TIPS PEMBAYARAN BOOKING RUMAH

Cara Beli Rumah Second Hand

Pembayaran Booking Rumah yang Selamat

Dalam topik Proses Jual Beli Rumah sebelum ini, saya telah bincangkan proses ringkas pembelian rumah bermula dari pembayaran booking sehingga mendapat kunci. Kali ini saya akan menjurus kepada tajuk yang lebih spesifik iaitu Booking. Perkara pertama yang perlu dilakukan pembeli jika ingin membeli rumah. Bagaimana memastikan pembayaran booking selamat? Bagaimana mengelakkan duit booking hangus? insyaAllah saya akan berkongsi beberapa tips. Semoga bermanfaat.

Cara Pembayaran Booking (3%)

Jika anda berurusan dengan Ejen Hartanah, pastikan Ejen hartanah tersebut berdaftar. Booking kemudian hendaklah dibayar ke dalam ‘client account’ agensi Ejen tersebut benaung. Agensi tersebut berperanan sebagai pemegang amanah. Anda boleh mengambil tindakan terhadap agensi sekiranya berlaku sebarang penyelewengan. Booking boleh dibuat menggunakan cek, perpindahan kepada akaun agensi secara online ataupun melalui mesin ATM atau memasukkan cash melalui mesin deposit tunai (CDM). Pastikan anda menyimpan segala bukti pembayaran.

Perjanjian

  • Sebelum anda membayar booking, pastikan ada perjanjian antara anda dan penjual atau lebih dikenali sebagai Letter of Offer To Purchase (LOF).
  • Pastikan di dalam LOF terdapat maklumat tersebut:- Tandatangan penjual dan pembeli serta saksi.
    – Amaun booking yang dibayar
    – Alamat penuh Hartanah
    – Harga Beli yang telah dipersetujui
  • Di dalam LOF juga terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh penjual dan pembeli. Antaranya tempoh di antara tarikh booking dan tarikh menandatangai perjanjian Jual Beli (SPA) iaitu 14 atau 21 hari bekerja.
  • Seandainya berlaku penarikan diri daripada pihak pembeli atau gagal menandatangani SPA tempoh 14 atau 21 hari tanpa sebab yang munasabah, duit booking akan hangus.
  • Bagi pihak penjual pula, sendainya berlaku penarikan diri tanpa sebab munasabah, pihak penjual wajib mengeluarkan sejumlah amaun yang sama dengan amaun booking sebagai gantirugi.
  • Anda juga boleh menambah syarat di dalam LOF seperti ‘rumah ini dibeli dengan keadaan sedia ada’, ‘rumah ini dibeli dalam keadaan lengkap denagn perabot (nyatakan)’ atau lain-lain syarat yang dipersetujui bersama pihak penjual.

Penting

  1. Elakkan memberi wang deposit secara tunai atau bank in terus ke akaun perseorangan. Cara ini amat berisiko untuk kehilangan wang deposit.
  2. Sebaiknya sediakan dokumen pinjaman sebelum booking bagi memastikan tempoh menandatangani SPA dapat dipatuhi.

SUMBER : HARTANAH BANGI

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *