TIPS BELI RUMAH IDAMAN BUAT ORANG BUJANG

Breaking News:
Vaccination important in restoring country’s economy — MOSTI
Covid-19: Malaysia reports 3,631 new cases and highest number of daily deaths at 18
Iskandar Malaysia outlines high-impact initiatives to spur economic recovery, says PM
Penang South Reclamation project will benefit the people — Zakiyuddin
EMCO at detention block, quarters of Pekan Nenas Immigration Depot tomorrow
TIPS BELI RUMAH IDAMAN BUAT ORANG BUJANG.
(YANG BERLAGAK BUJANG JANGAN BACA!!)
1. Ramai anak-anak muda yang masih takut untuk beli rumah. Alasannya, takut tak boleh bayar memandangkan rumah baru semuanya mahal-mahal belaka <– Aku tak nafikan.
2. Opsyen yang ada, apartmen lama dan buruk boleh dijadikan pilihan. Aku baru sahaja search di MudahDotMy dan masih banyak lagi apartmen dan shop-apartment yang harganya di bawah RM200K dijual di sekitar Pandan, Cheras dan Lembah Kelang.
3. Biarkan bangunannya kusam. Biar kaki limanya berdaki. Yang penting anda cantikkan ruang dalam unit anda. Penuhkannya dengan perkakasan rumah dan peralatan elektrik anda.
4. Anda huni bilik yang paling kecil manakala baki biliknya anda sewakan. Sekurang-kurangnya sebahagian instalmen telah ditampung oleh rakan unit anda. Apabila ini berlaku, anda masih mampu menyimpan lebihan yang sepatutnya digunakan untuk melunasi instalmen tadi. Oh ya, pada masa yang sama, anda dapat pantau kebersihan dan kekemasan unit anda.
5. Bila jodoh datang bertandang. Jual atau biayai semula (refinance) unit ini. Jadikan tunai yang diperolehi untuk membeli rumah yang menjadi idaman si suri hati. Jika tidak mencukupi, pujuk si isteri dan anda sendiri untuk keluarkan amaun EPF yang dimiliki.
6. Nah!! Rumah impian akhirnya dimiliki. Walaupun mahal tetapi masih mampu dibeli. Semuanya terhasil dari:
a) Simpanan dari lebihan men’sublet’kan bilik sebelum ini.
b) Amaun setelah dijual atau dibiayai anda perolehi.
c) Juga pengeluaran perkongsian amaun EPF suami dan isteri.
7. Perkongsian di atas adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.