Selesai Pinjaman Hartanah Lebih Cepat

11.jpg

 

 

 

 

 

 

Pembayaran ansuran gadai janji bagi pembelian hartanah boleh diselesaikan lebih cepat dari tempoh perjanjian pinjaman sekiranya pembeli membuat bayaran melebihi jumlah sepatutnya setiap bulan.

Usahawan, pembimbing kewangan dan penulis terkemuka, Azizi Ali, berkata menerusi kaedah itu ia dapat mengurangkan jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pembiayaan.

Bagaimanapun, katanya pembeli perlu meneliti perjanjian awal yang dipersetujui bersama pihak institusi kewangan untuk mengelakkan sebarang tindakan penalti bagi pembayaran lebih dari yang ditetapkan.

“Ramai yang runsing apabila terpaksa menanggung beban untuk menyelesaikan pembayaran ansuran gadai janji sehingga 20 ke 30 tahun lamanya, maka inisiatif bayar awal dan bayar pada kadar lebih tinggi pada setiap bulan dapat mengurangkan beban ini,” katanya selepas sesi ceramah bertajuk ‘Bagaimana Selesaikan Hutang Rumah’ sempena pameran hartanah MyRumah anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.

‎Azizi berkata, bagi mereka yang memiliki simpanan yang besar dan mencukupi turut dinasihatkan untuk segera melangsaikan beban hutang yang ditanggung.

“Pastikan hutang rumah diselesaikan dalam masa yang singkat supaya ia akan memberikan lebih keselesaan dan kesenangan kepada pemiliknya tanpa perlu memikirkan bagaimana untuk selesaikannya pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, pembeli rumah juga mempunyai pilihan untuk melakukan pinjaman semula (refinancing) bagi menstrukturkan kembali jadual pembayaran bulanan yang lebih baik.

“Mereka yang mahu mengetahui rahsia menjadi pemilik kediaman perlu menimba ilmu daripada golongan yang berpengalaman bagi mengelak timbulnya isu yang tidak berkaitan,” katanya.

 

Sumber : BH Online

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *