TIPS MELANTIK EJEN HARTANAH

Ejen Hartanah vs Broker?

Pengurusan asas dalam pelaburan hartanah adalah seperti proses membeli, menjual dan menyewakan atau memajakkan hartanah tersebut. Memang terdapat banyak urusan dalam tiga proses asas pengurusan hartanah ini.

# BAGAIMANA PELANTIKAN EJEN HARTANAH BERDAFTAR MENGURUSKAN HARTANAH ANDA DAPAT MEMAKSIMUMKAN NILAI PELABURAN?

(1) Rakan perunding hartanah atau rakan pasukan hartanah anda.

Sebagai pemilik/pelabur hartanah sangat perlu mempelajari ilmu pengurusan asas hartanah, mempratik dan mengulangi proses ini supaya lebih memahami dan akhirnya mendapat keputusan yang baik dalam pelaburan hartanahnya.

Walaupun anda seorang yang pakar dalam pelaburan hartanah atau hartanah-hartanah anda namun sekiranya anda bukanlah pengurus sepenuh masa hartanah atau hartanah-hartanah anda sebenarnya anda memerlukan pengurus yang profesional untuk menguruskan hartanah atau hartanah-hartanah anda dimana anda tidak perlu membayar gajinya secara bulanan jika ianya rakan dalam pasukan anda.

Anda hanya perlu membayarnya yurannya profesionalnya apabila anda mengarahkanya melaksankan urusan khusus seperti menjual, membeli dan menyewakan hartanah anda. Anda bolah mendapat perkhidmatan percuma untuk perkhidmatan yang tidak khusus seperti khidmat nasihat,menyemak senarai hartanah dalam pasaran dan apa-apa saja yang berkaitan dengan hartanah.

(2) Ejen hartanah berdaftar (Registered Estate Agent) dan perunding hartanah (Real Estate Negotiator – REN)

Orang awam memanggil ‘ejen hartanah’ atau dalam Bahasa Inggeris ‘real estate agent’ merujuk kepada orang tengah dalam urusan jual beli dan penyewaan hartanah. Disini saya maksudkan ‘ejen hartanah’ kepada ejen profesional yang dilantik dan mempunyai lesen untuk menjalankan urusan jual beli atau penyewaan hartanah. Mereka dikawal selia oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH). Setiap ejen hartanah mempunyai lesen mereka sendiri dengan nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf E.

Manakala perunding hartanah (Real Estate Negotiator – REN) atau Probitionary Estate Agent (PEA) merupakan wakil yang dilantik oleh ejen hartanah berdaftar untuk melaksankan tugasan sebagai ejen hartanah di dalam ejensi hartanahnya.

Ejen dan Perunding Hartanah Berdaftar ini merupakan mereka yang profesional dalam profesyen mereka seperti Jurutera atau Arkitek, oleh yang demikian dengan mereka sebagai Perunding Hartanah anda adalah suatu tindakan yang betul dan tepat.

(3) Ejen dan perunding hartanah merupakan individu yang paling dekat dengan hartanah yang ada di pasaran.

Sebagai individu yang sentiasa berurusan dengan hartanah setiap hari akan mendedahkan mereka kepada pelbagai prospek hartanah. Sebagai contoh apabila ada prospek pemilik ingin menjual hartanah mereka akan merujuk kepada Perunding Hartanah keinginan mereka dan sehingga ada yang menceritakan tujuan penjualan seperti mereka dalam keadaan terdesak dan perlu menjual segera hartanah mereka. Situasi seperti ini kadangkala menjadi sebab boleh berlaku penjualan hartanah di bawah harga pasaran manakala Perunding Hartanah terlebih dahulu menemui hartanah yang seperti ini.

BACA JUGA:  Pelaburan Harta Tanah atau Kondominium?

(4) Ejen dan perunding hartanah mempunyai rangkaian pasukan profesional yang efisien

Perunding Hartanah Berdaftar profesional perlu membina rangkaian profesional yang efisien daripada aspek pemasaran, perbankan, perundangan dan lain-lain profesional yang berkaitan. Ini bermaksud Perunding Hartanah mesti mempunyai sistem pemasaran yang cekap samada secara offline dan online. Perunding Hartanah mesti mempunyai pasukan pegawai bank yang cekap, pasukan peguam dan lain-lain seperti rangkaian dengan ejensi kerajaan yang berkaitan untuk memastikan sesuatu urusan jual beli pelanggan berjalan lancar.

(5) Sistem Ejensi Hartanah yang telus dan mudah

Perunding Hartanah Berdaftar yang sangat profesional akan sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan mengatasi kepentingan dirinya. Ini bermaksud seseorang Perunding Hartanah sedia untuk berkolaborasi sesama Perunding Hartanah dalam sebuah ejensi ataupun dengan ejensi-ejensi hartanah diluar untuk memastikan hartanah pelanggan dapat dijual/dibeli/disewa dalam jangkamasa yang ditetapkan dengan dengan harga yang terbaik walaupun tindakan tersebut menyebabkan komisennya bakal berkurangan. Kebiasaannya mereka akan berkolaborasi dengan ejensi hartanah yang berdaftar juga untuk memastikan urusan berjalan lancar dan selamat.

(6) Ejen hartanah profesional yang terlatih

a) Terlatih untuk menguruskan pelanggan

Perunding Hartanah profesional telah dilatih bagaimana cara yang betul bila berdepan dengan prospek penjual dan pembeli mendapat maklumbalas, menilai keperluan, mengemukakan cadangan dan akhirnya melaksanakan tindakan yang bersesuaian dengan keperluan prospek penjual dan pembelinya.

Sebagai contoh jika seorang prospek penjual yang ingin menjual hartanahnya yang baru dibeli dalam tempoh 2 tahun dan mempunyai pembiayaan bank. Perunding Hartanah tersebut mampu menerangkan apakah kos-kos yang bakal prospek penjual tersebut perlu tanggung seperti Cukai Keuntungan Harta Tanah dan penalti bank dan dengan itu prospek penjual tersebut akan memahami apa yang bakal yang diperolehi daripada penjualan hartanahnya.

b) Terlatih untuk menguruskan urusan asas pelaburan hartanah

Terdapat 3 urusan asas pelaburan hartanah iaitu Menjual, Membeli dan Menyewa/Memajak hartanah. Perunding Hartanah berdaftar profesional akan melaksanakan urusan-urusan ini mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).

Sebagai contoh dalam urusan menjual hartanah pelanggannya Perunding Hartanah Berdaftar hanya mengenakan kadar upah atau komisen maksimum 3% daripada harga jualan tidak seperti broker haram yang mengambil komisen atau keuntungan yang tiada had maksimum.

Perunding Hartanah Berdaftar profesional tidak boleh mengambil komisen daripada kedua-dua pihak penjual dan pembeli dalam dalam satu urusan jual belinya. Sebagai contoh apabila perunding tersebut dilantik untuk menjual sesuatu hartanah dan berjaya menjualnya kepada seorang pembeli, beliau tidak boleh meminta komisen pula daripadanya.

Manakala dalam urusan Menyewa/Memajak Perunding Hartanah Berdaftar profesional hanya mengenakan komisen 1 bulan sewa dan maksimum 1.25 bulan sewaan sahaja. Keadaan ini berbeza dengan broker haram yang mengenakan dengan berbagai cara untuk mengambil komisennya seperti mengenakan komisen lebih tinggi daripada yang dikenakan oleh perunding hartanah berdaftar atau mengambil peratusan tertentu daripada kadar sewaan setiap bulan dengan tiada had tempoh masa.

BACA JUGA:  MACAM MANA NAK BUAT DUIT KAW'KAW DENGAN HARTANAH?

c) Terlatih menyelesaikan masalah dari urusan asas pelaburan hartanah.

Dalam urusan asas dalam pelaburan hartanah seperti jual beli kadangkala berlaku juga masalah yang tidak dijangka seperti pembatalan jual beli hartanah selepas pembayaran deposit tanda jadi “Earnest Deposit” samada sebelum atau selepas perjanjian jualbeli ditandatangani. Perunding Hartanah perlu memahami kaedah yang betul berdasarkan kes supaya penyelesaiannya dapat dibuat secara lancar dan sempurna.

(7) Amalan profesional diselia oleh ejensi hartanah dan Lembaga Penilai, Pentasir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH)

Ejen dan Perunding Hartanah Berdaftar profesional semestinya mempunyai ciri-ciri seperti yang disenaraikan dibawah untuk menjadikanya satu sistem ejensi hartanah profesional yang sangat telus dan selamat untuk para prospek Penjual, Pembeli dan Penyewa menyerahkan urusan mereka kepada mereka yang benar-benar layak untuk menguruskan pelaburan anda :

> Pendaftaran Perunding Hartanah dalam senarai LPPEH.

> Peraturan Yuran ejensi oleh LPPEH.

> Client akaun/ akaun pelanggan.

> Pejabat ejensi hartanah yang berdaftar

SUMBER: AZMAN MAT YASIN

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *