5 SEBAB ORANG GAGAL BELI RUMAH SUBSALE MURAH

stress-8.jpg

Tiada seorang pun pelabur hartanah yang tak suka beli rumah pada harga yang murah.

Tapi, nak dapatkan peluang ini bukan mudah.

Selain kena buat kajian dan belajar banyak perkara, proses rundingan antara salah satu yang anda wajib buat betul-betul.

Penting untuk tahu apa yang anda tak patut buat sebelum mulakan proses rundingan dengan owner.

Anda perlu beli rumah pada harga murah (lagi bagus, dapat harga below market value), sediakan diri anda dengan hadamkan perkongsian Belinda Gadd ni.

1: Bagitahu “rahsia besar” anda kepada tuan rumah atau ejen

Ini kesilapan yang paling ramai pelabur buat. Bukan setakat yang newbie sahaja. Yang dah lama terlibat dalam pelaburan hartanah pun, ada buat jugak. Ada satu perkara yang anda kena selalu ingat. Tuan rumah (atau ejen hartanah) akan berusaha sedaya upaya menjual rumah pada harga yang tinggi. Kalau dedahkan harga last yang anda sanggup beli, mereka akan cuba jual rumah dekat dengan harga yang anda letak. Tak pasal-pasal anda kena beli dengan harga yang berkali-kali ganda lebih mahal berbanding market value. Kan dah rugi tu?

Macam mana nak selesaikan masalah ini?

“BIAR PECAH KAT PERUT. JANGAN PECAH KAT MULUT”

Kalau dipaksa tuan rumah (atau ejen) untuk dedahkan berapa bajet terakhir, bagitau mereka yang loan rumah anda confirm senang lulus (pastikan anda dah check kelayakan meminjam dengan bank), dan anda nak beli rumah pada nilai pasaran (market value). Nak lagi best? Buat kajian untuk dapatkan market value rumah kat lokasi yang berdekatan dengan rumah anda nak beli tu.

Lepas tu, tunjuk semua bukti ini kepada mereka untuk rendahkan harga jualan.

Nak lagi gila?

Letak harga yang lebih rendah berbanding apa yang anda mampu keluarkan untuk beli rumah. Katakan, bajet asal yang anda RM350,000. Cakap kat tuan rumah yang anda hanya mampu beli pada harga RM330,000. Letak harga yang lebih rendah untuk tarik minat owner supaya tak teragak-agak jual rumah tu kat anda.

2: Elakkan emosi anda jadi senjata si tuan rumah

Anda mungkin dah jatuh cinta gila-gila dengan satu hartanah ni. Apa-apa yang jadi pun, anda nak jugak beli rumah tu. Anda perlu kawal emosi sebaik mungkin. Jangan tunjuk senang-senang dekat owner dan juga ejen. Jika terlalu nampak anda terdesak sangat, memang anda ada harapan tinggi kena game dengan owner atau ejen. Bukan nak bersangka buruk. Tapi tindakan paling bahaya yang anda tak patut buat semasa proses rundingan adalah dedahkan kelemahan anda dari sudut emosi. Golongan ni boleh bau keadaan terdesak anda daripada jauh lagi, dan mereka takkan teragak-agak untuk gunakan peluang ni. Anda perlu bagi sepenuh perhatian dekat beberapa perkara bawah ini. Sebab ini yang selalu owner atau ejen akan cakap kepada bakal pembeli yang beremosi:

BACA JUGA:  BELI RUMAH UNTUK PELABURAN ANAK-ANAK

Rumah yang anda beminat tu, ramai yang berminat nak beli.
Kesuntukan masa – kena beli cepat sebelum orang lain beli dulu.
Ada orang sanggup bayar harga yang lebih tinggi.
Ada macam-macam lagi yang mereka akan cuba buat untuk jual rumah tu pada harga yang paling tinggi. Jadi, anda kena hati-hati.

Macam mana nak selesaikan masalah ini?

Cuba sedaya-upaya untuk sembunyikan emosi dan tumpukan perhatian kat perkara yang anda patut buat. Ini adalah senarai apa yang wajib dibuat untuk elak emosi daripada perangkap pemikiran logik anda.

Fokus kat perkara yang akan bagi impak secara langsung kepada nilai hartanah yang anda nak beli tu, seperti:

1.Segala kerja-kerja baik pulih atau ubah suai rumah yang masih belum selesai.
2.Sebarang kerosakan pada struktur rumah.
3.Sebarang perjanjian yang terlibat dengan rumah anda nak beli tu.

3: Tak ambil tau pasal harga rumah semasa

Kalau anda kaya-raya pun, adalah satu pembaziran peluang yang tak elok kalau beli rumah tanpa cuba dapatkan sebarang diskaun. Anda ambil tahu tentang pasaran semasa dan ambil tau harga transaksi terkini dekat kawasan rumah yang anda nak beli. Overvaluing (tawarkan harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran) dan juga undervaluing (tawarkan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran) akan buatkan anda nampak seperti tak serius untuk membeli.

Macam mana nak selesaikan masalah ini?

Luangkan masa dan buat kajian terperinci untuk dapatkan gambaran yang baik tentang pasaran hartanah dekat kawasan rumah yang anda nak beli, setiap kali sebelum buat sebarang tawaran.

4: Gagal yakinkan owner yang anda pembeli yang serius

Bila anda nak berunding dengan tuan rumah tentang harga, penting untuk anda sediakan apa yang patut. Anda boleh dapatkan pre-approved loan, sediakan deposit yang cukup (atau bank guarantee), dan juga segala persediaan berkaitan hal-hal guaman supaya owner senang hati jual rumah pada anda segera. Kalau anda tak sediakan perkara ni, anda akan bazirkan masa anda, owner rumah, dan juga ejen hartanah.

Macam mana nak selesaikan masalah ini?

Senang sahaja. Sediakan apa yang perlu untuk yakinkan owner atau ejen yang anda adalah pembeli yang serius.

Bila owner (atau ejen) tahu yang anda betul-betul serius nak beli, mereka senang bagi anda reserve hartanah tu dan elakkan orang lain beli dulu. Anda juga boleh gunakan benda ni sebagai advantage. Kalau anda betul-betul buktikan yang anda serius nak beli, owner tak kisah bagi pelepasan untuk bayar duit deposit atau down payment secara lump sum.

5: Bagi tawaran yang tak masuk akal

Kadang-kadang je tawaran yang tak masuk akal boleh bawa untung untuk anda. Tapi pada kebanyakan masa, ini akan rosakkan peluang membeli dan juga hubungan antara anda dan owner rumah (atau ejen).

BACA JUGA:  BELI ATAU SEWA LEBIH BAIK?

Contoh situasi.

Katakan, anda nak beli rumah dengan market value RM500,000. Tapi anda boleh pulak tawarkan harga RM370,000, 26% lebih rendah berbanding nilai pasaran.

Jangan anda ingat mereka (owner dan ejen) tak tahu. Mereka boleh periksa balik semua tu.

Antara soalan-soalan penting yang anda boleh tanya kat penjual seperti:

1.Berapa lama rumah tu dah berada dalam pasaran jualan?
2.Apa sebab owner rumah nak jual rumah tu? (tak kira sebab personal atau berkaitan masalah kewangan).
3.Berapa terdesak owner rumah nak jual rumah tu?
4.Dah tau semua ni, baru anda letakkan harga – YANG MUNASABAH.

Bermakna, kalau nak murah sikit pun, pastikan harga biar masuk akal. Jangan pulak anda nak makan lebih-lebih.

Macam mana nak selesaikan masalah ini?

Usaha untuk kenali owner sebaik mungkin. Ambil tau segala cerita mereka dan gunakan kelebihan ini untuk secure pembelian rumah.

Masalah seperti rumah akan dilelong, ada masalah dengan pekerjaan atau perniagaan, atau pernah gagal menjual rumah sebelum ini antara indikator yang owner sanggup jual rumah tu pada harga yang murah.

SUMBER : GILAHARTANAH

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *