Skim pulangan kos pelaburan beri manfaat tambahan kepada pembeli rumah

Skim pulangan semula kos pelaburan hartanah, iaitu yang pertama diperkenalkan di Malaysia.  Dijangka akan memberi manfaat dan faedah tambahan kepada pembeli hartanah perumahan.

Penasihat Super Green Technology Sdn Bhd, yang juga Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah berkata. Skim itu adalah bagi projek perumahan berbentuk pembangunan bercampur di Bukit Beruang, Melaka.  Sebanyak 710 unit dengan nilai pembangunan kasar RM237 juta.

“Skim untuk pembelian rumah ini bakal memberi pulangan semula kepada pembeli. Sebagai contoh untuk rumah berharga RM350,000, mereka bayar tunai ikut harga tersebut. Dan dalam tempoh lima tahun mereka akan dikembalikan bayaran yang telah dibuat sebanyak 100 peratus.

“Saya harap usaha ini bukan sahaja dilaksanakan di Melaka tetapi dapat diperluaskan ke Negeri Sembilan. Sekali gus membantu rakyat Malaysia dalam memiliki hartanah sendiri,” katanya.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  3 Perkara Asas Bank Periksa Sebelum Luluskan Permohonan Pinjaman Rumah Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *