TIPS MEMBELI RUMAH MASA GAWAT

Tahun ini dijangka tahun gawat pada kita semua. Walaupun begitu, keinginan memilik ruamh itu ada. Sebenarnya, semasa waktu ini lah offer hartanah tersangat lah banyak dan tersangat lah awesome. Ada hartanah 2nd hand yang dijual hingga 10-20% di bawah market value. Banyak tu!!!

Berikut adalah beberapa tips untuk membeli rumah masa gawat :

1. Beli rumah subsale, yakni rumah “2nd hand ” dan bukan rumah under construction. Lepas selesai urusan jual-beli boleh terus tinggal.

2. Beli di bawah market value. Sekarang banyak pemilik rumah yg nak jual rumah di bawah harga market rentetan kegawatan ekonomi. Masa beli sudah untung, dpt harga diskaun.

3. Rumah di dalam pembinaan? Lebih baik jangan. Dibimbangi ia terbengkalai.

4. Maksimakan pembiayaan bank dan tempoh pembiayaan, supaya dpt minimakan pembayaran bulanan. Cashflow bulanan stabil.

5. Pilih bank yg berikan harga yg tinggi supaya dpt maksimakan pembiayaan sekaligus dpt minimakan wang keluar. Apabila beli rumah yg di bawah market value, byk kos dpt dikurangkan.

6. Beli rumah yg installment lebih kurang sewa bulanan. Kalau installment lebih tinggi daripada sewa, lebih baik sewa.

7. Menyewa atau membeli rumah yg mahal sedikit tapi dekat dengan tempat kerja atau pengangkutan awam, MUNGKIN lebih baik daripada membeli rumah yg murah tapi jauh dari tempat kerja kerana kos ulang-alik dari rumah ke tempat kerja mungkin boleh menampung kos menyewa atau membeli rumah yg dekat dengan tempat kerja. Kos termasuk masa, selain kos petrol, tol, maintenance dsb.

Tambahan dari saya :

1. Jangan takut untuk mula membeli.Try shop around.

2.Cuba lihat pasaran lelong.But proceed with care

3.Untuk pasaran subsale (2nd hand) try to shop around. Jika harga ok dan berkenan di hati, ambil saja.Cuba untuk negotiate harga terbaik.Sekarang adalah buyers market.Untung untung boleh dapat harga dan keadaan lebih baik dari rumah lelong.

4.Elakkan rumah underconstruction. Jika mahu juga, lihat bukan hanya pada tawaran tetapi pada kreadibiliti syarikat pemaju tersebut.

SUMBER: KAKI PROPERTY

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *