TIPS BAGI PENYEWA

event

Beberapa tips bagi anda yang ingin menyewa:

1. Survey & Buat Alternatif
Sebelum menyewa rumah atau pangsapuri, ada baiknya anda melakukan survey terlebih dahulu. Sempatkan waktu mencari maklumat tentang rumah atau apartmen yang anda target dari orang-orang yang tinggal di lingkungan sekitar. Pastikan pula, anda tidak hanya melihat pada satu rumah atau pangsapuri. Sediakan beberapa alternatif dan pemilihan mana yang paling baik untuk didiami dan sesuai dengan budget.

2. Catat!
Ketika mengunjungi rumah atau pangsapuri yang ingin anda sewa, pastikan untuk memerhatikan detail rumah. Catat hal-hal terperinci tersebut mulai dari luas bangunan, harga, lokasi sampai kekurangan dan kelebihan harta yang akan anda sewa. Catatan ini membantu anda membandingkan yang mana terbaik untuk disewa dari beberapa harta yang ada.

3. Perjanjian
Buat perjanjian dengan pemilik hartanah sebelum anda menyewa rumah atau pangsapuri. Perjanjian yang dibuat boleh tentang peraturan siapa yang harus membayar perbelanjaan seperti elektrik atau air, bolehkah membawa haiwan peliharaan, sehingga kemudahan apa yang boleh didapati dari si pemilik harta. Jangan ragu untuk mengajukan pelbagai soalan tentang rumah atau pangsapuri yang akan anda sewa.

4. Periksa Tahap Kewangan
Pilih rumah sewa yang berpadanan dengan gaji. Jangan memilih rumah sewa yang mahal dan kesudahannya tidak mampu untuk membayar sewa setiap bulan. Seeloknya kadar sewa rumah tidak melebihi 30% daripada pendapatan yang diperolehi. Sewalah rumah mengikut kemampuan.

5. Periksa Keadaan Rumah
Periksa sendiri keadaan persekitaran luar dan dalam rumah yang ingin disewakan itu. Tetapkan satu tarikh dan masa untuk anda berjumpa dengan tuan rumah dan sekaligus melihat rumah yang bakal disewa. Periksa juga keadaan bilik air, ruang tamu dan juga dapur berada dalam keadaan baik. Tiada sebarang kebocoran. Jika ada, laporkan segera pada tuan rumah.

6. Keselamatan
Pastikan ada ciri-ciri keselamatan terhadap kawasan perumahan dan juga kawasan lot-lot “parking” yang disediakan juga selamat.

7. Kemudahan
Cari tempat yang berdekatan dengan kemudahan asas, kedai serta kemudahan awam.

8. Rundingan bersama tuan rumah
Setelah berpuas hati dengan keadaan rumah, jangan lupa untuk bincang dan runding dengan tuan rumah. Siapa tahu mungkin anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan perbelanjaan. Bincang mengenai beberapa perkara iaitu;
• Berapa bayaran sewa dan deposit rumah?
• Bagaimana pembayaran deposit dan juga bulanan?
• Bagaimana jika berlaku kerosakan?
• Bolehkah jika ingin melakukan pengubahsuaian?

SUMBER: GILAHARTANAH

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  CARA SEWA RUMAH YANG MENGUNTUNGKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *