TIPS AND TRICKS HARTANAH

jual 3

TIPS JUAL RUMAH

Tips 1 : Gambaran pertama akan menjadi tetap

Tidak kira jika keadaan didalam rumah anda cantik dan baik bagaimanapun, pembeli akan memberikan gambaran pertama dan pandangan sebelum memasuki kedalam rumah anda. Anda tidak akan mempunyai peluang kedua untuk mengubah gambaran pertama mereka. Adalah sesuatu yang penting untuk membuat mereka berasa selesa, selamat dan berasa dialu-alukan oleh tuan rumah. Mengemas bahagian luar rumah anda dengan beberapa pokok bunga yang kecil dan murah dan beberapa pokok kecil seperti kaktus. Pintu masuk ke rumah anda juga boleh menjadi sesuatu yang penting. Anda boleh meletakkan tempat untuk meletak kunci atau meletakkan kot. Apabila anda hendak menjual rumah, and boleh menyediakan beberapa bangku dan meja kecil, dan juga menghidangkan beberapa potong buah segar dan cookies.

Tips 2 : Sentiasa bersedia untuk menunjukkan rumah anda kepada mereka yanag berminat

Anda tidak akan tahu bila pembeli akan datang ke rumah dan berjalan masuk ke pintu rumah anda. Tetapi anda perlu memastikan rumah sentiasa dalam keadaan yang baik. Jangan biarkan pinggan mangkuk berada didalam sinki, susun dan simpan pinggan mangkuk yang sudah dibersihkan, pastikan bilik mandi sentiasa bersih. Dalam erti kata lain, anda hendaklah memastikan rumah anda dalam keadaan yang bersih. Ia mungkin agak susah untuk dibuat, tapi ia adalah salah satu cara untuk membuat pembeli berasa tertarik dengan rumah anda.

Tips 3 : Membawa keluar barang rumah anda

Salah satu perkara yang paling penting untuk dilakukan apabila menjual rumah anda ialah dengan mengatur semula rumah anda. Jika masih terdapat banyak barang peribadi anda, pembeli akan berasa lebih susah dan kurang berpotens untuk membayangkan diri mereka tinggal dirumah itu. Dengan itu, anda boleh menyimpan sattu pertiga daripada barang-baang peribadi anda. Ini adalah termasuk gambar keluarga, atau beberapa gambar kenangan dirumah anda. Dengan menyusun atur semula perabot dirumah anda, ia aalah salah satu cara baik untuk menunjukkan pelan lantai rumah anda dan memaksimumkan penggunaan ruang.

Tips 4 : Jangan upgrade rumah secara berlebihan

Jalan pintas sebelum menjual rumah adalah sentiasa membayar. Anda mungkin tidak akan mendapat kembali wang yang anda telah keluarkan jika anda melakukan terlalu banyak penambahbaikan aebelum anda meletakkan rumah anda di pasaran. Sebaliknya, anda boleh melakukan penambahbaikan secara kecil-kecilan seperti cat baru dinding rumah, membersihkan langsir atau membeli langsir yang murah. Selain itu, anda juga boleh menggantikan pemegang pintu yang rosak, membaiki pintu almari atau cabinet yang rosak atau membaiki paip yang bocor.

Tips 5 : “Light it up”

Iaitu bermaksud memaksimumkan cahaya didalam rumah anda. Selepas keadaan lokasi atau rumah, cahaya yang baik adalah satu perkara setiap pembeli inginkan. Dengan menurunkan langsir, membersih dan mencuci tingkap, meningkatkan watt mentol lampu di rumah anda dan memotong semak atau rumput di luar untuk membenarkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah anda. Lakukan apa sahaja yang boleh menerangi rumah anda supaya rumah anda menjadi lebih ceria dan boleh dijual.

BACA JUGA:  5 TIPS JUAL RUMAH DENGAN CEPAT DAN HARGA TERBAIK

Tips 6 : Meletakkan harga yang betul

Anda perlulah mengambil tahu nilai atau harga rumah anda. Pembeli akan terus tawar-menawar tentang harga rumah walaupun dalam pasaran yang paling teruk. Dan mereka akan terus membida sehinggamereka dapat harga yang berpatutan. Ia memerlukan satu keberanian yang besar dan kebanyakan penjual tidak mahu mengambil risiko itu, tetapi ia adalah strategi terbaik untuk menjual rumah dalam pasaran hari ini.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *