SIAPA YANG LAYAK BELI RUMAH KOS RENDAH?

Utusan-6.2.17-640x437.jpg

Semua orang dah sedia maklum yang harga rumah susah nak turun.

Yang ada, hanya nilai rumah yang semakin meningkat.

Bagi yang baru pertama kali nak beli rumah, rumah kos rendah adalah antara pilihan yang terbaik selain rumah second hand atau under construction.

Tapi, nak beli rumah ni ada syarat-syarat yang anda perlu lepas dahulu. Dan syarat ni berbeza dekat setiap negeri.

Bagi yang tengah mencari rumah anda perlu untuk hadamkan perkongsian ilmu dekat blog Duit Kertas ni. Mampat dengan semua perkara yang patut anda tahu.

1: Beli rumah di Selangor?

Warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun ke atas.
Bermastautin di Negeri Selangor.
Satu keluarga boleh memohon 1 rumah sahaja.
Permohonan atau suami / isteri pemohon belum beli rumah, tak kira projek kerajaan atau swasta.
Pendapatan seisi rumah tak lebih RM2,500 sebulan.
Klik sini untuk baca sumber asal.

2: Beli rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Suami dan isteri adalah warganegara Malaysia.
Dah berkahwin.
Had pendapatan terkumpul suami isteri:
Tak lebih RM2,500.00 untuk kos rendah,
Tak lebih RM3,500 untuk kos sederhana.
Korang kena menetap atau bekerja dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35KM dari pusat bandar.
Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti.
Klik sini untuk baca sumber asal.

3: Beli rumah dekat Johor?

Warganegara Malaysia yang menetap di Johor selama 5 tahun.
Berumur 18 tahun ke atas.
Hanya satu (1) permohonan bagi pasangan suami dan isteri.
Had kelayakan gaji:
Harga rumah RM42,000, had maksimum pendapatan adalah RM3,001.00.
Harga rumah RM80,000 had maksimum pendapatan adalah RM5,001.00.
Klik sini untuk baca sumber asal.

4: Beli rumah dekat Melaka?

Warganegara Malaysia.
Pendapatan seisi rumah tak lebih RM6,000 sebulan.
Berkahwin (kalau pemohon masih bujang, kena berumur 20 tahun ke atas).
Klik sini untuk baca sumber asal.

5: Beli rumah dekat Kedah?

Warganegara Malaysia.
Pemohon yang belum beli rumah kos rendah.
Pendapatan isi rumah tak lebih RM2,500.
Klik sini untuk baca sumber asal.

6: Beli rumah dekat Pahang?

Warganegara Malaysia dan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Jumlah pendapatan seisi rumah tak lebih RM3,000 sebulan:
Perumahan kos rendah (Kerajaan):
Dah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas,
Bujang tapi berumur lebih 35 tahun.
Perumahan kos rendah / kos sederhana rendah:
Berumur 18 tahun ke atas.
Tak mempunyai tanah (syarat tanah: bangunan) atau rumah. atau kedua-duanya sekali yang didaftar atas nama pemohon atau suami / isteri pemohon.
Tak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (kerajaan atau swasta) atau kos sederhana rendah.
Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Hartanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan kerajaan.
Dah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus-menerus selama tak kurang 5 tahun.
Pemohon atau suami / isteri pemohon tak pernah ditangkap sebab beri keterangan palsu sebelum ini.
Klik sini untuk baca sumber asal.

BACA JUGA:  Dana Rumah Mampu Milik Untuk Anda!

7: Beli rumah dekat Terengganu pula?

Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Terengganu).
21 tahun hingga 50 sahaja yang layak memohon.
Berkahwin (10% rumah untuk yang masih bujang).
Pemohon dan pasangan belum pernah beli rumah.
Pemohon dan pasangan tak pernah terima anugerah / bantuan tanah kediaman daripada pihak kerajaan.
Pendapatan isi rumah (pemohon dan pasangan) tak lebih RM3,500 sebulan.
Bagi pemohon dan pasangan yang kerja dalam sektor awam, hanya gred 1 hingga 22 sahaja yang layak memohon.
Anggota beruniform bertugas di luar Terengganu layak dipertimbangkan.
Isteri ke-2 dan seterusnya layak dipertimbangkan kalau ada sumber pendapatan sendiri.
Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan. Dengan syarat, ada jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat.
Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana alam, kebakaran, atau pengambilan balik tanah oleh kerajaan.

 

SUMBER : GILA HARTANAH

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *