RUMAWIP: RUMAH MAMPU MILIK YANG TAK RAMAI ORANG TAHU

1452190410 for sale sign outside house 700x424

Hidup di Kuala Lumpur memang mencabar.

Lagi-lagi, bila harga rumah dan kadar sewaan meningkat setiap tahun.

RUMAWIP ni projek perumahan yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ini antara soalan lazim yang orang selalu tanya berkaitan RUMAWIP:

Apakah ciri-ciri utama RUMAWIP?

RUMAWIP hanya untuk pemilikan rumah pertama sahaja dan mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Berapakah bilangan RUMAWIP yang akan dibina?
Dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang dijangka sebanyak lebih kurang 80,000 unit RUMAWIP dirancang untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan.

Apakah kategori rumah mampu milik yang ditawarkan di bawah RUMAWIP?
3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu studio atau 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik dan adalah dalam bentuk rumah berstrata.

Apakah itu pendapatan isi rumah?
Pendapatan isi rumah adalah pendapatan kasar (termasuk gaji dan elaun-elaun lain) untuk isi rumah (suami dan isteri sahaja).

Siapa yang boleh mendaftar untuk RUMAWIP?
Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 3 tahun.

Bagaimana dan bila pendaftaran boleh dibuat?
Pendaftaran boleh dibuat melalui sistem atas talian di laman web Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya pada bila-bila masa dan pemilihan projek perumahan boleh dibuat apabila tawaran untuk memohon beli rumah dibuka.

Sekiranya pemohon telah memiliki rumah di negeri lain, adalah pemohon masih layak untuk memiliki unit RUMAWIP?
Boleh selagi pemohon masih belum memiliki sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Adakah sebarang pembiayaan disediakan untuk pembelian unit RUMAWIP?
Pembiayaan adalah urusan pemohon masing-masing.

Adakah pesara layak memohon untuk membeli unit RUMAWIP?
Boleh. Tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Bolehkah unit RUMAWIP yang dibeli dan kemudiannya dijual?
RUMAWIP mensyaratkan sekatan penjualan dalam tempoh 10 tahun dan unit yang dibeli perlu didiami oleh pembeli dan tidak boleh disewakan.

Adakah unit RUMAWIP ini boleh ditawarkan dalam bentuk sewa beli?
Tidak. Unit RUMAWIP ini hanya untuk dijual sahaja.

Bolehkah pemilik unit RUMAWIP memohon untuk membeli unit yang lebih besar?
Boleh. Peningkatan pemilikan ke saiz rumah mampu milik yang lebih besar daripada yang dimiliki sekarang adalah dibenarkan dengan syarat unit lama dijual pada harga yang dipersetujui oleh agensi yang merancang dan mengawal selia RUMAWIP.

Apakah jenis dan harga rumah yang ditawarkan?

Rumah Harga Rendah

Harga Jualan:
RM63,000 (Kuala Lumpur dan Putrajaya)
RM52,000 (Labuan)

Saiz Minima:
700 kaki persegi (3 bilik tidur)
Rumah Harga Sederhana Rendah

BACA JUGA:  WASPADA KADAR TINGGI PENIPUAN JUAL BELI RUMAH

Harga Jualan:
RM63,001 – RM150,000

Saiz Minima:
800 kaki persegi (3 bilik tidur)
650 kaki persegi ( 2 bilik tidur dan kurang)
Rumah Harga Sederhana

Harga Jualan:
RM150,001 – RM300,000

Saiz Minima:
800 kaki persegi (3 bilik tidur)
650 kaki persegi ( 2 bilik tidur dan kurang)

Berapakah pendapatan isi rumah yang layak untuk memohon RUMAWIP?

Pendapatan isi rumah yang layak memohon RUMAWIP adalah RM10,000 sebulan dan ke bawah.

Sumber : gilahartanah

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *