TIPS TERPENTING APABILA ANDA MENYEWAKAN RUMAH ANDA

ZXsvrrIjZqkEiCWL.jpg

Tips Nak Sewakan Rumah bagi Pemilik Rumah.
Ramai yang nak sewa rumah. Ada yang nak sewa sebab kena pindah tempat kerja, kena posting di tempat lain. Ada yang sewa sebab dah beli rumah baru, rumah lama sewakan sebab sayang nak jual. Ada juga yang memang beli untuk pelaburan, jadi beli untuk dijadikan rumah sewa.

1) Menyediakan Rumah – Bersihkan dan cuci

Bersihkan rumah sepenuhnya untuk persediaan bakal penyewa rumah baru. Bagi yang sewakan dengan perabot dan peralatan, boleh pastikan ianya diperiksa berfungsi dengan sempurna. Sediakan kemudahan yang paling disukai oleh penyewa seperti kipas, aircond, TV, peti sejuk, mesin basuh, dapur dan pemanas air. Semasa ekonomi kurang baik, penyewa akan menjadi lebih memilih sebab lebih banyak pilihan rumah sewa yang ada dipasaran.

2) Iklan Rumah

Rumah-Sewa.jpg

Iklan kan rumah anda di website hartanah, 7-Eleven atau gantung iklan di tingkap/pintu/pagar.

3) Upah Profesional

Menyewa rumah memang nampak mudah, Tapi penting untuk berhubung dengan Profesional seperti ajen hartanah atau peguam.
Khidmat professional ini bagus untuk menolong kita memudahkan urusan sewa rumah. Dari mencari bakal penyewa yang bagus dan menyediakan perjanjian penyewaan.

4) Harga

Letak harga yang menarik dari hartanah sekitar yang lain. Penyewa akan mencari rumah yang membuat tawaran yang hebat dan termasuk ciri-ciri rumah yang menarik. Jadi pastikan anda mengiklankan ciriciri dan kemudahan yang terdapat pada rumah anda.
Jika anda gunakan khidmat Perunding Hartanah, mereka dapat memberikan idea harga yang bagus untuk sewakan rumah ada yang dapat mencari penyewa dengan cepat dan harga yang lebih tinggi.

5) Filter Penyewa

Siap sahaja rumah anda sedia untuk disewa, cari penyewa dengan memilih sebaiknya. Cari penyewa yang mampu bayar sewa bulanan tepat pada masa dan juga boleh menjaga rumah sewa dengan baik.
Dapatkan maklumat mengenai bakai penyewa lebih-lebih lagi keupayaan kewangan mereka. Tanya pekerjaan dan gaji mereka. Ini dapat memberikan idea kemampuan kewangan bakal penyewa anda samada mereka mampu ke tidak.
Selalunya syarat yang diguna pakai di Malaysia, penyewa mestilah mempunyai gaji sekurang-kurangnya dua kali ganda dari sewa bulanan.Ideal jika mereka mempunyai 3 kali ganda dari sewa bulanan.
Boleh meminta slip gaji untuk pengesahan pendapatan dan juga membuat sedikit kaji selidik latar belakang penyewa. Di mana sewa sebelum ini dan kenapa keluar dari rumah sewa sebelum ini. Ramai yang tidak begitu selesa untuk melaksanakan, ini boleh dilakukan dengan mendapatkan khidmat Perunding Hartanah.
Menyewakan pada kawan/keluarga akan membuat anda lebih susah nak mengutip sewa jika tidak dibayar dan juga lebih susah untuk menguatkuasakan perjanjian penyewaan yang dibuat.

6) Perjanjian Sewa

Perjanjian hartanah yang lengkap serta dimeterai lengkap dengan setem duti adalah penting untuk menjamin hak pemilik dan juga hak penyewa.
Pemilik dapat menikmati pendapatan sewa yang diambil kira sebagai pendapatan yang dinilai untuk memohon sesuatu pinjaman seperti pinjaman rumah yang lain atau pinjaman kereta.

7) Laporan Kecacatan Rumah Semasa Masuk

Semasa memberi kunci kepada penyewa untuk masuk, adalah penting untuk membuat laporan kecacatan rumah. Penyewa perlu menyatakan dengan teliti dan terperinci apa-apa kerosakan seperti pintu rosak, lampu rosak, tile tercabut, dinding berconteng dan lain-lain.
Disyorkan ambil gambar & sertakan dalam laporan kecacatan. Laporan ini akan memudahkan urusan untuk menolak deposit jika kerosakan adalah disebabkan penyewa.
Penyewa yang bagus akan memberi ketenangan kepada pemilik rumah manakala penyewa bermasalah akan menyebabkan tekanan dan juga kerugian.

SUMBER: HARTANAH FULUS

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *