyai banyak kad kredit dan juga kerana anda langsung tidak mempunyai kad kredit.

Kami ulangi, ianya sangat bergantung kepada syarat bank yang anda pohon untuk pinjaman perumahan.

 

2. Skor pemarkahan permohonan rendah.

Skor pemarkahan dalam konteks permohonan pinjaman perumahan bermaksud maklumat pemarkahan pemohon. Dewasa kini, industri perbankan semakin cekap dan kompleks.

Mereka melaksanakan skor pemarkahan permohonan dengan tujuan menganalisis profil pelanggan seperti umur, tempat tinggal, tahap pendidikan, status perkahwinan, pendapatan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, maklumat tersebut dikumpulkan dalam setiap pertanyaan berdasarkan maklumat yang anda berikan.

 

3. Bankrap.

Anda pernah diisytiharkan muflis secara rasmi? Maka anda secara langsung tidak mampu memohon atau memperoleh apa-apa pinjaman baru, membiayai semula mahupun kemudahan penambahan pajak gadai janji.

Hal ini kerana, status bankrup dipaparkan pada akhbar harian dan rekod anda dengan bank, individu atau pertubuhan tertentu akan disimpan sebagai rekod tetap di dalam CTOS sebagai rujukan.

 

4. Nisbah Hutang (DSR).

Nisbah hutang DSR bermaksud jumlah hutang bulanan anda yakni dipanggil hutang berulang. DSR juga dinisbahkan sebagai

“Komitmen yang meliputi jumlah pinjaman gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, bayaran bulanan kad kredit, pinjaman anda yang lain dan juga komitmen semasa selepas dibahagikan dengan pendapatan bersih selepas potongan cukai pendapatan/ KWSP/ Perkeso.”

Antara faktor utama punca bank tolak loan rumah anda ialah gara-gara nisbah DSR ditanggung pemohon pinjaman terlalu tinggi iaitu 60%, 70% dan ada sehingga 90%.

 

5. Memalsukan Dokumen.

Jangan tak tahu yang dokumen pendapatan merupakan elemen terpenting dalam membuat permohonan pinjaman perumahan dan elemen ini jugalah antara punca banyak permohonan ditolak.

BACA JUGA:  LANGKAH MENINGKATKAN POTENSI KELULUSAN LOAN RUMAH

Pemalsuan dokumen pendapatan adalah satu kesalahan yang berat kerana pendapatan anda turut direkodkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga KWSP.

Oleh yang demikian, memalsukan dokumen pendapatan anda adalah sangat tidak bijak dan tidak beretika dalam proses memohon pinjaman perumahan.

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai pendapatan bulanan yang berubah-ubah, adalah penting untuk anda untuk menunjukkan kestabilan pendapatan dan bank memerlukan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya 6 bulan.

 

6. Pekerjaan.

Untuk skop pekerjaan pula, pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan pengalaman bekerja yang sah dalam usaha anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan anda.

Hal ini kerana, pekerjaan yang menyediakan caruman KWSP walaupun pendapatan tidak tinggi adalah penting.

Sungguhpun sesetengah bank tidak menawarkan pinjaman perumahan jika gaji anda dibayar melalui deposit tunai, kesinambungan pekerjaan dan berapa lama anda bekerja dengan majikan adalah satu faktor penting dalam mendapatkan pinjaman yang diluluskan.

 

7. Harga Pasaran Tidak Sesuai.

Kes ini kerap terjadi apabila nilai hartanah tidak menepati harga pasaran semasa dan menyebabkan punca bank tolak loan rumah anda.

Penilai hartanah ataupun property valuer kadangkala tersilap dalam mengira nilai hartanah tersebut hingga menjadi terlalu mahal dan menyebabkan bank gagal meluluskan permohonan pinjaman.

Sebagai contoh, rumah teres di Wangsa Maju berharga RM140,000 pada tahun 2008 kini berharga RM340,000. Namun begitu, penilai hartanah telah meletakkan jumlah RM480,000 dimana tidak selari dengan harga pasaran semasa.

 

8. Bank Biaya Tanah Sahaja.

Isu ini seringkali terjadi pada rumah yang ingin dijual sekali dengan tanah dan berkaitan dengan status geran tanah tersebut.

Terdapat rakyat Malaysia yang diberi geran pemilikan tanah sahaja namun mereka telah membina rumah dan juga telah melakukan renovasi bagi meninggikan harga hartanah tersebut,

Namun, pihak bank hanya akan meluluskan permohonan pinjaman bagi tanah sahaja berdasarkan geran yang dikeluarkan pihak Majlis Perbandaran Tempatan.

 

9. Pemaju Rumah Bankrap.

Kes ini jarang-jarang berlaku namun secara realitinya wujud. Apabila anda ingin memohon pinjaman perumahan bagi projek dari pemaju yang telah diisytiharkan bankrap, bank tidak akan meluluskan permohonan anda.

Jadi, sila berhati-hati sebelum membeli rumah dengan membuat analisa penuh mengenai pemaju projek perumahan tersebut di forum-forum hartanah.

 

SUMBER: HARTABUMI

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *