Scientex sasar bina 50,000 unit rumah mampu milik menjelang 2028

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Scientex Bhd (Scientex) merancang untuk membina 50,000 unit rumah berkualiti pada harga berpatutan di seluruh negara menjelang 2028.

Pengarah Urusannya, Lim Peng Jin berkata sasaran itu sejajar dengan komitmen Scientex terhadap usaha pembangunan hartanah di Melaka, khususnya membabitkan rumah mampu milik.

“Matlamat Scientex adalah untuk terus memainkan peranan untuk menjadikan pemilikan rumah mampu milik itu sebagai realiti bagi semua individu dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Terdahulu, anak syarikat Scientex Heights Sdn Bhd iaitu Scientex Heights Sdn Bhd melancarkan 116 unit rumah teres dua tingkat di Durian Tunggal, Alor Gajah di bawah program Rumah Mampu Milik Melaka (RMM) yang bertujuan menangani permintaan ketara untuk rumah berkualiti tinggi pada harga berpatutan di negeri itu.

Lim berkata berdasarkan kadar pengambilan kukuh bagi pratempahan fasa 116 unit itu, Scientex kini merancang untuk melancarkan fasa seterusnya Scientex Durian Tunggal yang merangkumi 104 unit rumah dua tingkat.

Fasa ini akan dibuka untuk jualan sebaik mendapat kelulusan pihak berwajib, katanya.

Setakat ini, unit hartanah Scientex telah berjaya menyiapkan hampir 16,400 unit rumah mampu milik berharga kurang RM500,000 di serata negara yang mana kira-kira 70 peratus daripadanya berharga di bawah RM200,000 seunit.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  Sabah Govt plans to build new airport in KK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *