Tips Memilih Bank Untuk Memohon Pinjaman Perumahan

  • Jika kewangan pembeli kukuh dan komitmen rendah, mungkin Maybank dan CIMB sesuai. Dua bank ini memang pantas. Kelulusan pinjaman boleh tahu dalam 5 hari sahaja jika dokumen lengkap.
  • RHB sesuai jika anda perlukan bank yang mempunyai Debt Service Ratio yang sedikit tinggi. Kelulusan juga agak pantas.
  • Untuk belian pangsapuri berumur lebih 10 tahun tapi masih tiada geran strata, sesuai dekat BSN dan Ambank. Bank lain majoriti tak terima.
  • Untuk pinjaman 100% melalui Skim Rumah Pertamaku, kebanyakan bank boleh buat. Tapi ambe suka guna Bank Islam. Untuk Skim Perumahan Belia pula, sudah pasti BSN.
  • Hantar permohonan sebolehnya ke 2 bank.

Kelulusan pinjaman anda boleh tahu sekitar 2 minggu secara kasar. Setelah loan lulus, beritahu peguam untuk buat draf perjanjian jual beli. Tuan puan perlu tandatangan letter of offer daripada bank.

Pada masa ni, adalah teramat penting tuan puan faham butiran pinjaman yang diluluskan terutamanya amaun pinjaman sebelum tandatangan.

Jangan pula sampai amaun yang dipohon ialah RM300,000 tapi bank beri kelulusan RM270,000 sahaja. RM30,000 tu tuan puan kena bayar tunai nanti.

Begitu juga dengan kos guaman pinjaman, penilaian dan duti setem. Pastikan amaun tersebut disertakan dalam pinjaman jika itu yang tuan puan pohon.

Ambe pernah terkena klien ambe yang terus tandatangan tanpa semak butiran. Setelah perjanjian jual beli ditandatangani barulah dia sedar yang amaun yang diluluskan adalah rendah. Adus.

Tips Memilih Peguam

  • Pilih peguam yang berpengalaman dalam urusan hartanah. Minta pendapat rakan taulan atau perunding hartanah. Jangan tergesa-gesa dalam memilih, terutama jika pakai pinjaman kerajaan yang perlukan banyak bantuan dari mereka.
  • Pilih peguam yang reputable. Datang ke ofis mereka untuk lihat dan bertemu dengan peguam. Sekarang ni ada peguam yang bergerak secara freelance dan buat part-time kerja lain. Sebolehnya elakkan peguam begini kerana urusan tuan puan dengan peguam ni agak lama. Tuan puan perlu peguam yang fokus.
  • Pilih peguam yang berdekatan dengan rumah. Kalau beli rumah di Lembah Klang, jangan pula lantik peguam di Kota Bharu. Begitulah perumpamaan yang sedikit ekstrim ambe boleh bagi. Huhu.

Selain itu, tuan puan dinasihatkan untuk minta quotation harga daripada peguam. Kebiasaannya caj peguam ni lebih kurang sahaja dengan peguam yang lain sebabnya fi mereka ni dikawal.

Kunci utama bila ada quotation ni supaya tuan puan bersedia. Tak mahu lah pula nanti terduduk bila sampai bil. Peguam juga biasanya akan minta sedikit bayaran sebagai deposit open file sebelum memulakan kerja. Ambe estimate dalam RM300 – RM500.

Nota: tuan puan boleh ikuti artikel Panduan Melantik Peguam Hartanah Untuk Jual Beli Rumah untuk dapatkan tips lanjut untuk memilih peguam.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *