Sebab Kenapa Korang Kena Beli Hartanah

Cuba korang bayangkan senario ni: Korang ada kat event lelong rumah di mana terdapat 100 hartanah akan ditawarkan. Kakitangan event (jurulelong, peguam, dan pengurus bank) jugak tak duduk diam. Konfirm korang rasa ramai bakal pembeli berebut-rebut untuk membida hartanah idaman masing-masing, kan? Mana taknya, nak cari rumah mampu milik ni bukan kerja senang dan semua orang tau kot hartanah lelong ni harga dia jauh lagi murah dari harga asal kat pasaran sebab kena rampas dengan bank.

Kat sini korang silap. Selalunya, acara lelong hartanah kat Malaysia ni sendu, walaupun dianjurkan oleh bank yang besar. Purata bakal pembeli yang datang pun dalam lingkungan 5 hingga 7 orang je pun, menjadikan jumlah hartanah lelong lebih banyak dari permintaan yang ada. Jadinya, kalau korang tengah cari rumah, apa kata korang cuba pulak kat pasaran lelong.

Bukan tu je, banyak lagi kebaikan beli hartanah lelong ni sebenarnya, jom kita tengok sama-sama.

1. Dapat nikmati diskaun yang berganda

Korang pernah tak google senarai hartanah dan buat perbandingan bagi harga hartanah tersebut dengan harga transaksi bagi jenis hartanah yang sama kat brickz.my? (satu-satunya portal hartanah Malaysia yang ada sediakan info nilai jualan terkini bagi hartanah sub-sale) Kalau pernah, mesti korang perasan yang hartanah lelong ni dijual 20% lagi murah dari harga pasaran, kan? Itu perkara biasa bagi hartanah lelong. Bahkan, sekarang ni banyak hartanah lelong dipasarkan dengan diskaun sehingga 40%.

Sampai macam tu sekali diskaun? Well, perkara ni terjadi sebab pasaran hartanah yang semakin sendu. Hartanah lelong jadi semakin tak laku dan dah tak dapat dijual dalam lelongan pertama dan mungkin hanya dapat dijual dalam lelongan ketiga/keempat. Harga hartanah lelong jugak akan berkurang sebanyak 10% setiap kali di lelong.

2. Waktu paling sesuai untuk beli hartanah lelong

Sebabnya, sekarang rakyat Malaysia ada banyak sentimen negatif terhadap hartanah jenis ni yang menyebabkan berlakunya lambakan hartanah lelong. Tapi takpe, hartanah kan adalah produk berkos tinggi yang selalu dapat permintaan. Tambahan pulak, proses pembangunan hartanah bukannye sekejap.

Jadinya, hartanah lelong yang korang beli sekarang mungkin akan melambung nilai dia bila sentimen rakyat Malaysia dah berubah kepada positif. Bila perkara ni terjadi, tak kisah lah hartanah tu dari pasaran primer, sekunder ataupun lelong, semuanya akan naik harga. Bukan tu je, mungkin jugak satu hari nanti pasaran hartanah berubah dan bekalan hartanah sedia ada tu pulak tak mampu nak tampung permintaan pembeli.

3. Banyak bekalan hartanah lelong ‘baru’

Banyak pembeli hartanah kat Malaysia anggap hartanah lelong ni kurang nilai dari hartanah baru atau hartanah sekunder hanya sebab hartanah lelong dijual dengan harga lagi murah. Ada jugak yang anggap ada benda buruk terjadi kat hartanah lelong (macam kes pembunuhan kat Mont Kiara), tak pun rumah tersebut ada kerosakan struktur. Seriously, guys?

BACA JUGA:  7 kaedah wajib guna untuk beli rumah

Okay, betul lah ada beberapa hartanah lelong yang bermasalah, tapi janganlah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Kalau ikut AuctionGuru.com.mysebanyak 32,611 unit hartanah berjaya dilelong pada tahun 2018. Ha, takkan sampai lebih 30 ribu unit kot bermasalah?

Gary Chia, Pengarah Eksekutif AuctionGuru.com.my jugak siap cakap lagi bilangan hartanah baru siap yang dilelong meningkat tahun lepas. Peningkatan ni berlaku sebab ramai pembeli tak ukur baju kat badan sendiri, diorang tak mampu/gagal jelaskan ansuran bulanan lepas unit siap. Kat sini pun dah buktikan yang banyak lagi tawaran hartanah lelong yang kita masih tak tau.

4. Kalau tak pasti, korang ada masa nak belajar

Nak beli rumah ni bukan benda kecik, jadinya kalau korang masih ragu-ragu dengan hartanah lelong,  apa kata korang belajar dulu pasal hartanah ni?

Admin sarankan korang pergi je mana-mana event lelong hartanah dan observe proses penjualan. Kat situ korang boleh kaji contoh bidaan yang berjaya untuk hartanah yang padan dengan kawasan/bajet/spesifikasi target hartanah yang korang nak. Lepas tu, korang bandingkan lah pulak harga lelongan tadi dengan harga transaksi median kat brickz.my.

Rajin-rajin kan jugak untuk bertanya kat pembida yang berjaya dan ambik tips persiapan dari pembida tersebut. Kalau tak silap admin, antara tips yang selalu dikongsi macam buat pemeriksaan hartanah dan jugak pastikan korang takde bil tertunggak.

Korang jangan lah risau, ramai je jurulelong yang boleh bantu. Korang tanyalah sebanyak mungkin pasal pembida yang berjaya dan jugak yang gagal membeli hartanah lelong. Bukan apa, nanti bila pasaran hartanah dah pulih ataupun sentimen terhadap hartanah lelong dah berubah, berebut-rebut lah orang nak beli hartanah lelong. Waktu tu, kat pusingan pertama lelongan pun orang dah bersaing.

Sumber: loanstreet
Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *