TEKNIK SELESAIKAN HUTANG RUMAH DENGAN REFINANCE

Pembiayaan hartanah

Berjaya memiliki sebuah rumah adalah impian setiap insan selepas berhempas pulas menjaga profil kewangan dan melalui prosedur dokumentasi dan tempoh menunggu yang kadangkala menguji kesabaran dan keimanan.

Namun begitu, masalah itu seakan tidak berhenti di situ kerana anda masih perlu membayar komitmen bank atas pinjaman rumah yang anda beli dari pihak bank!

Dewasa kini, duit adalah isu utama dan jika anda sedang mencari jalan keluar untuk menyelesaikan hutang rumah anda dengan segera, anda mungkin boleh mencuba teknik refinance.

Teknik refinance ini adalah teknik paling popular yang diguna pakai oleh ramai orang untuk segera menyelesaikan hutang rumah mereka dengan pihak bank.

“Refinance adalah pembiayaan semula pinjaman rumah pertama oleh peminjam untuk mendapat kadar faedah yang lebih baik dan juga digunakan oleh peminjam untuk mendapatkan tunai.”

Kelebihan dan Kekurangan Refinance.
Buat pengetahuan anda, konsep refinance itu sendiri mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Jadi, sebelum anda membuat sebarang tindakan untuk memohon dan melanjutkan pinjaman anda, ada baiknya anda fahami dahulu pros dan cons tentang refinance ini menerusi infografik di bawah.

Teknik Selesaikan Hutang Rumah Dengan Refinance
1. Hartanah Anda.

Anda perlu mempunyai unit rumah untuk melakukan memohon refinance dari pihak bank. Apa yang penting ialah rumah tersebut tertakluk kepada nama anda atau bersama pasangan jika joint loan. Tanpa unit rumah atau hartanah, adalah mustahil untuk anda melakukan refinancing.

2. Kaji Harga Pasaran.

Proses kedua ialah dengan melakukan kajian secara menyeluruh melalui portal online mengenai harga pasaran rumah anda seperti Brickz mahupun portal carian rumah seperti PropertyGuru dan iProperty.

Tujuan utama untuk anda kaji harga rumah anda adalah untuk melihat jumlah pinjaman yang anda boleh mohon untuk proses refinance.

Sekiranya harga rumah anda di pasaran adalah lebih tinggi berbanding jumlah hutang bank, anda tiada masalah untuk meneruskan proses refinancing.

3. Semak Kelayakan Anda.

Untuk memohon refinancing juga anda wajib menyediakan dokumen dan surat sokongan bagi permohonan anda. Sama seperti cara anda memohon pinjaman rumah pertama anda.

Antara dokumen yang anda perlukan ialah slip gaji, penyata KWSP, laporan CCRIS.

4. Lakukan Permohonan.

Untuk memohon refinance, terdapat dua cara yang anda boleh gunakan untuk memastikan permohonan anda diluluskan tanpa sebarang isu.

Yang pertamanya ialah dengan berjumpa dengan pegawai bank dari panel bank yang anda suka ataupun menggunakan ‘loan broker’.

Namun begitu, anda dinasihatkan untuk menyatakan dengan jelas kepada loan broker tersebut situasi anda samada anda telah mempunyai peguam atau mempunyai pilihan insurans rumah sendiri.

Hal ini penting untuk mengelakkan konflik dan salah faham di masa hadapan.

5. Jenis Pinjaman Yang Anda Ambil.

BACA JUGA:  BANK TIDAK MAHU MEMBIAYAI PEMBELIAN RUMAH ANDA? MUNGKIN SIMPANAN DALAM KWSP ADALAH PENYELESAIANNYA.

Pastikan anda tahu dengan baik jenis pinjaman yang anda ambil samada ianya adalah jenis flexi, semi flexi dan juga basic term loan.

Setiap jenis pinjaman mempunyai kelebihan dan kekurangan mengikut keperluan anda dan anda wajib membaca syarat dan terma perjanjian dengan teliti sebelum menandatangani apa-apa dokumen dari bank.

6. Tempoh Masa Terkunci (Lock-In Period).

Bagi setiap jenis pinjaman perumahan, pada kebiasaannya terdapat lock-in period di mana anda perlu membayar caj penalti pada kadar 2% sehingga 3% daripada jumlah pinjaman asal jika anda berjaya melangsaikan keseluruhan baki pinjaman nada seawal tahun kedua dan ketiga.

Oleh yang demikian, anda akan menanggung kerugian sekitar RM6,000 sehingga RM9,000 untuk rumah berharga RM300,000 jika anda membayar hutang rumah dalam masa dua dan tiga tahun.

“Lock-in period hanya menjadikan anda rugi jika anda berniat untuk menjual rumah atau refinance seawal dua dan tahun dari pinjaman adalah tidak sesuai.”

7. Insurans Rumah.

Pilihan anda ialah samada MRTA dan MLTA atau MRTT dan MLTT. Untuk insurans rumah, berdasarkan statistik ramai pemohon mengambil insurans rumah kerana kadar faedah akan menjadi lebih rendah.

Dan sekiranya anda inginkan bayaran bulanan anda menjadi lebih murah, anda boleh meohon insurans rumah sekali dengan permohonan refinancing anda.

Namun begitu, apa yang anda perlu tahu ialah insurans rumah ini tidak wajib tetapi ada sesetengah bank yang mewajibkan anda untuk mengambil insurans rumah.

Buat pengetahuan anda, insurans rumah ini adalah perlindungan untuk anda sekiranya berlaku perkara – perkara yang tidak diingini kelak dan bukanlah perlindungan untuk rumah tersebut.

Selepas selesai segala proses di atas dan membaca polisi dan terma tawaran pinjaman tersebut, anda boleh tandatangan permohonan dan tawaran pinjaman untuk refinancing dari pihak bank dengan senang hati.

Apa yang penting ialah anda perlu gunakan wang tersebut untuk perkara yang betul dan tidak membelanjakannya kearah perkara yang sia – sia. Ingat tujuan asal anda ialah untuk menyelesaikan hutang rumah bukan Samsung S10!

SUMBER: RUMAHIBS.COM

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *